Smart Investor Malaysia

Previous
Next

Tiada Istilah Kontrak Standard

Facebook
Twitter
LinkedIn
WhatsApp
Telegram

Sebagai seorang peguam yang berpeluang untuk mewakili dan mempertahankan pelbagai jenis pelanggan, daripada perniagaan berskala sederhana kepada besar, perbadanan ke individu yang kaya-raya, saya sering ditanya oleh pelanggan, “Ini kontrak standard kan? Maka tak perlu nak semak, tandatangan saja!”

Atau “Kenapa kita perlu ambil masa yang lama untuk melihat perjanjian usaha sama ini? Bukankah ianya kontrak yang standard?”

Atau lebih menyedihkan lagi, “Boleh bagi diskaun tak, memandangkan ianya kontrak standard?”

Dalam pengalaman saya dalam perundangan selama 15 tahun, saya tidak pernah melihat dua kontrak yang serupa. Saya tidak pernah beri mana-mana pelanggan saya kontrak ‘standard’ kerana ianya tidak wujud.

Sesuatu kontrak perlu dibuat berdasarkan keperluan spesifik dan permintaan pihak yang terlibat.

Perlu diingat bahawa apabila kontrak ditandatangani, maka yang menandatangani akan terikat. Anda tidak boleh kata tidak tahu atau tidak faham terma dan syarat kontrak tersebut, atau tidak menjangkakan akibat daripada pelanggaran kontrak tersebut.

Melainkan anda dipaksa atau dipengaruhi untuk menandatangani kontrak tersebut. Walaubagaimanapun, agak sukar untuk membuktikan perkara sedemikian.

contract

Seringkali pelanggan akan berjimat dengan menggunakan templat ‘standard’ yang boleh didapati di Internet. Tetapi anda perlu ingat bahawa melakukan sedemikian tanpa menyemak terma-terma spesifik boleh menyebabkan kesan yang buruk daripada segi undang-undang.

Jom saya beri beberapa contoh mengenai perkara yang tidak dilindungi di dalam templat kontrak yang anda boleh jumpa di Internet.

Klausa ‘Bidang Kuasa’

Undang-undang yang terpakai di sesebuah negara tidak akan terpakai di Malaysia. Maka klausa ini adalah sangat penting apabila anda berurusan dengan pihak dari luar negara.

Sebagai contoh, anda ingin membuat kontrak dengan pihak dari Singapura tetapi perkara yang terdapat di dalam kontrak, sebagai contoh penjualan kilang di Malaysia dan undang-undang di Singapura, anda akan berdepan dengan kesukaran sekiranya timbul litigasi.

Sekiranya berlaku sebarang perkara yang tidak serasi atau tidak konsisten di dalam klausa perjanjian anda, ia akan menyebabkan proses litigasi menjadi sukar dan menelan belanja yang besar. Perihal bidang kuasa perlu ditangani sebelum sebarang fakta undang-undang boleh diambil kira.

‘Undang-Undang Mentadbir’ Yang Bersesuaian

contract law

Biasanya mereka yang menggunakan kontrak standard tidak akan lihat kepada klausa ‘Undang-Undang Mentadbir’.

Terdapat perbezaan yang besar di antara proses timbang tara dan undang-undang berbanding proses di Mahkamah. Timbang tara adalah alternatif yang baik berbanding litigasi, tetapi sekiranya nilai kontrak adalah kecil dan pertikaian adalah jelas, maka proses timbang tara mungkin melebihi nilai dakwaan tersebut.

Jangan ingat undang-undang mentadbir dan bidang kuasa boleh digunakan dalam ayat yang sama. Ini kerana konsep kedua-duanya adalah berbeza dan kontrak tersebut perlu dilihat secara berbeza.

Klausa Bercanggah

contract

Cuba andaikan ada dua orang yang ingin membuat kontrak yang mengandungi Klausa (1) dan Klausa (2). Katakan pula kedua-dua klausa ini tidak bercanggah di antara satu sama lain, tetapi menjadi konflik di antara kedua-duanya. Sebagai contoh:

  • Kontrak ini hanya boleh ditamatkan dengan persetujuan kedua-dua belah pihak (Klausa 1)
  • Kontrak ini boleh ditamatkan pada bila-bila masa dengan notis bertulis diberikan kepada pihak lagi satu (Klausa 2)

Jelas sekali kedua-dua klausa ini bercanggah di antara satu sama lain. Klausa yang bercanggah di dalam sesebuah kontrak merupakan pertikaian yang sering berlaku di Malaysia.

Apabila terdapat klausa yang bercangga, Mahkamah akan menyelesaikan konflik dengan mentafsir kontrak tersebut dengan membaca kesemua dokumen di dalam konteks dan mempertimbangkan niat komersial pihak yang terlibat melalui bukti lisan di Mahkamah.

Harus diingat bahawa bukan semua kontrak standard ada kelebihan. Kontrak yang standard mungkin tidak dapat memenuhi keperluan spesifik dan keadaan perniagaan anda, oleh itu tidak berupaya untuk melindungi anda daripada risiko. Sebaliknya, kontrak standard yang diperolehi dari Internet boleh menyebabkan lebih banyak mudarat daripada manfaat.

Sentiasa ingat bahawa tidak wujud istilah kontrak standard. Anda berhak untuk berunding terma kontrak yang anda ingin buat berdasarkan keadaan dan fakta anda sendiri. Melabur ke dalam nasihat perundangan profesional boleh mengurangkan risiko dan menyelamatkan anda daripada kos perundangan yang tinggi di masa hadapan.

Yuran peguan mungkin kelihatan mahal sekiranya anda secara sukarela mengambil mereka, tetapi harus diingat bahawa peguan akan jadi lebih mahal sekiranya anda tiada pilihan melainkan perlu melantik mereka hanya kerana anda tidak mahukan khidmat mereka pada awalnya.

Mengenai Penulis

SHARMILA RAVENDRAN adalah pengasas firma guaman Messrs Ravindran yang terletak di Mont Kiara, Kuala Lumpur. Beliau mempunyai lebih daripada 14 tahun pengalaman di dalam industri perundangan dengan pelanggan yang terdiri daripada syarikat tempatan dan antarabangsa. Beliau kini berkhidmat secara aktif di dalam kerja-kerja nasihat korporat dan litigasi komersial dan merupakan seorang Pengadil Panel bersama-sama Kuala Lumpur Regional Centre for Arbitration. Beliau boleh dihubungi di sharm@ravindran.com.my.      

     

Join our Telegram to get the latest from Smart Investor
Facebook
Twitter
LinkedIn
WhatsApp
Telegram

Recent Posts

Related Posts

Smart Investor Newsletter

Get Our Latest Articles And More Delivered To Your Inbox!