Smart Investor Malaysia

Previous
Next

Syed Saddiq: Reformasi Pendidikan, Ekonomi Gig Dan Visi Beliau Tentang Masa Depan Malaysia

Facebook
Twitter
LinkedIn
WhatsApp
Telegram

“Anak muda Malaysia adalah ‘disruptor’ terbesar di Malaysia,” jelas YB Syed Saddiq, Ahli Parlimen untuk Muar, beliau menambah, “Bukan golongan elit yang sama mendominasi negara. Sekiranya perubahan berlaku, 10% teratas yang akan berubah.”

Perkataan ‘disrupt’ di sini membawa maksud gangguan terhadap keadaan sedia ada. Enggan berubah sering dikaitkan dengan mentaliti lama, ‘sekiranya tak rosak, kenapa kita perlu perbaikinya’? Tetapi sentimen semasa di Malaysia adalah banyak benda yang rosak dan perlu dibaiki.

Ianya bergantung juga dengan siapa anda tanya soalan tersebut. Kepada ‘orang lama’, ianya tidak diingini. Tetapi kepada ahli politik berusia 29 tahun ini, berfikit di luar kotak adalah sangat diperlukan untuk kita terus maju ke hadapan. Ini termasuklah keterlibatan anak muda di dalam perkhidmatan awam dan masyakarat, beserta dengan pembuatan dasar dan keputusan.

“Saya rasa wujudnya salah faham di kalangan generasi terdahulu bahawa kita hari ini berada dalam keadaan yang senang-lenang, tetapi saya mempunyai pandangan yang sebaliknya,” Syed Saddiq berkata.

“Anak muda hari ini perlu mempunyai dua atau tiga pekerjaan untuk mendapatkan kehidupan yang baik memandangkan gaji purata tidak banyak berubah sepanjang 10 ke 20 tahun yang lalu, sementara inflasi meningkat naik.”

Baru-baru ini, Presiden Malaysian United Democratic Alliance (MUDA) ditemuramah oleh pihak Smart Investor bagi mendapatkan pandangan beliau tentang pembaharuan pendidikan, dan kenapa beliau tidak akan berhenti bekerja dan perasaan optimis beliau mengenai masa depan Malaysia.

Risiko & Jaringan Keselamatan: Untuk Masa Depan Negara

“Sebagai sebuah negara, kita perlu bersedia untuk masa depan,” kata Syed Saddiq.

Ianya memerlukan pendekatan yang holistik, daripada segi pembaharuan struktur, sehingga menjadi tangkas dan boleh menyesuaikan diri dengan apa jua keadaan, dengan kemajuan dunia ke arah sistem baru. Sebagai contoh, industri kewangan alternatif telah jadi satu keperluan, memaksa negara lain melangkah ke depan. Sedangkan Malaysia masih ketinggalan di belakang.

“Kita tidak boleh buat tak tahu saja. Saya percaya lebih baik kita menghalalkan dan mengawal selia berbanding mengharamkannya,” kata Syed Saddiq.

“Kita perlu membenarkan industri tersebut berkembang.” “Tidak seperti negara lain, institusi kita dikendalikan oleh mereka yang tidak mahu menyesuaikan diri dengan masa depan,” beliau menambah.

“Lebih tepat lagi, ianya diterajui oleh muka-muka lama – saya tidak bermaksud di dalam politik saja, tetapi ianya turut berlaku di sektor korporat,” jelas beliau.

Gergasi teknologi seperti Amazon, Alphabet dan Meta, mula mengambil bakat-bakat baru. “Kepelbagaian bukan saja daripada segi bangsa, agama atau jantina. Tetapi ianya juga mengenai umur.” tambah Syed Saddiq.

Pembaharuan Struktur Dalam Pendidikan: TVET & Laptop

Untuk meningkatkan tahap Malaysia di mata dunia, perlu dimulakan dengan sektor pendidikan. Lebih khusus lagi, mempersiapkan rakyat Malaysia dengan kemahiran yang betul untuk memperolehi gaji yang wajar, yang akan mencipta peluang untuk mereka berdaya saing.

“Saya rasa amak dekat dengan pendidikan, tetapi izinkan saya berkata bahawa menabur wang bukanlah penyelesaiannya,” Syed Saddiq mula menjelaskan.

“Berdasarkan penilaian PISA, rakyat Malaysia yang berusia 15 tahun mempunyai nilai pendidikan dengan rakyat Singapura yang berusia 12 tahun. Kita berada tiga tahun di belakang dan ini adalah kenyataan,” jelas beliau.

“Bukan saja kita tiga tahun di belakang pesaing, tetapi kita turut membelanjakan lebih banyak dalam sektor pendidikan!” Syed Saddiq menegaskan.

Berdasarkan data Bank Dunia pada tahun 2020, Malaysia mencatatkan perbelanjaan KDNK sebanyak 3.9% per capita ke dalam pendidikan, lebih tinggi berbanding Singapura pada tahap 2.5%.

Sebelum pembiayaan baru masuk, perlu ada pembaharuan dalam sektor pendidikan. Sebagai contoh, ijazah sarjana muda untuk tempoh empat tahun yang merupakan satu-satunya kelayakan yang dipandang, perlu diubahsuai.

“Saya rasa kerajaan perlu memberi subsidi yang lebih terhadap kelayakan mikro, berbanding hanya melihat kepada kursus empat tahun. Syarikat global telah beralih daripada hanya melihat kepada segulung ijazah,” Syed Saddiq berkata.

Sekiranya tujuan belajar adalah untuk memperolehi gaji yang baik dengan menggunakan kekuatan yang ada, ini boleh dicapai dengan kelayakan mikro peringkat diploma atau TVET (Technical and Vocational Education and Training), kenapa kita perlu fokus terhadap kursus universiti yang lebih mahal dan memakan masa yang lama? Dengan kelayakan mikro, kita boleh memperolehi kemahiran yang mendalam.

Bukan sekadar memberi subsidi terhadap kelayakan mikro, ada lagi sistem pendidikan yang perlu kita perbaiki.

“Kursus tradisional perlu ditambahbaikk. Seorang jurutera di Malaysia perlu bersaing dengan graduan jurutera IIT Bombay, yang menamatkan pengajian lebih awal.”

Sebagai perbandingan, proses pendidikan di Malaysia dari sekolah menengah ke menara gading adalah proses yang panjang. Segulung ijazah sarjana muda biasanya mengambil masa empat tahun, maka perjalanan seorang graduan dari Malaysia berada dalam kedudukan yang tidak baik disebabkan faktor umur dan pengalaman.

Untuk tahu lebih lanjut mengenai cerita panas ini, langgan majalah Smart Investor atau dapatkan e-naskhah hari ini:

Langgan Sekarang!

Join our Telegram to get the latest from Smart Investor
Facebook
Twitter
LinkedIn
WhatsApp
Telegram

Recent Posts

Related Posts

Smart Investor Newsletter

Get Our Latest Articles And More Delivered To Your Inbox!

Are you sure want to unlock this post?
Unlock left : 0
Are you sure want to cancel subscription?