Smart Investor Malaysia

Previous
Next

Syed Saddiq: 3 Tips Untuk Belia Malaysia

Facebook
Twitter
LinkedIn
WhatsApp
Telegram

Smart Investor baru-baru ini berpeluang untuk menemuramah Yang Berhormat Syed Saddiq bin Syed Abdul Rahman, Ahli Parlimen bagi Muar. Ada pelbagai nasihat dan pandangan menarik di luar kotak yang beliau kongsikan, bagi memacu kemajuan Malaysia di masa hadapan, termasuklah 3 tips untuk belia Malaysia.

Anda boleh baca lebih lanjut mengenainya di sini: Syed Saddiq: Reformasi Pendidikan, Ekonomi Gig Dan Visi Beliau Tentang Masa Depan Malaysia

Jom kita dengarkan mutiara kata beliau.

3 Tips Untuk Belia Malaysia

1. Jangan Takut Untuk Lakukan KesilapanDon’t Be Afraid To Make Mistakes

“Beliau hari ini terpaksa melakukan 2-3 pekerjaan bagi membolehkan mereka hidup dengan baik kerana gaji purata adalah mendatar untuk tempoh 10-20 tahun yang lalu, sedangkan inflasi telah naik dan naik.”

– Syed Saddiq

Kita akan melakukan kesilapan yang besar sekiranya kita duduk diam, manakala orang lain melangkah ke hadapan – malah ada yang melompat jauh ke depan.

“Ketakutan untuk mulakan sesuatu kerana anda takut untuk melakukan kesilapan, adalah satu penyakit yang merbahaya,” tegas Syed Saddiq.

Kita sebenarnya mampu untuk melakukan kesilapan ketika masih muda, kerana mempunyai masa yang banyak untuk belajar daripadanya.

2. Melabur Ke Dalam Seorang Mentor

Mentor adalah seorang yang berpengalaman yang telah melalui pelbagai onak dan duri. Dengan mempunyai mentor, kita boleh mengambil jalan pintas dan belajar pelbagai perkara, di samping mengelakkan diri daripada melakukan kesilapan.

Seorang mentor boleh memimpin tangan anda sepanjang perjalanan, bertemu dan belajar dengan rakan-rakan mereka, dan belajar secara terus melalui pengalaman mereka yang tidak ternilai.

Dengan melabur ke dalam seorang mentor, ia boleh mempercepatkan proses anda sebanyak 10-20 tahun,berbanding memperolehi gaji yang tinggi.

3. Think Outside The Box

Macam biasa dengar kan? Seorang anak muda tidak perlu mengikuti jejak langkah generasi terdahulu yang telah membuatkan mereka berjaya. Ini kerana anda perlu bersaing dengan mereka yang mempunyai pengalaman yang lebih banyak dan modal yang tinggi, mengakibatkan anda perlu kreatif di dalam industri yang anda ceburi.

Di sinilah anda perlu menjadi ‘disruptive’ dan gunakan cara yang tidak pernah difikirkan dan dilakukan sebelum ini. Walaupun perjalanannya adalah sukar, tetapi ini merupakan resipi kejayaan yang sangat penting.

“Gunakan kaedah luarbiasa untuk mencapai hasil yang diingini,” kata Syed Saddiq.

Itulah dia, 3 tips untuk belia Malaysia. Semoga kita semua mampu melonjakkan Malaysia jauh ke hadapan, dipacu oleh anak muda Malaysia.

Join our Telegram to get the latest from Smart Investor
Facebook
Twitter
LinkedIn
WhatsApp
Telegram

Recent Posts

Related Posts

Smart Investor Newsletter

Get Our Latest Articles And More Delivered To Your Inbox!