Smart Investor Malaysia

Previous
Next

Simpanan RM1 Juta, Bagaimana Nak Capai?

Facebook
Twitter
LinkedIn
WhatsApp
Telegram

Pernahkah anda terfikir susah ke senang untuk mempunyai simpanan RM1 juta? Bagaimana caranya nak ada simpanan RM1 juta ni?

Nampak macam susah untuk dicapai, tetapi jom kita ketahui bagaimana ianya boleh dilakukan dengan disiplin, masa dan kuasa faedah berganda (compounding interest).

Bila Nak Capai Simpanan RM1 Juta?

Kita akan mula dengan sasaran yang berasaskan masa.

Sebagai contoh, sekiranya anda meletakkan tempoh 30 tahun untuk mencapai simpanan RM1 juta, anda perlu menyimpan RM2,777.78 setiap bulan.

Tetapi jika anda ingin mencapainya dalam tempoh 10 tahun, anda perlu menyimpan RM8,333.33 sebulan.

Oleh itu, masa adalah kawan anda. Nak bagi mudah faham:

  • Lebih banyak masa = kurang wang yang perlu disimpan setiap bulan
  • Kurang masa = lebih banyak wang yang perlu disimpan setiap bulan

Bila dah jelas dengan konsep ini, masa terbaik untuk mula menyimpan adalah SEKARANG! Bukan tahun depan dan bukan nak tunggu bila gaji dah besar.

Kerana sekiranya anda tak mula menyimpan dan jadikannya tabiat, mana mungkin bila gaji dah besar ianya lebih mudah untuk mula menyimpan.

Apakah Sasaran Pulangan Pelaburan?

Saya ingin perkenalkan Peraturan 72.

Anda mungkin tak pernah dengar, izinkan saya untuk menerangkannya.

Ianya cara mudah untuk mengira berapa lama yang diperlukan untuk menggandakan wang anda dengan kadar faedah tetap tanpa menggunakan kalkulator kewangan.

Apa Itu Peraturan 72?

Sebagai contoh, katakan anda simpan RM100,000 dalam simpanan tetap dengan kadar faedah sebanyak 3%, berapa lama diperlukan untuk ianya berganda menjadi RM200,000?

Anda hanya perlu kira 72 / 3 = 24.

Ini bermakna anda perlukan 24 tahun untuk wang RM100,000 berganda menjadi RM200,000.

Sekiranya kadar faedah 5%, maka 72 / 5 = 14.4.

Maka dengan faedah 5% setahun, ianya akan mengambil masa 14.4 tahun untuk menggandakan wang anda.

Rate of ReturnYears it takes to Double Up
3%24
5%14.4
8%9
10%7.2
15%4.8

Dengan merujuk jadual di atas, pulangan sebanyak 15% memerlukan masa 4.8 tahun. Ini bermakna anda hanya perlukan 20 tahun untuk wang RM100,000 berganda menjadi RM1.6 juta!

YearAmount (RM)
1100,000
5200,000
10400,000
15800,000
201,600,000

Berapa Saya Perlu Simpan Setiap Bulan?

Jom guna contoh pulangan 8% setahun.

Monthly SavingsYears to RM1 Million
50033
1,00025
2,00018
3,00015
4,00012
5,00010
10,0006

Jadual ini menunjukkan bahawa lebih banyak anda menyimpan setiap bulan, lebih cepat anda akan capai simpanan RM1 juta. Sekiranya anda meningkatkan simpanan dari RM500 sebulan kepada RM1,000 sebulan, anda akan mencapai angka RM1 juta dalam tempoh lapan tahun lebih awal.

Baca: Elak 5 Kesilapan Ini Ketika Melabur Di Kala Pasaran Merudum

Kesimpulan

Selepas anda mengetahui beberapa perkara di atas, fikirkan tentang tiga langkah ini dan gunakan Peraturan 72:

1. Bila anda ingin capai simpanan RM1 juta?

2. Apakah sasaran pulangan pelaburan?

3. Berapa anda mampu simpan setiap bulan?

Dengan memperolehi maklumat ini, anda kini selangkah lebih dekat dalam mencapai sasaran simpanan RM1 juta tersebut.

Simpan sebanyak mungkin hari ini boleh membantu anda mencapai angka RM1 juta tersebut seawal yang mungkin.

Semakin lama tempoh anda biarkan wang anda berkembang, semakin kurang anda perlu simpan setiap bulan, dan anda mungkin boleh terima pulangan pelaburan yang lebih rendah.

Walaupun pulangan rendah kelihatan tidak menarik, tetapi ini bermakna anda tidak perlu mengambil risiko yang tidak sepatutnya. Sesuai dengan pepatah, “high risk high return”.

Anda juga harus ingat bahawa masih belum terlambat untuk mula menyimpan, semoga dipermudahkan semua urusan.

Jemput baca juga: Perancangan Kewangan: Amalan Dan Nasihat Terbaik Daripada 5 Orang Pakar

Mengenai Penulis

Nick Lim merupakan perancang kewangan berlesen dengan Suruhanjaya Sekuriti Malaysia (SC) dan Bank Negara Malaysia (BNM).

Beliau gemar bekerja dengan individu yang bersemangat tentang kesihatan kewangan peribadi dan membantu mereka menjadi lebih yakin dengan masa depan mereka. Beliau boleh dihubungi di nicklim@imaxfinancial.com.my.

Join our Telegram to get the latest from Smart Investor
Facebook
Twitter
LinkedIn
WhatsApp
Telegram

Recent Posts

Related Posts

Smart Investor Newsletter

Get Our Latest Articles And More Delivered To Your Inbox!

Are you sure want to unlock this post?
Unlock left : 0
Are you sure want to cancel subscription?