Smart Investor Malaysia

Previous
Next

Sembang Santai Bersama Tun M

Facebook
Twitter
LinkedIn
WhatsApp
Telegram

Kebanyakan daripada kita impikan untuk bersara sebelum umur 60 tahun, yang merupakan umur persaraan di Malaysia. Tetapi bukan Bapa Pemodenan Malaysia kita yang disegani.

Dilahirkan pada tarikh 20 Disember 1925, Tun Dr Mahathir Mohamad memegang rekod sebagai perdana menteri tertua dunia apabila memegang tampuk pemerintahan negara. Beliau menjadi perdana menteri Malaysia sekali lagi pada 10 Mei 2018 ketika berusia 92 tahun dan 141 hari.

Smart Investor bersama-sama dengan Tun Dr Mahathir Mohamad

Baru-baru ini Smart Investor berpeluang untuk berjumpa dan menemubual Dr Mahathir secara berdepan. Beliau bercakap mengenai falsafah berkenaan pekerjaan dan persaraan, apa yang beliau labur dan bagaimana mengekalkan kecerdasan minda di usia emas.

Kepercayaan Ke Atas Doktor Malaysia

Kisah yang dikenali ramai adalah tentang Dr Mahathir ketika menjadi perdana menteri buat pertama kalinya dahulu telah meletakkan kepercayaan ke atas doktor Malaysia bagi menjalankan pembedahan jantung beliau. Ianya diketuai oleh seorang doktor tempatan, Dr Yahya Awang dan pasukannya pada tahun 1989.

Dr Yahya Awang bersama-sama Tun Dr Mahathir – Gambar Kredit: MHTC

Dr Mahathir berusia 64 tahun dan 82 tahun ketika menjalani pembedahan utama ketika kali pertama dan kedua.

“Pada asasnya, saya sangat sihat tanpa sebarang penyakit. Salah satu daripada arteri jantung saya tersebut. Doktor pula sangat cekap dan saya pulih semula. Sebaik saja pulih, saya bebas daripada penyakit jantung dan kembali bekerja seperti biasa,” kongsi Dr Mahathir.

Hari ini di usia 96 tahun, beliau masih lagi berdiri teguh dan bekerja siang dan malam demi kemajuan negara.

“Anda perlu menjalani kehidupan yang sederhana. Jangan makan terlalu banyak kerana ianya akan menjejaskan kesihatan. Anda juga perlu tidur yang cukup dan jangan terlalu teruju ke atas sesuatu perkara.”

Tun Dr Mahathir

Beliau menambah dengan berkata seseorang perlu cuba untuk kekal tenang sebaik mungkin.

“Saya tidak merokok, saya tidak minum dan ini menyumbang kepada kesihatan saya yang baik,” tegas Dr Mahathir.

Beliau beritahu bahawa beliau makan hampir apa saja tetapi mengambil dalam kuantiti yang kecil. Beliau turut berkongsi nasihat ibunya berkenaan diet:

“Apabila rasa sedap, berhenti makan.”

Sehingga ke hari ini, ingatan Dr Mahathir masih kuat lagi. Apakah rahsianya?

“Jika ada orang bertanya kepada saya tentang perkara yang saya minat, mudah untuk saya mengingatinya kerana maklumat yang saya ada. Tetapi sekiranya ada orang bertanya kepada saya tentang perkara yang saya tak tahu-menahu, sudah tentu saya tidak boleh jawab. Perkara utama adalah banyak membaca, selalu berbincang dan berdebat dengan orang lain,” beliau mengulas.

Berikut merupakan tips yang beliau kongsikan tentang bagaimana nak kekalkan minda anda aktif.

“Minda adalah seperti badan. Sekiranya anda tidak menggunakannya, ia akan mudah rosak.”

Tun Dr Mahathir

Stres Dan Sakit Jantung

Dapatan terkini daripada Jabatan Perangkaan Malaysia, mereka dapati bahawa penyakit jantung iskemik adalah punca utama kematian di Malaysia, menyumbang 17% daripada 109,155 kematian pada tahun 2020. Orang ramai menyangka bahawa serangan jantung hanya akan menimpa mereka yang berusia lanjut, tetapi lebih mengejutkan kita dapat lihat ramai lelaki dan wanita yang terkena serangan jantung seawal usia 20-an lagi.

Dr Mahathir berasa orang ramai pada hari ini sangat beremosi dan cepat sedih tentang banyak perkara. Ini akan menjejaskan bahagian badan di mana jantung berdegup lebih laju daripada kebiasaannya dan meletakkan beban kepada jantung.

“Jangan hisap rokok. Ianya sangat penting. Kemudian, jangan terlalu stres. Dan cuba untuk tidak berasa terlalu teruja atau marah,” pesan beliau.

Kesesakan jalan yang teruk, peningkatan kos sara hidup dan banyak lagi faktor yang mengakibatkan orang ramai berasa tertekan hari ini. Apakah cara untuk kita menangani stres?

“Kita perlu terima hakikat bahawa kita tidak semestinya selalu betul. Hari ini, kita berdepan dengan pandemik yang menghalang orang daripada bekerja dan ini menyebaban kita tiada duit untuk membeli makanan. Sudah tentu, ini merisaukan dan sangat sukar untuk berasa risau,” ulas beliau.

Kesihatan Adalah Kekayaan

Tun Dr Mahathir

Apabila kita berfikir tentang perancangan persaraan, orang ramai akan fokus terhadap membina kekayaan dan bukannya kesihatan mereka.

“Kesihatan adalah sangat penting. Tak guna ada duit yang banyak tetapi kita tidak mampu untuk berjalan atau bercakap seperti biasa. Oleh itu, adalah lebih baik untuk kita ada wang yang sedikit, tetapi kekal sihat. Kita akan menikmati kehidupan ini dengan lebih baik lagi.”

Tun Dr Mahathir

Anak muda hari ini lebih gemar terlibat dengan ekonomi gig, melakukan kerja-kerja freelance dan menjalankan perniagaan kecil-kecilan. Pada tahun 2020, Jabatan Perangkaan Malaysia berkongsi bahawa seramai empat juta rakyat Malaysia bekerja dalam ekonomi gig ini. Ini termasuklah kerja penghantaran makanan, barangan dan mengurus tempat percutian menggunakan platform dalam talian atau aplikasi telefon pintar.

Malangnya, mereka yang bekerja di dalam bidang ini tidak menyumbang kepada Kumpulan Wang Simpanan Pekerja (KWSP). Bagaimana mereka ini ingin merancang persaraan mereka?

“Apabila anda sihat dan mampu bekerja, anda boleh lakukan apa saja. Tetapi apabila sudah tua, anda perlukan pencen dan sedikit pendapatan. Sekiranya anda berjaya dalam perniagaan dan ada menyumbang kepada KWSP atau menyimpan wang, maka apabila tua nanti tak perlu risau sangat tentang kewangan. Tetapi sekiranya anda bekerja di mana tiada skim pencen atau anda tidak menyumbang kepada KWSP, maka ketika bersara nanti akan berdepan dengan masalah,” kongsi Dr Mahathir.

Mengenai Kenaikan Inflasi

Bank Negara Malaysia (BNM) menjangkakan inflasi di sekitar 2.2% – 3.2% pada tahun 2022. Inflasi bukan saja berlaku di Malaysia, tetapi di seluruh dunia terkesan dengannya, ekoran perang Ukraine-Rusia.

Bagaimana rakyat Malaysia boleh mengatasinya?

“Kadar faedah adalah kos untuk menjalankan perniagaan. Lebih tinggi kadar inflasi, lebih tinggi kos untuk berniaga. Ini akan mengakibatkan perkhidmatan dan barangan menjadi mahal dan apabila ianya mahal, sudah tentu tidak akan terjual,” beliau kongsikan.

Dr Mahathir turut menjelaskan bagaimana kadar faedah yang rendah akan menggalakkan orang ramai melabur dan sesetengah daripadanya akan gagal. Tetapi untuk kerajaan, kekurangan pelaburan akan mengurangkan penghasilan kekayaan.

“Kami perlukan pelabur untuk melabur untuk menjana kekayaan. Kerana apabila mereka untung, mereka sebenarnya menjana kekayaan, dan mereka akan membayar cukai kepada kerajaan,” beliau menambah.

Pelaburan adalah salah satu alat untuk melindung nilai daripada dimamah inflasi. Tetapi jumlah scam kini mencecah berbilion Ringgit, walaupun terdapat banyak pelaburan yang sah di luar sana. Kenapa orang ramai masih menjadi mangsa scammers?

Dr Mahathir beranggapan bahawa ramai yang mahu kaya cepat dan mudah sehingga mereka mudah percaya apabila ada yang memberitahu mereka ada jalan yang lebih mudah dan cepat untuk jadi kaya.

Tun Dr Mahathir

“Tiada jalan mudah untuk jadi kaya. Duit datang dengan kerja keras dan melalui cara yang bijak. Sekiranya anda percaya bahawa anda memerlukan modal kecil untuk menggandakannya menjadi jumlah yang besar, maka anda akan kena tipu,” beliau menjelaskan.

Kami kemudiannya bertanya kepada beliau apakah portfolio pelaburan beliau.

“Saya tidak memiliki apa-apa saham kecuali 200 saham Malayan Tobacco yang beli lama dulu sebelum beliau bergelar menteri. Itu sajalah pelaburan saya”

Tun Dr Mahathir

Beliau turut menambah beliau ada melabur ke dalam PNB yang bernilai RM1,000 ke RM2,000 kerana beliau perlu tunjuk betapa pentingnya pelaburan dan kebaikannya kepada orang ramai pada ketika itu.

Beliau menjelaskan bahawa beliau hanya bergantung kepada gaji beliau yang cukup lumayan dan ianya adalah lebih daripada apa yang diperlukan.

“Saya merupakan seorang pengamal perubatan dengan gaji sekitar RM2,000 sebulan. Tetapi apabila saya menjadi perdana menteri, gaji saya RM20,000 sebulan. Saya tidak boleh habiskan. Di samping itu, kerajaan juga membayar rumah, bil elektrik, air, kereta dan juga kapal terbang. Saya simpan duit saya,” beliau kongsikan.

Sebagai seorang pelabur bijak, anda boleh mempunyai semua kekayaan di dunia. Tetapi semua duit tersebut tidak bermakna sekiranya anda tidak mempunyai kesihatan yang baik.

Join our Telegram to get the latest from Smart Investor
Facebook
Twitter
LinkedIn
WhatsApp
Telegram

Recent Posts

Related Posts

Smart Investor Newsletter

Get Our Latest Articles And More Delivered To Your Inbox!