Smart Investor Malaysia

Previous
Next

Scammer Di Malaysia Mengakibatkan Kerugian RM5.2 Bilion Dalam Tempoh Dua Tahun

Facebook
Twitter
LinkedIn
WhatsApp
Telegram

Hampir setiap hari kita disajikan dengan berita mereka yang kena tipu dengan scammer di Malaysia. Walaupun dah banyak kali berlaku, tetapi jumlah mangsa terus meningkat.

Menurut Ketua Polis Negara, Tan Sri Acryl Sani Abdullah Sani, terdapat 71,833 kes penipuan yang dicatatkan dari tahun 2020 sehingga Mei 2022, dengan kerugian sebanyak RM5.2 bilion.

Di antara contoh-contoh scam yang terkenal di Malaysia adalah:

  • Penyamaran bank / kerajaan
  • Pinjaman haram
  • Keldai wang / akaun / ATM
  • Penyewaan kad
  • Scam pelaburan
  • Scam e-dagang
  • Scam percintaan

Jom kita perhalusi scam pelaburan, dengan harapan kita dapat mengenali scam dengan lebih mudah dan mengambil tindakan yang sewajarnya untuk tidak menjadi mangsa.

Jenis Scam Yang Biasa Di Malaysia

1. Skim Cepat Kaya Di Platform Media Sosial

Pada kebiasaannya, scammer di Malaysia akan meminta mangsa untuk melabur dengan jumlah yang kecil dengan janji akan beri pulangan yang tinggi. Sebagai contoh, pulangan 100% dalam tempoh tiga jam atau RM1,000 dalam masa 30 minit.

Memandangkan jumlah ‘pelaburan’ adalah kecil, para pelabur tiada masalah untuk melabur.

Apabila kita lihat akaun pelaburan kita berkembang, kita akan ghairah untuk memasukkan lebih banyak wang. Tetapi apabila kita hendak bawa keluar duit, biasanya scammer di Malaysia akan meminta kita bayar sedikit yuran. Apabila kita mula sedar bahawa kita telah pun kena scam, nasi sudah menjadi bubur.

2. Scam Syarikat Klon

Lagi satu scam yang terkenal adalah scammer di Malaysia ini akan menggunakan syarikat pelaburan yang sah, tetapi menyalahguna nama dan logo untuk menipu mangsa. Nampak seakan-akan sama, sukar untuk kita membezakannya.

Sebagai contoh, perniagaan sebenar adalah Smart Investor tetapi klon tersebut menggunakan nama Smart Investment. Sekiranya logo yang sama digunakan, kita pun menyangka bahawa ianya adalah benar.

Modus Operandi Scammer Di Malaysia

Pengendali skim pelaburan internet haram akan mengumpan mangsa untuk melakukan pelaburan dengan menawarkan peluang pelaburan dengan pulangan yang luar biasa tinggi tanpa risio atau risiko yang sangat rendah.

Apabila disoal tentang kesahihan mereka, kebanyakan scammer di Malaysia akan mendakwa mereka dari luar negara dan tidak memerlukan lesen daripada pihak berkuasa Malaysia untuk menjalankan perniagaan mereka.

Sedangkan pada hakikatnya, mereka tidak berlesen untuk menerima deposit daripada Bank Negara Malaysia atau berlesen daripada Suruhanjaya Sekuriti Malaysia untuk menawarkan perkhidmatan pelaburan.

Mangsa akan diperdaya dengan pulangan tinggi pada awalnya, dan ini adalah taktik yang digunakan untuk menarik minat lebih ramai mangsa baru.

Duit daripada mangsa baru akan digunakan untuk membayar pelabur ‘lama’, maka skim ini akan gagal apabila tiada ‘mangsa’ baru.

Dengan Pelbagai Pelaburan Sah Yang Terdapat Di Malaysia, Kenapa Kita Masih Terpedaya Dengan Scam?

“Scammer di Malaysia menggunakan pelbagai cara untuk memanipulasi mangsa dengan menawarkan pulangan yang luar biasa tinggi, jaminan keselamatan dan takut terlepas kapal atau fear-of-missing-out (FOMO),” kata Bryan Zeng, CEO FA Advisory, sebuah syarikat penasihat perancang kewangan.

Bryan Zeng, CEO FA Advisory

Manakala skim pelaburan yang sah dikawalselia dengan ketat oleh pihak berkuasa dan ada panduan jelas apa yang dibenarkan atau tidak. Garis panduan ini direka untuk melindungi pelabur dan ianya membuatkan pelaburan sah kelihatan kurang menarik.

Tetapi perlu diingat, peluang untuk kaya cepat amat sukar untuk dilepaskan. Scammer di Malaysia akan menjanjikan pulangan yang tak masuk akal dalam tempoh yang singkat, membuatkan kita berasa rugi sekiranya tidak menyertainya.

Kita harus ingat bahawa untung rugi adalah adat pelaburan. Sama seperti perniagaan, pasti ada pasang surutnya.

Yang penting adalah membuat semakan dengan pihak berkuasa atau dengan ejen yang berdaftar atau perancang kewangan yang bertauliah. Adalah lebih baik kita beringat, daripada menyesal di kemudian hari.

Niat kita dah elok nak melabur, tapi takut-takut melebur jadinya.

Beberapa pautan berguna:

Dengan adanya ilmu, kita mampu untuk menyelamatkan diri daripada menjadi mangsa scammer di Malaysia.

Join our Telegram to get the latest from Smart Investor
Facebook
Twitter
LinkedIn
WhatsApp
Telegram

Recent Posts

Related Posts

Smart Investor Newsletter

Get Our Latest Articles And More Delivered To Your Inbox!

Are you sure want to unlock this post?
Unlock left : 0
Are you sure want to cancel subscription?