Smart Investor Malaysia

Previous
Next

SC Perkenal Taksonomi Pelaburan Mampan Dan Bertanggungjawab Berasaskan Prinsip Bagi Pasaran Modal Malaysia

Facebook
Twitter
LinkedIn
WhatsApp
Telegram

Suruhanjaya Sekuriti Malaysia (SC) hari ini melancarkan Taksonomi Pelaburan Mampan dan Bertanggungjawab Berasaskan Prinsip bagi Pasaran Modal Malaysia (Taksonomi SRI) untuk membantu memajukan agenda iklim dan kemampanan negara.

Taksonomi SRI menyediakan prinsip panduan universal untuk klasifikasi aktiviti ekonomi yang layak untuk pelaburan mampan.

Ia bertujuan memberi penjelasan lanjut ke arah pengenalpastian dan klasifikasi yang tepat serta konsisten bagi pelbagai jenis aktiviti ekonomi termasuk definisi pelaburan mampan. Selain itu, ia juga bertujuan menangani kebimbangan mengenai keperluan mengurangkan dan mengurus risiko pencucian hijau (greenwashing).

“Perkembangan global pelaburan mampan telah mewujudkan permintaan untuk penjelasan lanjut dan bantuan untuk pemain pasaran dalam mengenal pasti aktiviti ekonomi yang sejajar dengan objektif alam sekitar, sosial dan kemampanan,” kata Pengerusi SC Dato’ Seri Dr. Awang Adek Hussin.

“Taksonomi SRI menggunapakai pendekatan berasaskan prinsip bagi meningkatkan penyeragaman dan kebolehbandingan aset pelaburan mampan,” katanya. “Ini dilakukan selepas mempertimbangkan keadaan kesediaan pasaran modal Malaysia yang lebih luas, kerana tahap kematangan konstituen-konstituen pasaran modal tersebut berada di tahap berbeza-beza dalam hala tuju kemampanan mereka.”

Memandangkan kedudukan kukuh Malaysia dalam kewangan Islam dan penjajaran prinsip asas kewangan Islam dengan kemampanan, khususnya dari perspektif pelaburan sosial dan etika, Taksonomi SRI juga merangkumi komponen sosial sebagai
tambahan kepada komponen alam sekitar.

Pembangunan Taksonomi SRI telah dilaksanakan oleh SC, dengan kerjasama industri melalui Kumpulan Kerja Industri (IWG). IWG terdiri daripada Hab Pertumbuhan Inklusif dan Kewangan Mampan Kumpulan Bank Dunia di Malaysia sebagai Pakar Teknikal Utama, dan wakil dari Bursa Malaysia, syarikat pengurusan aset dan dana, bank pelaburan, pemilik aset dan pakar kewangan mampan yang lain.

Pengurus Negara Bank Dunia untuk Malaysia Yasuhiko Matsuda berkata, “Kami berterima kasih atas peluang untuk menyokong SC dalam membangunkan rangka kerja dalam membantu merealisasikan modal bagi keutamaan pembangunan mampan. Taksonomi ini juga boleh membantu negara lain yang menghadapi cabaran yang sama dalam peralihan ke arah pelaburan yang bertanggungjawab secara sosial dan peralihan iklim yang adil.”

SC juga telah menerbitkan Kertas Maklum Balas Awam hari ini berikutan pengeluaran Kertas Perundingan Awam No.1/2021 mengenai Taksonomi Pelaburan Mampan dan Bertanggungjawab Berasaskan Prinsip bagi Pasaran Modal Malaysia pada Disember
2021.

Kedua-dua Taksonomi SRI dan Kertas Respons Awam boleh didapati di laman web SC di https://www.sc.com.my/development/sri.

Mengenai Suruhanjaya Sekuriti Malaysia:

Suruhanjaya Sekuriti Malaysia (SC), sebuah badan berkanun yang melapor kepada Menteri Kewangan, ditubuhkan di bawah Akta Suruhanjaya Sekuriti Malaysia 1993. Ia merupakan agensi kawal selia tunggal bagi pengawalseliaan dan pembangunan pasaran modal. SC mempunyai tanggungjawab langsung untuk menyelia dan memantau aktiviti institusi pasaran, termasuk bursa dan rumah penjelasan, dan mengawal selia semua individu yang dilesenkan di bawah Akta Pasaran Modal dan Perkhidmatan 2007. Maklumat lanjut mengenai SC boleh didapati di laman sesawangnya di www.sc.com.my. Ikuti SC di Twitter di @SecComMy untuk perkembangan terkini.

Join our Telegram to get the latest from Smart Investor
Facebook
Twitter
LinkedIn
WhatsApp
Telegram
Previous
Next

Recent Posts

Related Posts

Smart Investor Newsletter

Get Our Latest Articles And More Delivered To Your Inbox!