Smart Investor Malaysia

Previous
Next

SC Keluarkan Garis Panduan Produk Dan Perkhidmatan Pasaran Modal Islam Yang Disatukan

Facebook
Twitter
LinkedIn
WhatsApp
Telegram

Suruhanjaya Sekuriti Malaysia (SC) hari ini mengeluarkan Garis Panduan baharu Produk dan Perkhidmatan Pasaran Modal Islam (Garis Panduan ICMPS) yang akan menjadi sumber rujukan utama bagi semua tawaran produk dan perkhidmatan Pasaran Modal Islam (ICM) untuk pelabur sofistikated dan runcit. Ini merupakan sebahagian daripada inisiatif SC untuk mempertingkatkan lagi rangka kerja tadbir urus Syariah untuk pasaran modal Islam.

Garis Panduan ICMPS menyatukan semua keperluan Syariah yang sebelum ini telah ditetapkan dalam pelbagai garis panduan termasuk Garis Panduan Dana Unit Amanah, Garis Panduan Dana Dagangan Bursa dan Garis Panduan Produk Pasaran Modal Tidak Tersenarai di bawah Rangka Kerja Serah dan Simpan (LOLA).

Pengerusi SC Dato’ Seri Dr. Awang Adek Hussin berkata Garis Panduan ICMPS, yang akan berkuat kuasa pada hari ini (28 November), menyediakan pihak berkepentingan yang berkaitan, sebuah pusat dokumen yang komprehensif mengenai prinsip dan keperluan Syariah yang dipakai produk dan perkhidmatan ICM.

Garis Panduan ICMPS juga memperkenalkan bab baharu khusus untuk wakaf. Sebagai sebahagian usaha SC untuk mendalami dan meluaskan ICM, pengenalan bab ini membuktikan bahawa wakaf merupakan pemboleh utama dalam memanfaatkan cadangan nilai kewangan sosial Islam untuk inisiatif Pelaburan Mampan dan Bertanggungjawab (SRI).

Bagi tujuan ini, Rangka Kerja Dana Bercirikan Wakaf (WQ-FF) yang diperluas kini akan merangkumi dana tersenarai seperti Amanah Pelaburan Hartanah Islam (REIT) dan Dana Dagangan Bursa Islam (ETF). Peluasan itu akan menyediakan lebih banyak pilihan kepada pengeluar produk dan pelabur bagi meluaskan pemilihan pelaburan dalam produk yang memperuntukkan semua atau sebahagian daripada pulangan mereka ke arah aktiviti yang memberi impak sosial melalui wakaf.

“Pengeluaran Garis Panduan ICMPS dan peluasan Rangka Kerja WQ-FF adalah sejajar dengan pembangunan industri dan keperluan pasaran,” kata Dato’ Seri Dr. Awang.

“Inovasi penting untuk kekal relevan dan dalam mengukuhkan peranan Malaysia di barisan hadapan dalam kemajuan berasaskan pasaran syariah.” Maklumat tambahan boleh didapati di sini. Pertanyaan atau maklum balas mengenai Garis Panduan baharu boleh dikemukakan kepada AdGuidelines@seccom.com.my

Mengenai Suruhanjaya Sekuriti Malaysia:

Suruhanjaya Sekuriti Malaysia (SC), sebuah badan berkanun yang melapor kepada Menteri Kewangan, ditubuhkan di bawah Akta Suruhanjaya Sekuriti Malaysia 1993. Ia merupakan agensi kawal selia tunggal bagi pengawalseliaan dan pembangunan pasaran modal. SC mempunyai tanggungjawab langsung untuk menyelia dan memantau aktiviti institusi pasaran, termasuk bursa dan rumah penjelasan, dan mengawal selia semua individu yang dilesenkan di bawah Akta Pasaran Modal dan Perkhidmatan 2007. Maklumat lanjut mengenai SC boleh didapati di laman sesawangnya di www.sc.com.my. Ikuti SC di twitter di @SecComMy untuk perkembangan terkini.

Join our Telegram to get the latest from Smart Investor
Facebook
Twitter
LinkedIn
WhatsApp
Telegram
Previous
Next

Recent Posts

Related Posts

Smart Investor Newsletter

Get Our Latest Articles And More Delivered To Your Inbox!