Smart Investor Malaysia

Previous
Next

Robo Advisor Di Malaysia, Ada 8 Platform Robo Advisor Yang Anda Boleh Pilih

Facebook
Twitter
LinkedIn
WhatsApp
Telegram

Robo advisor adalah platform pelaburan secara atas talian yang menggunakan algoritma bagi membangunkan dan mengurus portfolio pelaburan. Robo advisor di Malaysia bertujuan untuk memudahkan kerja anda memilih saham dan dana.

Biasanya anda perlu menjawab beberapa soalan bagi menentukan profil risiko anda, sebelum memasukkan modal. Kemudian robo advisor akan melabur, mengimbangi dana, membeli dan menjual untuk anda, dan banyak lagi.

Robo advisor menggunakan teknologi bagi memantau pasaran global dan bertindak untuk mencari peluang pelaburan yang baru. Teknologi ini menganalisa beribu-ribu data setiap hari, memuatkan maklumat merentasi benua dan kelas aset yang berbeza, membangunkan portfolio pelaburan, semua ini dilakukan tanpa emosi manusia.

Portfolio-portfolio ini mencari pulangan yang baik di samping mengurus risiko.

Baca: Kepelbagaian Dalam Pelaburan

Kelebihan Robo Advisor Di Malaysia

Robo advisor di Malaysia membenarkan anda untuk mengeluarkan dana anda tanpa dikenakan sebarang penalti. Biasanya simpanan atau pelaburan tradisional memerlukan anda menyimpan atau melabur sekurang-kurangnya tiga bulan atau enam bulan, sebelum boleh mengeluarkannya. Ini bermakna anda bebas untuk jual dan beli pada bila-bila masa, semuanya di hujung jari saja.

Platform yang mesra pengguna turut membantu pelabur baru, dan merupakan tempat permulaan yang baik untuk mula belajar tentang bagaimana pelaburan itu berfungsi dan memahami profil risiko peribadi, sebelum beralih kepada pelaburan yang lebih mencabar dan dilakukan sendiri.

Yuran yang dikenakan juga adalah sangat sedikit jika dibandingkan dengan produk pelaburan tradisional lain, dan modal permulaan yng rendah turu membantu orang ramai untuk mula melabur.

Dengan hanya RM100, dah boleh mulakan langkah pertama anda dengan robo advisor di Malaysia. Dan ianya boleh dilakukan hanya dengan menggunakan telefon pintar, mudah saja.

Baca: 8 Tips Kewangan Hebat Untuk Capai Kebebasan Kewangan

Mulakan Langkah Rob0 Advisor Di Malaysia

Robo advisor adalah penasihat kewangan yang diautomasikan. Ianya alat yang dapat membantu para pelabur memilih portfolio pelaburan yang optimum berdasarkan profil toleransi risiko. Pada kebiasaannya, robo advisor di Malaysia akan bertanyakan beberapa soalan kepada anda bagi memahami anda dengan lebih mendalam, dan mencadangkan pelaburan yang bersesuaian berdasarkan algoritma.

Apabila anda bersetuju dengan peruntukan pelaburan, anda boleh memasukkan modal ke dalam akaun dan robo advisor akan membangunkan portfolio berdasarkan pilihan anda dan mengimbanginya secara berkala. Robo advisor kini digemari di kalangan anak muda kerana modalnya yang rendah, yuran yang rendah, serta semuanya boleh dilakukan secara atas talian.

8 Robo Advisor Di Malaysia Yang Berlesen

Kini terdapat 8 robo advisor di Malaysia atau lebih dikenali sebagai Pengurus Pelaburan Digital yang diiktiraf oleh Suruhanjaya Sekuriti Malaysia (SC) seperti berikut:

  1. Akru Now Sdn Bhd
  2. BH Global Fintech Solutions Sdn Bhd
  3. GAX MD Sdn Bhd
  4. Raiz Malaysia Sdn Bhd
  5. StashAway Malaysia Sdn Bhd
  6. UOB Asset Management (Malaysia) Bhd
  7. Wahed Technologies Sdn Bhd
  8. Kenanga Investment Bank Bhd (KIBB)

Setiap satu daripadanya mempunyai produk dan keunikan yang tersendiri. Platform robo advisor di Malaysia biasanya akan melabur ke dalam exchange-traded fund (ETF) yang merupakan gabungan saham, bon, emas dan lain-lain pelaburan. Dan kebanyakan robo advisor di Malaysia melabur ke dalam ETF luar negara.

Dengan pelaburan permulaan sebanyak RM100, anda juga boleh melabur secara konsisten setiap bulan.

Dengan robo advisor, ianya memudahkan kita untuk mempelbagaikan portfolio kerana ia melabur ke dalam pelbagai instrumen. Seperti pepatah popular yang sering kita dengar, “Jangan simpan semua telur anda dalam satu bakul”.

Baca: Pelaburan Patuh Syariah Terbaik, Di Mana Nak Melabur?

Join our Telegram to get the latest from Smart Investor
Facebook
Twitter
LinkedIn
WhatsApp
Telegram

Recent Posts

Related Posts

Smart Investor Newsletter

Get Our Latest Articles And More Delivered To Your Inbox!

Are you sure want to unlock this post?
Unlock left : 0
Are you sure want to cancel subscription?