Smart Investor Malaysia

Previous
Next

REIT Terbaik Di Malaysia

Facebook
Twitter
LinkedIn
WhatsApp
Telegram

REIT atau nama panjangnya Real Estate Investment Trust juga dikenali sebagai Amanah Pelaburan Hartanah. Sebelum kita tengok REIT terbaik di Malaysia, jom kita berkenalan dengan REITs terlebih dahulu.

Apa Itu REITs?

REITs membolehkan seorang pelabur melabur ke dalam sektor hartanah tanpa perlu memiliki hartanah tersebut. Pada kebiasaannya pelaburan hartanah dikaitkan dengan pembelian rumah, beli rumah dan kemudiannya jual rumah tersebut selepas beberapa tahun. Atau beli kemudian sewakan kepada orang lain, dengan harapan dapat menjana aliran tunai positif.

Tetapi kini anda boleh melabur ke dalam hartanah, hanya dengan membeli saham REITs yang tersenarai di Bursa Malaysia. Kini anda tidak lagi perlu nak cari penyewa, kemudian perlu berdepan pula dengan karenah penyewa, dan nak maintain hartanah tersebut.

Sebaliknya anda serahkan kepada mereka yang pakar untuk mengurus hartanah tersebut. Anda hanya perlu kutip dividen beberapa kali setahun, menarik bukan?

Kalau nak tahu, kadar pengagihan dividen purata bagi sesetengah REIT adalah lebih tinggi daripada ‘rental yield’ sesetengah hartanah kediaman di Malaysia. Oleh itu, anda cuma beli REIT dan kemudian peram untuk bertahun-tahun lamanya. Modal permulaan pun tersangatlah rendah.

REITs Yang Ada Di Bursa Malaysia

Sumber: Bursa Malaysia

Bagi anda yang telah pun mempunyai akaun CDS dan sudah mula melabur saham, maka anda perlu tahu REIT terbaik di Malaysia, apakah pilihan yang ada.

Sekiranya anda baru nak berjinak-jinak dalam dunia pelaburan saham, maka anda perlu membuka akaun CDS dengan mana-mana broker saham yang ada.

Di antara nama-nama besar REITs yang ada di Malaysia adalah KLCC Property Holdings Berhad, IGB Real Estate Investment Trust, Sunway Real Estate Investment Trust, Pavilion Real Estate Investment Trust, Axis Real Estate Investment Trust, YTL Hospitality REIT, IGB Commercial Real Estate Investment Trust, Capitaland Malaysia Trust dan Sentral REIT.

Mustahil tak pernah dengar nama KLCC, IGB, Sunway, Pavilion, IGB dan yang lain. Syarikat-syarikat ini memang sangat terkenal dan Market Cap mereka bernilai berbilion Ringgit.

Jom kita berkenalan dengan 4 REIT patuh syariah yang ada di Bursa Malaysia.

1. KLCC REIT

kuala lumpur malaysia reits

REIT yang paling terkenal di Malaysia adalah KLCC REIT. Selama ini anda pergi ke KLCC, tahukah anda kini boleh menjadi sebahagian daripada pemilik KLCC dengan memiliki saham KLCC REIT?

2. Axis REIT    

Boleh tahan besar juga Axis REIT dengan market cap bernilai RM3.15 bilion.

3. Al-‘Aqar Healthcare REIT

Kredit Gambar: SirapLimau

Al-‘Aqar Healthcare REIT pula terlibat secara khusus dalam industri kesihatan dengan memiliki hospital, kolej universiti dan perkampungan untuk warga emas.

4. Al-Salam Real Estate Investment Trust

Yang terakhir sekali kita ada Al-Salam REIT yang lebih menjurus kepada pejabat dan peruncitan.

Kenapa Perlu Melabur Ke Dalam REITs?

Selain daripada ianya mudah dan memerlukan modal yang kecil untuk bermula, pelaburan ke dalam REITs adalah lebih untuk anda simpan dan peram. Tak perlu nak kalut sekiranya berlaku sebarang kegawatan ekonomi atau inflasi dan bermacam-macam lagi cabaran.

Ini kerana pasaran REITs di Malaysia adalah sangat stabil. Kebanyakannya terletak di lokasi yang terbaik, dan penyewa pun hebat-hebat belaka. Kadar penghunian juga adalah tinggi, maka sewa adalah konsisten sepanjang masa. Apabila penyewa stabil, kutipan sewa adalah konsisten, maka bayaran dividen kepada pemegang saham juga akan maintain.

Disebabkan itulah, anda perlu ambil tahu REIT terbaik di Malaysia.

*Artikel ini bertujuan untuk maklumat umum saja, dan tidak berniat untuk menjadi nasihat kewangan daripada Smart Investor. Kami tidak mendakwa artikel ini adalah tepat, lengkap atau dikemaskini. Data diambil daripada BursaMalaysia.com, dan syarikat-syarikat REIT itu sendiri.

Baca juga: 5 Reasons Why You Should Invest In REITs

Join our Telegram to get the latest from Smart Investor
Facebook
Twitter
LinkedIn
WhatsApp
Telegram

Recent Posts

Related Posts

Smart Investor Newsletter

Get Our Latest Articles And More Delivered To Your Inbox!