Smart Investor Malaysia

Previous
Next

Pra-Bajet 2023: Industri Sasar Pengukuhan Pemulihan Ekonomi

Facebook
Twitter
LinkedIn
WhatsApp
Telegram

Setelah Malaysia keluar daripada fasa endemik, kita dapat lihat bagaimana ekonomi negara mula kembali pulih. Orang ramai kini bekerja seperti biasa, jalanraya penuh sesak, tempat percutian dan pelancongan semakin sibuk di hujung minggu.

Dengan pembentangan Bajet 2023 dijadualkan akan berlangsung pada 7 Oktober, jom kita dengarkan pandangan beberapa sektor yang ada di Malaysia dalam pra-Bajet 2023.

Hajat Pra-Bajet 2023: Sektor PKS

Setiausaha Agung Kehormat SAMENTA, Yeoh Seng Hooi

Tinjauan yang dilakukan oleh Small & Medium Enterprises Association Malaysia (SAMENTA) dengan Affin Bank telah mendapati bahawa 63% daripada mereka mempunyai rizab tunai tak sampai empat bulan, dengan 26% melaporkan pendapatan yang berkurang dalam lingkungan 11%-30%.

50% daripada mereka menjangkakan tahun 2023 mencatatkan prestasi pra-COVID 19, dengan 4% telah pun pulih manakala 2% tidak menjangka bahawa mereka akan pulih.

Hampir 50% telah mendigitalkan sebahagian proses mereka dengan 21% mencatatkan prestasi yang lebih baik, manakala 10% telah bertukar kepada digital sepenuhnya.

47% menyokong pengenalan semula Goods and Services Tax (GST) dengan 85% daripada yang menyokong ini mencadangkan kadar 4% dan ke bawah.

Presiden SME Association of Malaysia, H.S. Ding

Bagi memajukan industri start-up di Malaysia di bawah Rangka Tindakan (Blueprint) Ekonomi Digital Malaysia, dana sebanyak RM10 juta perlu disediakan, menurut Presiden SME Association of Malaysia, H.S. Ding.

Bagi PKS yang terlibat dalam industri pelancongan tempatan, pengecualian cukai pelancongan perlu dilanjutkan sehingga tahun 2023.

Manakala PKS dengan keuntungan di bawah RM1 juta, cukai korporat perlu diturunkan menjadi 15%, kata Setiausaha Agung Kehormat SAMENTA, Yeoh Seng Hooi.

Hajat Pra-Bajet 2023: Sektor Hartanah

Dari kanan ke kiri: Presiden Real Estate and Housing Developers Association (REHDA) Datuk N.K. Tong, Timbalan Presiden REHDA Datuk Ho Hon Sang

Pelbagai langkah telah dibuat bagi meningkatkan pemilikan rumah di kalangan rakyat Malaysia, tetapi banyak lagi yang perlu dilakukan bagi membantu industri perumahan dan pembinaan.

Bagi mengatasi kenaikan harga barangan pembinaan, REHDA mencadangkan pengecualian atau pengurangan duti ke atas beberapa bahan pembinaan sehingga harga stabil.

Bagi membantu pembeli rumah pertama hartanah di bawah RM500,000 REHDA mencadangkan pengurangan cukai ke atas faedah yang dikenakan terhadap pembinaan, pelepasan cukai peribadi sehingga RM20,000 dan geran sebanyak RM30,000 serta skim sewa-untuk-memiliki akan dipertimbangkan.

“Pasaran sekunder yang kuat adalah penting, kerana minat terhadap pelabur pasaran utama akan naik apabila harga hartanah atau kadar sewa meningkat,” kata Presiden Malaysian Institute of Real Estate Agents (MIEA), Chan Ai Cheng.

Presiden Malaysian Institute of Real Estate Agents (MIEA), Chan Ai Cheng

Pengecualian duti setem bagi pembeli di pasaran sekunder dan Cukai Keuntungan Harta Tanah (CKHT) kepada penjual boleh dilaksanakan.

Hajat Pra-Bajet 2023: Sektor Perhotelan, Pelancongan Dan Peruncitan

Berdasarkan laporan Kementerian Pelancongan Malaysia pada tahun 2019, kunjungan pelancong asing telah menyumbang sebanyak RM20 bilion, tetapi hari ini ramai masih mengalami kesulitan.

Malaysian Association of Hotels (MAH) meminta subsidi gaji yang lebih rendah, 30% pekerja dengan gaji sehingga RM4,000, dan 15% bagi pekerja dengan gaji sehingga RM8,000.

Mekanisme gaji minimum tidak menggalakkan produktiviti atau kecekapan, sebaliknya MAH mencadangkan mekanisme gaji berdasarkan produktiviti, kemahiran dan tugas yang dijalankan.

Bagi menggalakkan industri pelancongan tempatan, pengecualian cukai individu bagi pelancongan dan penginapan di dalam negara wajar ditingkatkan kepada RM5,000 setahun.

Retail Group Malaysia (RGM) berharap tiada lagi kawalan pergerakan dibuat.

“Peruncit Malaysia tidak mampu untuk berdepan dengan krisis ini lagi sekali,’’ kata pengarah urusan RGM, Tan Hai Hsin.

Pengarah urusan RGM, Tan Hai Hsin

Kekurangan pekerja, terutamanya di Johor yang berdepan dengan saingan dari Singapura, perlu ditangani segera, kerana masalah ini akan memperlahankan pemulihan ekonomi.

Berdepan dengan kegawatan ekonomi, kerajaan perlu mengambil tindakan segera bagi mengurangkan kesan negatif daripada pengurangan gaji dan perbelanjaan orang ramai.

Hajat Pra-Bajet 2023: Sektor Insurans Dan Perancangan Kewangan

Bagi meningkatkan pengguna Insurans, pengecualian cukai peribadi bagi premium insurans nyawa perlu ditingkatkan daripada RM3,000 ke RM5,000, kata Presiden Life Insurance Association of Malaysia (LIAM), Loh Guat Lan.

Presiden Life Insurance Association of Malaysia (LIAM), Loh Guat Lan

Buat masa sekarang, pengecualian cukai RM3,000 bagi premium yang dibayar untuk polisi perubatan dan pendidikan adalah bergabung.

Pengecualian cukai bagi insurans pendidikan, perubatan dan kesihatan perlu dinaikkan daripada RM3,000 kepada RM6,000.

Program Baucar Perlindungan Tenang RM50 bagi membantu golongan B40 di Malaysia, telah mendapat sambutan yang menggalakkan tetapi akan berakhir pada Disember 2022, perlu diteruskan untuk sekurang-kurangnya lagi setahun.

Pandemik COVID-19 telah mengakibatkan ramai orang kehilangan pekerjaan dan melihat simpanan mereka berkurang. Bagi membantu rakyat Malaysia mengurus kewangan peribadi, Financial Planning Association of Malaysia (FPAM) mencadangkan pengecualian cukai baru sebanyak RM3,000 bagi membantu mereka yng mengambil khidmat perancang kewangan berlesen, kata Naib Presiden FPAM, Rafiq Hidayat.

Naib Presiden FPAM, Rafiq Hidayat

Memandangkan kebanyakan rakyat Malaysia tidak mempunyai simpanan yang cukup untuk bersara kelas, pengecualian cukai bagi Private Retirement Scheme (PRS) perlu dinaikkan daripada RM3,000 kepada RM10,000 bagi menggalakkan lebih ramai orang menyimpan untuk hari tua.

Now that we’ve seen the Pre-Budget 2023 wishlist by the industries, let’s hope that their voices are heard.

Join our Telegram to get the latest from Smart Investor
Facebook
Twitter
LinkedIn
WhatsApp
Telegram

Recent Posts

Related Posts

Smart Investor Newsletter

Get Our Latest Articles And More Delivered To Your Inbox!

Are you sure want to unlock this post?
Unlock left : 0
Are you sure want to cancel subscription?