Smart Investor Malaysia

Previous
Next

Perancangan Kewangan: Amalan Dan Nasihat Terbaik Daripada 5 Orang Pakar

Facebook
Twitter
LinkedIn
WhatsApp
Telegram

Pernahkah anda mendengar dialog berkenaan perancangan kewangan seperti berikut?

“Bagaimana anda merancang untuk persaraan?”

“Bila anda sepatutnya mula merancang kewangan anda?”

“Apakah strategi persaraan yang terbukti berkesan?”

“Bagaimana anda boleh mempelbagaikan dana, simpanan, dan aset untuk menjana lebih banyak kekayaan, yang akhirnya membolehkan anda menjadi bebas daripada segi kewangan?”

Kami tanya soalan-soalan ini kepada beberapa orang pakar tentang bagaimana mereka boleh bantu pelanggan mereka merancang dan menjalankan perancangan persaraan mereka.

Perancangan Kewangan Adalah Asas Nak Bersara

As in all successful ventures, the foundation of a good retirement is planning - Retirement planning advise from the experts

“Asas kepada persaraan yang baik adalah perancangan kewangan”

Pada umumnya, terdapat dua pelan persaraan yang ada di Malaysia, Kumpulan Wang Simpanan Pekerja (KWSP) bagi pekerja di sektor swasta dan skim pencen sekiranya anda bekerja sebagai kakitangan kerajaan.

Dan pastinya anda sering dengar tentang bagaimana pelan persaraan ini tidak mencukupi.

Kenapa?

1. Kita hidup lebih lama, mempunyai jangka hayat yang lebih lama isebabkan kemajuan perubatan dan teknologi

2. Inflasi. Kos sara hidup yang semakin meningkat saban tahun, maka perbelanjaan harian, kos perubatan, pendidikan anak-anak dan yang lain-lain akan terus meningkat

Jadi apa kata pakar dalam bidang perancangan kewangan itu sendiri?

1. Yap Ming Hui Dari Whitman Independent Advisors 

Ianya merupakan perkara biasa. Kebanyakan pelanggan kami tidak sedar bahawa mereka tidak mempunyai simpanan yang cukup untuk bersara nanti apabila mereka sudah hampir nak bersara.

Lebih teruk lagi, kos pendidikan swasta yang semakin meningkat boleh memberi kesan kepada simpanan anda, terutamanya mereka yang mempunyai anak yang ramai.

Maximise retirement savings while you are young and fir - Retirement planning advise from the experts

Penyelesaiannya? 

1. Mula menabung untuk masa depan anda sebaik saja anda mempunyai pendapatan, tidak kira betapa kecil jumlahnya. Jika bukan sekarang, bila lagi?

2. Kekal melabur dalam pasaran saham, tidak kira pasaran menaik atau menurun dalam tempoh 20-30 tahun. (Melabur untuk jangka masa panjang)

3. Kaji dan labur sendiri dalam pelaburan yang baik dan pastikan anda tidak terjebak dengan pelaburan scam.

4. Salurkan 30% daripada pendapatan anda ke dalam dana persaraan (mandatori 11% + tambahan 19%). Nilai ini bergantung kepada umur, komitmen kewangan atau gaya hidup yang anda inginkan ketika bersara kelak.

5. Buat penilaian mudah menggunakan aplikasi percuma iWealth bagi menilai kedudukan kewangan semasa anda, gaya hidup idaman anda, dan berapa banyak yang anda perlukan untuk bebas daripada segi kewangan.

6. Sentiasa utamakan agar anda tidak hilang duit anda. Sebagai contoh, pilih pelaburan yang diselia, pelbagaikan pelaburan di dalam kelas aset yang berbeza, tetapkan kriteria pelaburan dan strategi anda sendiri, dan kekal melabur ke dalamnya tidak kira apa berlaku.

2. Linnet Lee Dari Financial Planning Association of Malaysia (FPAM)

Jika anda menjangkakan untuk belanja 30 tahun semasa bersara kelak, anda perlu bermula kumpul dana persaraan 30-40 tahun lebih awal, dengan membuat perancangan kewangan sebaik saja anda mula bekerja.

Ada dua kaedah untuk merancang persaraan anda:

1. Kaedah Perbelanjaan Modal

Capital Expense Method - Retirement Planning

Apa saja yang anda simpan untuk bersara (modal), anda gunakannya semasa bersara dan di ambang kematian, hanya tinggal sedikit saja.

Ianya memerlukan pengurusan yang aktif semasa anda bersara bagi memastikan duit tersebut adalah cukup (dengan andaian duit anda akan terus bekerja apabila anda pencen nanti).

Capital Intact - Retirement planning advise from the experts

2. Kaedah Pengekalan Modal

Anda kumpul sejumlah modal yang besar dan hidup dengan faedah dan dividen yang diterima sepanjang tempoh persaraan.

Modal terkumpul ini akan diwariskan kepada orang yang tersayang anda sebagai satu legasi.

Oleh itu, anda perlu kenalpasti pelaburan yang sesuai dengan toleransi risiko anda.

Tips tambahan mengenai perancangan kewangan oleh Linnet Lee:

1. Pencen lewat sekiranya anda masih sihat dan bertenaga

2. Amalkan gaya hidup minimalis

3. Mula melabur ke dalam instrumen pelaburan yang memberikan dividen seperti Real Estate Investment Trust (REIT), Exchange-Traded Funds (ETF), saham, dana amanah saham dan Private Retirement Schemes (PRS).

4. Pastikan perlindungan yang cukup menerusi simpanan dan polisi takaful/insurans.

5. Bekerjasama dengan perancang kewangan berlesen untuk mengurangkan kesilapan daripada segi kewangan.

6. Ambil kira kos yang bakal ditanggung ketika bersara nanti, seperti baikpulih rumah, penyelenggaraan kereta dan pembelian barangan penjagaan kesihatan.

7. Perhatikan rapat portfolio pelaburan anda dari semasa ke semasa, bagi menyesuaikannya dengan perubahan gaya hidup dan profail risiko anda.

8. Jauhkan diri daripada scam yang menawarkan pulangan yang tinggi dan cepat.

3. Bryan Zeng Dari FA Advisory

Satu hari nanti anda akan pencen. Persoalannya adalah bila.

Sudahkah anda merancang untuk bersara?

Kita sekarang hidup di dalam keadaan yang tidak menentu, di mana perubahan luaran yang berlaku adalah di luar jangkaan dan akan terus berlaku.

Adakah dana persaraan anda boleh bertahan selama 20-30 tahun lamanya? Jika tidak, anda perlu membuat perancangan kewangan untuk bersara hari ini juga.

Bertindak untuk memaksimumkan simpanan persaraan anda sementara anda masih lagi muda dan sihat untuk menjana pendapatan secara aktif. Jadikan masa dan faedah berganda sebagai kawan baik anda, bekerja keras untuk anda.

Key actions - Retirement planning advise from the experts

Perkara penting yang anda perlu lakukan:

  • Wujudkan dana kecemasan
  • Bayar hutang
  • Dapatkan perlindungan takaful/insurans yang mencukupi
  • Kekalkan gaya hidup sihat
  • Berusaha untuk tingkatkan keadaan perubatan anda. Sekiranya anda mempunyai berat badan yang lebih atau mengalami kencing manis peringkat awal. Keadaan kesihatan ini boleh diterbalikkan dan anda akan jimat bil perubatan di masa akan datang
  • Pelbagaikan portfolio pelaburan, pertimbangkan alternatif kepada KWSP

Sememangnya ianya sangat sukar untuk dilakukan. Berikut merupakan beberapa strategi yang anda boleh amalkan:

  • Jejak dan kurangkan perbelanjaan
  • Tingkatkan simpanan
  • Jana pendapatan kedua dan ketiga
  • Bersara lebih lewat
  • Cari produk pelaburan yang padan dengan profail risiko, mudah untuk dicairkan dengan tanpa cukai dikenakan
  • Pelaburan mudah dengan modal yang kecil adalah kegemaran beliau

4. Derick Tan Dari Association of Financial Advisers Malaysia

Masa terbaik untuk melabur adalah “Sekarang”. Lebih awal anda bermula, lebih awal anda akan capai sasaran persaraan dengan lebih banyak pilihan yang ada.

Di antara perkara berkenaan perancangan kewangan dan pemilihan instrumen pelaburan:

  • Simpanan tetap jangka masa panjang
  • Pertumbuhan dana yang mampan
  • Kepelbagaian portfolio pelaburan

Derick mencadangkan anda melabur 70%-80% ke dalam aset kelas pendapatan tetap (fixed income) atau pasaran wang (money market), dan baki 20%-30% ke dalam ekuiti yang melabur ke dalam Asia Pasifik dan China.

Knowledge and skills to achieve financial goals - Retirement planning advise from the experts

Pengurusan KWSP telah menjalankan kerja mereka dengan baik dalam mengurus dana persaraan kita, tetapi kita tidak boleh bergantung harap sepenuhnya kepada simpanan dalam KWSP untuk bersara. Oleh itu anda perlu beri perhatian terhadap:

  • Berapa banyak simpanan dalam KWSP yang anda berjaya kumpul apabila pencen nanti?
  • Berapa banyak yang diperlukan untuk gaya hidup anda nanti?
  • Apakah kriteria pelaburan untuk mencapai sasaran persaraan anda?
  • Apakah kelebihan dan kelemahan setiap pelaburan yang anda miliki?
  • Sudahkah anda mempelbagaikan pelaburan anda ke dalam kelas aset yang berbeza bagi mengurus risiko pelaburan?

Kesimpulannya, anda perlu mempunyai ilmu dan kemahian untuk menjana keuntungan, dengan mengamalkan konsep Cut Loss dan menukar dana atau menambah dana untuk pertumbuhan jangka masa panjang.

5. Phang Kar Yew Dari Malaysian Financial Planning Council (MFPC)

Merancang untuk bersara adalah perjalanan jangka masa panjang. Ianya memerlukan komitmen dan strategi pelaburan bagi menjayakannya.

Did you know? - Retirement planning advise from the experts

Lebih daripada 90% pulangan pelaburan dijana menerusi kepelbagaian aset. Oleh yang demikian, portfolio pelaburan memerlukan kepelbagaian aset dengan mempelbagaikan pelaburan anda merentas beberapa kelas aset yang berbeza.

Sekiranya anda tidak mempunyai dana yang cukup besar atau kemahiran untuk melabur secara terus ke dalam pelaburan saham, maka pelaburan dana amanah yang diurus pengurus profesional adalah alternatif yang baik.

Perlu ingat bahawa anda perlu mempunyai objektif pelaburan yang jelas, tahu profail risiko-pulangan dan urus jangkaan anda berkenaan prestasi pelaburan.

Melabur ke dalam hartanah juga merupakan pilihan yang bijak. Ianya membolehkan anda mendapat keuntungan menerusi kenaikan harga dan juga pendapatan berterusan dengan sewa.

Walaubagaimanapun, pelaburan hartanah mempunyai risikonya yang tersendiri. Pelaburan hartanah yang dapat menjana aliran tunai yang positif sangat sukar untuk diperolehi.

did you know II? -Retirement planning advise from the experts

Anda juga perlu tahu bila nak keluar daripada sebarang pelaburan. Sama ada untuk lock keuntungan atau untuk meminimumkan kerugian anda.

Join our Telegram to get the latest from Smart Investor
Facebook
Twitter
LinkedIn
WhatsApp
Telegram

Recent Posts

Related Posts

Smart Investor Newsletter

Get Our Latest Articles And More Delivered To Your Inbox!