Smart Investor Malaysia

Previous
Next

Pelaburan Terbaik 2023: Menjelang Kegawatan Ekonomi

Facebook
Twitter
LinkedIn
WhatsApp
Telegram

Tahun 2022 merupakan tahun yang teruk bagi kebanyakan pelaburan. Sama ada pelaburan saham, amanah saham, hartanah, emas, kripto, kebanyakannya mencatatkan penurunan. Jadi di manakah kita nak melabur dan apakah pelaburan terbaik 2023?

Smart Investor telah mengadakan webinar bertajuk ‘Where To Invest In 2023’ di mana kami menjemput beberapa orang pakar dalam membincangkan topik di mana nak melabur tahun depan?

Kita ada tiga ahli panel yang menghiasa acara tersebut: Lim Chia Wei, pengurus kanan portfolio di Affin Hwang Asset Management; Julian Suresh, pengarah eksekutif dan ketua pegawai pelaburan di Redvest Wealth & Asset Management; dan Jason Wong Jia Jun, CFA dan pengurus penyelidik di FSMOne Malaysia.

Baca: 5 Pelaburan Mudah Di Malaysia Yang Anda Boleh Mula Sekarang

Pelaburan Terbaik 2023

“Kami melihat beberapa sektor seperti perbankan, semikonduktor, dan komoditi akan terjejas teruk sekiranya berlaku kegawatan ekonomi. Manakala sektor yang dilihat berpotensi adalah sektor yang bersifat defensif, seperti konsumer dan penjagaan kesihatan,” kata Chia Wei.

Lim Chia Wei, Senior Portfolio Manager, Affin Hwang Asset Management

Apabila kegawatan ekonomi berakhir pada tahun 2023 nanti, beliau menyarankan agar kita melihat semula industri perbankan, semikonduktor, dan komoditi. Tetapi beliau juga memberi amaran bahawa kita mungkin hanya akan keluar daripada kegawatan ekonomi pada tahun 2024, sekiranya keadaan tak berapa baik.

Menurut Suresh pula, pasaran bon dilihat sebagai salah satu pelaburan terbaik 2023 dan merupakan alternatif yang baik untuk dilaburkan.

Baca: Pilih Masa Terbaik Untuk Melabur

Julian Suresh, Executive Director and Chief Investment Officer, Redvest Wealth & Asset Management

Dengan keluk bon di Malaysia dan Amerika Syarikat dilihat bergerak seiring, ia hanya akan meningkat lebih tinggi dalam masa terdekat. Mungkin orang ramai sedang mencari perlindungan daripada kejathuan pasaran saham yang melanda satu dunia.

Tetapi sekiranya kenaikan kadar faedah menjadi lebih agresif, ini akan mengakibatkan pulangan bon akan jatuh.

Apabila ini berlaku, kita boleh lihat kepada pasaran saham tempatan yang mempunyai banyak potensi untuk naik dan juga kecairan yang tinggi.

“Pasaran saham Malaysia akan bangkit semula pada tahun 2023, dan kita sebenarnya berada di landasan yang baik,” kata Suresh apabila ditanya tentang pandangan beliau untuk tahun depan.

Keluaran Dalam Negara Kasar (KDNK) semakin berkembang dan terdapat peningkat terhadap penawaran dan permintaan terhadap beberapa sektor.

Beliau menasihatkan agar kita berjaga-jaga dan pelbagaikan portfolio memandangkan akan wujud peluang yang banyak apabila pasaran kembali pulih. Daripada segi eksport, Malaysia berada di tempat kedua di belakang Indonesia, dan kita berjaya kalahkan negara-negara lain seperti Taiwan, Korea, China, Thailand dan juga Singapura.

Daripada segi pertumbuhan, Malaysia mendahului senarai, mengalahkan Singapura, Amerika Syarikat, Eropah dan juga China.

Kemudian kita menjemput pula panelis ketiga iaitu Jason Wong Jia Jun, CFA dan pengurus penyelidik di FSMOne Malaysia untuk berkongsi sama ada Malaysia masih lagi pelaburan terbaik 2023.

Baca: Kepelbagaian Dalam Pelaburan

Jason Wong Jia Jun, CFA, Research Manager, FSMOne Malaysia

“Daripada perspektif portfolio, Malaysia merupakan salah satu pelaburan terbaik 2023 kerana korelasinya yang rendah dengan pasaran saham global. Ekuti Malaysia mempunyai kadar pekali korelasi dengan ekuiti global sebanyak 0.54 dan pasaran Asia kecuali Jepun sebanyak 0.38, kata Jason.

Dengan memiliki ekuiti Malaysia di dalam portfolio dapat mengurangkan risiko ketidaktentuan dalam pasaran.

Walaupun FBM KLCI sedang didagangkan secara sideways, masih ada beberapa sektor yang menunjukkan prestasi yang baik seperti sektor kewangan dan tenaga. Pengurus dana tempatan mampu memberikan pulangan yang baik, dan mereka mampu memilih saham yang baik – terutamanya syarikat-syarikat Small & Medium Cap.

Jason turut berkongsi pandangan beliau tentang pasaran Malaysia untuk tahun depan: “Pasaran saham Malaysia kurang memberangsangkan tahun ini, tetapi kita sebenarnya mempunyai prestasi yang baik berbanding pasaran saham lain. Ekonomi Malaysia dijangka tumbuh dengan pesat tahun depan, seperti jangkaan yang dibuat International Monetary Fund (IMF).”

Daripada segi fundamental, syarikat di Malaysia agak kukuh dan pendapatan dijangka pulih tahun depan dengan pertumbuhan dua digit berbanding tahun ini.

Sektor kewangan dijangka akan menerima manfaat berikutan peningkatan Overnight Policy Rate (OPR), yang dijangka akan naik lagi. Sektor kewangan dijangka akan menikmati pertumbuhan sebanyak 15% pada tahun 2023 disebabkan margin keuntungan yang semakin meningkat, pendapatan pelaburan yang lebih baik, dan pulangan bon yang lebih tinggi.

FBM KLCI dijangka akan mencatatkan paras 1,600 mata pada hujung tahun 2023.

Berdepan dengan soalan: “Perlukah kita terus melabur walaupun berdepan dengan kegawatan ekonomi tahun depan? Sekiranya ya, apakah pelaburan terbaik 2023?

Jason menjawab, “Ya! Kita mesti tamak apabila orang lain takut.”

Sekarang adalah masa yang baik untuk kembali ke dalam pasaran, setelah ia mengalami kejatuhan yang sangat besar. Ada banyak peluang untuk membeli bagi pelabur jangka masa panjang. Selain daripada Malaysia, pasaran Asia kecuali Jepun juga salah satu pelaburan terbaik 2023 yang anda boleh intai.

Seterusnya kita ada China, di mana negara ini sedang memotong kadar faedah dan memberikan rangsangan ekonomi. Pemulihan China akan memberikan kesan yang positif kepada rantau Asia, termasuklah Malaysia yang mempunyai hubungan baik dengan mereka.

Dah Tahu Pelaburan Terbaik 2023?

Selepas mendengar penerangan daripada ketiga-tiga ahli panel, maka kita tahu bahawa pasaran hampir sampai ke dasar, dan tahun depan dijangka ekonomi akan pulih semula. Kegawatan ekonomi mungkin tak seteruk mana, maka bertahanlah untuk beberapa bulan yang mendatang, paling tak pun lagi setahun dua.

Join our Telegram to get the latest from Smart Investor
Facebook
Twitter
LinkedIn
WhatsApp
Telegram

Recent Posts

Related Posts

Smart Investor Newsletter

Get Our Latest Articles And More Delivered To Your Inbox!

Are you sure want to unlock this post?
Unlock left : 0
Are you sure want to cancel subscription?