Smart Investor Malaysia

Previous
Next

Pelaburan REITs: 5 Sebab Anda Perlu Melabur REIT

Facebook
Twitter
LinkedIn
WhatsApp
Telegram

Real Estate Investment Trusts (REITs) juga dikenali sebagai Amanah Pelaburan Hartanah semakin meningkat popular di kalangan para pelabur. Kalau nak tahu, pelaburan REITs adalah saham syarikat hartanah komersial yang disenaraikan di Bursa Malaysia.

REITs diurus oleh pemaju hartanah atau profesional. Ada banyak kategori yang ada di dalam REIT yang merebut peluang melabur ke dalam pusat membeli-belah, kawasan perumahan, ruang pejabat, hospital, kilang, dan banyak lagi.

Anda perlu baca ini: REIT Terbaik Di Malaysia

Dalam bahasa mudah, pelaburan REITS adalah wang yang dikumpul bersama-sama dari pelabur untuk melabur REIT ke dalam hartanah. Ianya alternatif yang baik berbanding anda beli sendiri hartanah yang mungkin menelan belanja yang tinggi.

Mereka yang melabur REIT berhak untuk menerima bayaran dalam bentuk dividen yang diberi setiap tiga bulan sekali atau enam bulan sekali. Ianya berikutan keuntungan yang diperolehi daripada sewaan hartanah-hartanah yang dimiliki syarikat REIT itu tadi.

Sekarang kita tengok pula 5 sebab kenapa anda perlu terlibat sama dalam melabur REIT.

1. Mula Serendah RM100

Selama ini kita ingatkan nak melabur dalam hartanah perlu modal puluhan ribu ringgit dan berhutang beratus ribu ringgit. Tetapi rupa-rupanya kita boleh melabur REIT dengan modal serendah RM100 saja.

Property investment using REITs in stock market
Source : Bursa Malaysia

Daripada senarai di atas, ada banyak REIT yang berharga di bawah RM1.00. Minimum pembelian adalah 1 lot atau 100 unit, maka tak perlu modal besar pun nak melabur REIT ni.

Jauh lebih murah berbanding pelaburan hartanah yang biasa.

2. Pengecualian Cukai

REITs tax exemption

Salah satu kelebihan pelaburan REITs adalah pengecualian cukai bagi dividen yang diperolehi. Kenaikan harga saham pun tidak dikenakan cukai.

Bagi pelaburan fizikal hartanah, anda perlu bayar Real Properties Gains Tax (RPGT) yang akan memberi kesan kepada pulangan pelaburan anda. Belum masuk lagi duti setem, upah peguam dan bermacam-macam lagi kos yang terlibat apabila anda membeli dan menjual sesebuah hartanah.

Sudah semestinya anda dapat jimat banyak, maka untung pun lebih banyak.

3. Pelaburan REITs Adalah Mudah

Dengan REITs, anda tidak perlu pening kepala sangat. Beli, simpan dan peram.

REIT disenaraikan di Bursa Malaysia, maka nak jual atau beli sangat mudah. Anda juga tak perlu terikat dengan hutang beratus ribu dan perlu bayar konsisten setiap bulan. Sekiranya berlaku perkara yang tidak diingini sehingga mengakibatkan anda tak mampu bayar instalment bulanan, berat juga nanti.

Nak jual hartanah pun mengambil masa beberapa bulan, ada yang bertahun lamanya.

Melabur REIT anda hanya perlu akaun CDS, dan semua transaksi boleh dijalankan secara atas talian melalui trading platform. Mudah, bukan?

4. REITs Diurus Oleh Mereka Yang Pakar

reits managed by professionals

Anda masih lagi baru dalam pasaran saham? Tidak perlu risau dengan pelaburan REITS, kerana ianya diurus oleh golongan profesional dan mereka yang pakar dalam bidangnya.

Kini anda tidak lagi perlu berurusan dengan penyewa, pihak berkuasa tempatan, dan bermacam-macam lagi hal.

Goyang kaki pun boleh. Sambil boleh berlagak dengan kawan-kawan dan saudara-mara bahawa bangunan tersebut milik anda.

5. Bayaran Dividen Yang Lebih Tinggi

Tahukah anda bahawa di dalam pelaburan REITs, mereka perlu mengagihkan keuntungan sekurang-kurangnya 90% kepada para pelabur bagi melayakkan mereka mendapat pengecualian cukai?

Sebab itulah para pelabur dapat menikmati dividen setinggi 7% setiap 3 bulan atau 6 bulan, bergantung kepada syarikat.

Kadar dividen adalah lebih tinggi daripada kebanyakan pulangan daripada pelaburan hartanah.

Sekarang anda dah tahu kelebihannya, dah bersedia untuk melabur REIT ke belum?

Join our Telegram to get the latest from Smart Investor
Facebook
Twitter
LinkedIn
WhatsApp
Telegram

Recent Posts

Related Posts

Smart Investor Newsletter

Get Our Latest Articles And More Delivered To Your Inbox!