Smart Investor Malaysia

Previous
Next

Pelaburan Patuh Syariah Terbaik, Di Mana Nak Melabur?

Facebook
Twitter
LinkedIn
WhatsApp
Telegram

Alhamdulillah, semakin ramai rakyat Malaysia yang celik tentang pelaburan. Dan semakin ramai yang terbuka mata tentang kepentingan pelaburan patuh syariah, tetapi di manakah tempat pelaburan patuh syariah terbaik yang boleh kita melabur?

Tetapi sebelum itu, jom fahamkan terlebih dahulu apa yang dimaksudkan dengan pelaburan patuh syariah.

Pelaburan Patuh Syariah

investment

Pelaburan patuh syariah merujuk kepada aktiviti pelaburan yang berlandaskan Syariah atau undang-undang Islam. Ianya melarang sebarang kegiatan riba, gharar dan maysir.

Riba

Daripada segi bahasa, riba bermaksud tambahan. Faedah yang dibayar ke atas modal adalah riba.

Gharar

Daripada segi bahasa, gharar bermaksud ketidaktentuan atau meragukan. Sebagai contoh, kita tak pasti ke mana modal kita dilaburkan, bagaimana syarikat akan jana keuntungan untuk memberikan pelabur pulangan.

Maysir

Daripada segi bahasa, maysir adalah berjudi. Ianya merupakan permainan yang akan merugikan salah satu daripada dua belah pihak. Sebagai contoh kita beli saham, kita sendiri tak tahu apa-apa mengenai syarikat tersebut, apakah perniagaan yang mereka lakukan, untung atau rugi syarikat tersebut – sebaliknya hanya ikut tips yang orang lain berikan semata-mata.

Sekarang kita tengok pula tempat pelaburan patuh Syariah terbaik yang ada di Malaysia.

Lubuk Pelaburan Patuh Syariah Terbaik

1. Amanah Saham

Amanah saham merupakan pelaburan yang sangat popular di Malaysia. Biasa dengar nama Public Mutual, Principal, PMB Investment dan bermacam-macam lagi? Setiap daripada mereka ada dana-dana amanah saham mereka yang tersendiri.

Dengan modal RM100 pun dah boleh mula melabur. Banyak sangat pilihan amanah saham sampai tak tahu nak pilih yang mana?

Jemput baca Amanah Saham Terbaik Di Malaysia.

2. Tabung Haji

Ramai yang menggunakan platform Tabung Haji sebagai tempat simpanan untuk menunaikan rukun Islam yang kelima. Tetapi sebenarnya kita juga boleh melabur ke dalam Tabung Haji, kerana pulangannya yang boleh tahan.

Selain daripada menyimpan RM1,300 sebagai syarat untuk layak terpilih untuk menunaikan haji, boleh tambah lagi pelaburan anda sekiranya ada duit lebih.

3. Emas

Emas sering dikaitkan dengan instrumen pelaburan yang kalis inflasi. Apabila ekonomi dunia tak menentu, maka emas adalah pilihan pelabur kerana ianya dianggap sebagai ‘safe haven’.

Emas dilihat berupaya mengekalkan nilainya, dan nilainya dilihat semakin meningkat saban tahun.

Baca: Pelaburan Emas Daripada Perspektif Islam, 6 Cara Untuk Melabur Emas

4. Robo-Advisor

Seiring dengan perkembangan teknologi, kini kita boleh gunakan teknologi untuk melabur. Robo-advisor adalah sebuah platform pengurusan dana pelaburan dan khidmat nasihat kewangan secara online dan diuruskan sepenuhnya oleh mesin dan robot dengan interaksi manusia yang sangat minimum.

Dengan modal RM100 kita dah boleh mula melabur, daripada pembukaan akaun sehinggalah ke deposit wang untuk dilaburkan – semuanya dilakukan secara atas talian atau menggunakan aplikasi telefon pintar. Mudah bukan?

5. Saham

Hari ini pelaburan saham bukanlah sesuatu yang asing buat kita semua. Ketika pandemik melanda, ramai yang mula bergiat aktif dalam saham dan berjaya mengaut keuntungan yang tinggi. Maklumlah, duduk terperap di dalam rumah, ditambah lagi dengan moratorium, maka banyak juga duit lebihan.

Saham merupakan salah satu pelaburan patuh syariah terbaik kerana banyak kekayaan boleh dijana dengan menjadi pelabur saham.

Tetapi masihkah anda ingat lagi contoh ‘maysir’ yang boleh menyebabkan pembelian saham kita jatuh hukum berjudi. Oleh itu, pastikan anda membuat Analisa Fundamental & Analisa Teknikal sebelum nak beli mana-mana saham.

6. REIT (Real Estate Investment Trust)

REIT atau Amanah Pelaburan Hartanah adalah seperti amanah saham tetapi REIT hanya melabur ke dalam sektor hartanah. Ini termasuklah hartanah komersial, ruang pejabat, hotel, hospital dan bermacam-macam lagi.

Ada juga REIT yang disenaraikan di Bursa Malaysia, oleh itu pastikan REIT tersebut patuh Syariah terlebih dahulu sebelum nak melabur.

7. Mata Wang Kripto

Siapa yang tak pernah dengar Bitcoin kan? Mata wang kripto wujud pada tahun 2008 apabila Satoshi Nakamoto mencipta mata wang kripto pertama iaitu Bitcoin.

Sejak daripada itu, industri mata wang kripto semakin berkembang maju dan mula diterima pakai di banyak negara. Tetapi kita perlu ingat bahawa mata wang kripto adalah sangat berisiko tinggi. Kita boleh untung cepat, tetapi boleh juga rugi dengan sangat cepat.

8. PRS (Private Retirement Schemes)

Kalau selama ini pekerja swasta ada potongan gaji setiap bulan dan dimasukkan ke dalam KWSP (Kumpulan Wang Simpanan Pekerja), bagi mereka yang berniaga atau tanpa pendapatan tetap boleh mencarum ke dalam PRS.

Dengan potensi pulangan yang hampir sama dengan amanah saham dan insentif rebat cukai sebanyak RM3,000 setahun, pastikan anda rebut peluang untuk melabur ke dalam PRS.

9. ECF (Equity Crowdfunding)

Ekuiti pendanaan awam atau ECF kini semakin popular kerana ianya menawarkan modal yang mudah kepada peniaga dan juga pelabur dapat menjadi sebahagian daripada pemilik saham syarikat.

Mana tahu lepas ni syarikat tersebut berjaya ke IPO dan masuk pasaran saham, kita mampu menjana pulangan yang sangat baik sekiranya ini berlaku.

10. P2P (Peer-to-Peer) Financing

P2P financing membolehkan perniagaan mendapatkan modal dari sekumpulan pelabur menerusi platform atas talian. Seperti pinjaman atau pembiayaan bank, pelabur P2P financing akan mendapat pulangan daripada pelaburan yang mereka lakukan.

Pelaburan dalam P2P financing ada untuk jangka masa pendek selama beberapa bulan, ada juga untuk beberapa tahun. Pulangan juga bergantung berbeza-beza, tetapi tak lari daripada konsep ‘high risk high return’.

Tetapi ada juga P2P financing yang menawarkan pulangan tetap, menarik jugak.

Yang Mana Satu Pelaburan Patuh Syariah Terbaik?

Kesimpulannya, ada banyak tempat pelaburan patuh Syariah terbaik yang boleh kita terokai. Daripada kita bergaduh manakah pelaburan patuh Syariah terbaik, apa kata kita pelbagaikan portfolio kita untuk ada sini sikit, sana sikit.

Sesuai dengan konsep, “don’t put all your eggs in one basket”.

Join our Telegram to get the latest from Smart Investor
Facebook
Twitter
LinkedIn
WhatsApp
Telegram

Recent Posts

Related Posts

Smart Investor Newsletter

Get Our Latest Articles And More Delivered To Your Inbox!

Are you sure want to unlock this post?
Unlock left : 0
Are you sure want to cancel subscription?