Smart Investor Malaysia

Previous
Next

Pelaburan Hartanah Pasca-Pandemik, 4 Perkara Untuk Dipertimbangkan

Facebook
Twitter
LinkedIn
WhatsApp
Telegram

Pelaburan hartanah sangat popular di kalangan rakyat Malaysia. Harga hartanah biasanya akan meningkat saban tahun dan juga mampu menjana pendapatan pasif pada masa yang sama.

Kebanyakan industri masih belum pulih sebelumnya akibat daripada pandemik yang melanda. Tetapi ekonomi Malaysia dijangka pulih tak lama lagi, begitu jugalah halnya dengan industri hartanah di Malaysia.

“Semua data menunjukkan bahawa tahun 2022 adalah tahun pemulihan pasaran hartanah di Malaysia. Enam bulan pertama bermula dengan agak stabil dan peningkatan dijangka dapat dilihat pada enam bulan kedua. Walaupun ramai yang masih mengamalkan sikap tunggu dan lihat, kebanyakan hartanah di Lembah Klang telah pun mencatatkan kenaikan baru setiap bulan, kata Chan Ai Cheng, Presiden Malaysian Institute of Estate Agents (MIEA).

Chan Ai Cheng, Presiden Malaysian Institute of Estate Agents (MIEA)

Memandangkan kadar faedah masih lagi rendah dan harga hartanah baru hendak menunjukkan kenaikan, ianya kelihatan seperti masa yang baik untuk beli hartanah. Bagi mereka yang mungkin teruja untuk memulakan pelaburan hartanah pasca-pandemik ini, ada 4 faktor yang perlu dipertimbangkan terlebih dahulu.

Menurut Chan Ai Cheng, 4 faktor tersebut adalah:

1. Tujuan Pelaburan Hartanah

Adakah anda ingin membuat keuntungan melalui sewaan atau kenaikan harga rumah?

Apa yang anda merancang untuk buat dengan hartanah tersebut akan menentukan jenis hartanah yang anda perlu beli. Ianya akan mengecilkan pilihan yang ada demi mencari hartanah yang sesuai dengan tujuan.

2. Lokasi Dan Kejiranan

Lokasi adalah faktor penting dalam pelaburan hartanah. Lain-lain faktor termasuklah kemudahan akses, kemudahan, rancangan masa depan, berhampiran dengan rangkaian pengangkutan, dan selamat daripada bencana alam seperti banjir dan tanah runtuh.

“Bagi saya, saya akan mencari hartanah di kawasan yang saya dah biasa dengannya. Mungkin terdapat peluang di kawasan lain, tetapi sebaiknya anda melabur di lokasi yang anda tahu. Anda akan lebih kenal kawasan kejiranan tersebut, harga sebelumnya, dan potensi kawasan tersebut berbanding membeli hanya dengan gerak hati,” jelas Chan Ai Cheng.

3. Jenis Hartanah

Terdapat tiga jenis pelaburan hartanah iaitu kediaman, komersial, dan perindustrian.

“Di Malaysia, kebanyakan pelabur akan beli hartanah kediaman dan hanya segelintir saja yang melabur ke dalam hartanah komersial dan perindustrian,” kata Chan Ai Cheng.

Pilihan popular hartanah kediaman termasuklah rumah teres, rumah Semi-D, atau banglo. Bagi rumah bertingkat pula, ianya termasuk yang berstatus strata seperti kondominium, serviced residence, dan apartmen.

Setiap jenis hartanah mempunyai terma, garis panduan dan pertimbangannya tersendiri. Oleh yang demikian, anda perlu tetapkan apa yang anda inginkan dalam pelaburan hartanah terlebih dahulu.

4. Bajet

property investment malaysia lessons

Pilihan pelaburan hartanah yang baik, juga perlu kena dengan bajet anda. Apabila mengira bajet, pastikan anda masukkan sekali kos-kos seperti bayaran muka (downpayment), yuran guaman, duti setem, yuran pemprosesan bank, yuran penilaian (valuation fee) bagi subsale, dan juga kos-kos pengubahsuaian sebelum ianya boleh didiami atau disewakan.

Selain daripada instalment bulanan, anda juga perlu sediakan bajet yang datang sekali dengan pemilikan hartanah seperti kos penyelenggaraan, cukai tanah dan cukai pintu.

Ketika orang ramai membeli daripada pemaju dan juga pasaran sekunder, Chan berkata ada pelabur yang hanya beli hartanah pelaburan menerusi lelongan awam. Bagaimana nak cari hartanah di Malaysia yang boleh mendatangkan keuntungan pasca-pandemik ini?

“Data adalah penting,” kata Chan.

“Buatlah kajian tentang jenis-jenis hartanah dan lokasi yang anda minat. Walaupun kebanyakan orang berpendapat bahawa pelaburan hartanah tak sepatutnya dikaitkan dengan emosi, tetapi agak sukar untuk tidak melibatkannya.”

Menurut Chan, sekiranya hartanah yang berada di dalam sasaran anda turun harga – maka sebaiknya anda rebut peluang yang ada.

Dengan kenaikan bahan binaan dan kekurangan tenaga pekerja, ini adalah petanda harga hartanah akan naik. Ini sesuatu yang baik untuk pemilik hartanah kerana ianya sering dilihat sebagai kalis inflasi. Apabila harga hartanah meningkat seiring dengan inflasi, maka pemilik yang untung.

Selain daripada pelindung inflasi, jika dilakukan dengan betul, pelaburan hartanah boleh beri keuntungan yang baik menerusi pendapatan pasif dan kenaikan harga.

Do you know how much is your Home Loan eligibility? Not sure how much you can borrow from the bank? 

Get your TechRevo credit report + Home Loan Eligibility which includes:

  • Credit history up to the past 12 months [CCRIS] 
  • Bankruptcy, Legal Suits, Legal action from banks, SAA, and Trade Bureau (Section E)  
  • Max home loan eligibility calculation up to 12 mortgage favorable banks in Malaysia 
  • CCRIS + Credit report + Calculator 

It only takes 5 minutes. Click here now to get 50% off -> https://www.smartinvestor.com.my/techrevo

Join our Telegram to get the latest from Smart Investor
Facebook
Twitter
LinkedIn
WhatsApp
Telegram

Recent Posts

Related Posts

Smart Investor Newsletter

Get Our Latest Articles And More Delivered To Your Inbox!

Are you sure want to unlock this post?
Unlock left : 0
Are you sure want to cancel subscription?