Smart Investor Malaysia

Previous
Next

Pelaburan ESG Dan 3 Langkah Nak Bina Portfolio ESG

Facebook
Twitter
LinkedIn
WhatsApp
Telegram

Sejak dua menjak ini, alam sekitar, sosial dan tadbir urus atau environmental, social and governance (ESG) semakin popular. Kalau sebelum ini pelaburan ESG hanya digunakan di kalangan pelabur institusi, tetapi hari ini pelaburan ESG semakin digemari orang ramai.

Tetapi sebelum itu, jom berkenalan dengan ESG terlebih dahulu.

ESG adalah faktor yang tak berkaitan dengan kewangan di mana para pelabur atau pengurus dana akan guna untuk menilai kelestarian sesebuah syarikat menerusi tiga komponen, iaitu alam sekitar, sosial dan tadbir urus.

Alam sekitar atau environmental (E) mempertimbangkan penggunaan sumber semula jadi, pemuliharaan alam sekitar dan juga pengurangan pengeluaran karbon.

Sosial (S) pula melihat kepada hubungan syarikat dengan layanan kepada semua pihak berkepentingan termasuklah pembekal, pelanggan, pekerja dan komuniti di mana mereka beroperasi.

Tadbir urus atau governance (G) adalah berkenaan dasar dan prosedur syarikat yang berkaitan dengan tadbir urus korporat bagi memastikan ketelusan di dalam akauntabiliti di antara pemegang saham dan pengurusan.

Dengan mempertimbangkan ketiga-tiga komponen ini, para pelabur boleh menyaring pelaburan yang berpotensi, terutamanya jika ianya memberi kesan kepada operasi dan kewangan syarikat.

Maklumat tersebut boleh diperolehi daripada laporan tahunan syarikat di mana mereka perlu beri maklumat berkenaan dengan indikator kemampanan seperti jejak alam sekitar dan sosial.

Baca: Pelaburan Terbaik 2023: Menjelang Kegawatan Ekonomi

3 Langkah Nak Bina Portfolio Pelaburan ESG

Langkah 1. Kenalpasti Objektif Pelaburan

Pertama sekali, anda perlu kenalpasti niat dan objektif pelaburan ESG di dalam portfolio anda. Ianya adalah penting kerana ia akan menentukan:

  • Adakah ini strategi untuk mempelbagaikan portfolio atau kurangkan korelasi aset?
  • Adakah anda nak pendedahan kepada tema khusus seperti tenaga hijau?
  • Ada tak perjuangan khusus yang anda betul-betul percaya dan ingin masukkan ke dalam portfolio melalui penyelesaian yang ditawarkan?

Langkah 2: Pendekatan Mana Yang Sesuai?

Selepas anda kenalpasti motivasi pelaburan ESG anda, sekarang masanya untuk pilih pendekatan yang sesuai.

Secara amnya, dana ESG dikelaskan kepada beberapa kategori berdasarkan strategi yang digunakan:

Saringan negatif adalah strategi di mana syarikat yang mempunyai skor ESG yang rendah akan dikeluarkan daripada portfolio. Contohnya syarikat yang mempunyai rekod buruk dalam pengurusan alam sekitar atau mempunyai sejarah dengan pekerja.

Dana patuh Syariah juga gunakan saringan negatif untuk mengeluarkan syarikat-syarikat yang melanggar landasan Islam seperti syarikat berkaitan perjudian dan arak.

Saringan positif mencari syarikat dengan skor ESG yang tinggi yang kemudiannya dimasukkan ke dalam pegangan portfolio pelaburan ESG.

Dana bertema sering menggunakan saringan positif bagi memilih syarikat terbaik yang terlibat di dalam tema khusus pelaburan seperti penyahkarbonan atau perubahan iklim.

Walaubagaimanapun, kedua-dua saringan positif dan negatif sering digunakan bersama oleh pengurus dana.

Integrasi ESG adalah kemasukan faktor ESG bersama-sama metriks kewangan tradisional di dalam pembuatan keputusan pelaburan. Sebagai contoh, data pelepasan karbon dinilai sekali maklumat kewangan bagi menilai potensi risiko dan peluang.

Pendekatan ini lebih menyeluruh, di mana data daripada pelbagai sumber digunakan bagi memberi pulangan yang lebih baik berbanding risiko. Ianya sering digunakan oleh dana yang tidak mempunyai mandat kelestarian khusus seperti dana ekuiti atau bon tradisional.

Kesan pelaburan merujuk kepada dana atau pelaburan ESG yang direka khusus untuk menghasilkan kesudahan yang akan beri manfaat kepada komuniti atau persekitaran, dan juga pulangan kewangan. Ianya berniat untuk menjana pulangan daripada segi sosial dan persekitaran, seperti pembangunan tenaga bersih.

Contoh pelaburan ESG sebegini adalah bon/sukuk hijau atau yang berkaitan dengan kelestarian yang datang sekali dengan projek serta inisiatif yang spesifik.

Bergantung kepada objektif pelaburan anda, salah satu atau kombinasi pendekatan di atas mungkin sesuai dengan keperluan portfolio ESG anda.

Langkah 3: Merancang Untuk Melabur

Pelabur dana saham amanah boleh memasukkan elemen ESG di dalam portfolio mereka dengan:

  • melabur ke dalam dana dengan tema ESG, atau
  • memasukkan faktor ESG ke dalam analisa pelaburan bagi kesemua dana

Pelabur tempatan boleh mendapatkan senarai dana Sustainable And Responsible Investment (SRI) di laman web Suruhanjaya Sekuriti Malaysia.

Baca: 5 Pelaburan Mudah Di Malaysia Yang Anda Boleh Mula Sekarang

Kenapa ESG?

ESG atau pelaburan lestari menyediakan platform untuk pelabur menunjukkan nilai-nilai peribadi yang menyumbang secara positif kepada kesan alam sekitar dan sosial.

Di samping itu, pelaburan ESG juga menawarkan pelbagai kelebihan kepada pelabur dengan pengurusan risiko yang lebih baik. Syarikat dengan skor ESG yang tinggi bermakna amalan perniagaan beretika yang patuh kepada kehendak kerajaan dan pengawal selia.

Kita dapat lihat bagaimana harga saham syarikat dengan amalan ESG yang buruk dihukum apabila pengurus dana global tidak lagi melabur ke dalam syarikat tersebut.

Baca: Kepelbagaian Dalam Pelaburan

Pelaburan ESG Dengan Niat Murni

Kepercayaan bahawa pelabur perlu memilih pelaburan berdasarkan nilai-nilai murni yang berprestasi rendah tidak lagi relevan. Kajian telah menunjukkan bahawa pelaburan ESG boleh mendatangkan pulangan yang lebih baik untuk tempoh jangka masa panjang.

Dengan wujudnya pelbagai pilihan di pasaran, kini pelabur boleh melabur dengan pulangan yang baik dan juga meraih keuntungan yang lebih besar iaitu daripada segi aspek alam sekitar, sosial dan tadbir urus.

Mengenai Penulis

Lee Sheung Un merupakan penolong pengurus komunikasi & kandungan di AHAM Capital. Seorang milenial, beliau masih mencari keseimbangan di antara kekayaan, kebebasan dan hala tuju. Pandangan yang diluahkan adalah milik peribadi.

Join our Telegram to get the latest from Smart Investor
Facebook
Twitter
LinkedIn
WhatsApp
Telegram
Previous
Next

Recent Posts

Related Posts

Smart Investor Newsletter

Get Our Latest Articles And More Delivered To Your Inbox!