Smart Investor Malaysia

Previous
Next

Patutkah Saya Keluarkan Duit KWSP Untuk Bayar Pinjaman Perumahan?

Facebook
Twitter
LinkedIn
WhatsApp
Telegram

Bayar balik hutang adalah wajib, kita pastinya akan tidur lebih lena sekiranya bebas hutang. Tetapi persoalannya pada hari ini adalah, patutkah saya keluarkan duit yang ada di dalam Kumpulan Wang Simpanan Pekerja (KWSP) untuk tujuan bayar pinjaman perumahan?

Jom kita tengok contoh berikut.

Jumlah pinjaman perumahan: RM199,000
Kadar faedah: 3.15%p.a.
Tempoh pinjaman: 25 tahun
Bak pada hujung tahun ke-15: RM98,635.60

Berdasarkan maklumat di atas, sekiranya anda ingin buat penyelesaian awal, anda perlu bawa keluar sebanyak RM98,635.60 daripada KWSP untuk bayar balik pinjaman perumahan pada hujung tahun ke-15 (bulan ke-180).

Berdasarkan pengiraan di bawah, anda boleh jimat sebanyak RM16,477.72 ke atas faedah sekiranya membuat penyelesaian awal.

Bagaimanapun, saya berpotensi untuk meraih dividen sebanyak RM62,031.40 sekiranya saya membiarkan wang RM98,635.60 tersebut di dalam KWSP dengan jangkaan pulangan sebanyak 5% setahun (jangkaan pulangan berdasarkan prestasi terdahulu) selama 10 tahun.

Saya mungkin memperolehi pulangan sebanyak RM45,553.68 (RM62,031.40 – RM16,477.72) dalam bentuk dividen sekiranya saya tidak bawa keluar duit KWSP untuk bayar pinjaman perumahan lebih awal.

Diharapkan contoh mudah ini dapat memberi anda jawapan, terutamanya bagi mereka yang sedang berkira-kira untuk membuat penyelesaian pinjaman perumahan yang lebih awal.

Saya juga menerima soalan berkenaan kadar tinggi kadar faedah sebanyak 4% sehingga 5% bagi tempoh 20 tahun ke 35 tahun kebelakangan ini, maka adakah ianya berbaloi untuk bawa keluar duit KWSP untuk buat pembayaran balik?

Ini kerana berdasarkan prestasi terdahulu KWSP, apabila kadar faedah meningkat ke paras 5%, dividen KWSP adalah sekitar 7%-8%. Walaupun prestasi terdahulu tidak menjamin prestasi akan datang, tetapi ianya boleh digunakan sebagai kayu ukur untuk membantu kita dalam membuat sebarang keputusan.

Pinjaman Perumahan Adalah Sejenis Hutang Baik

Image by gpointstudio on Freepik

Tapi kalau nak tahu, pinjaman perumahan adalah salah satu contoh hutang baik. Nak tahu lebih lanjut mengenainya, jemput baca Hutang Baik VS Hutang Jahat.

Jemput baca juga:

Join our Telegram to get the latest from Smart Investor
Facebook
Twitter
LinkedIn
WhatsApp
Telegram
Previous
Next

Recent Posts

Related Posts

Smart Investor Newsletter

Get Our Latest Articles And More Delivered To Your Inbox!