Smart Investor Malaysia

Previous
Next

Patut Ke Saya Keluar Duit KWSP Untuk Bayar Hutang Rumah?

Facebook
Twitter
LinkedIn
WhatsApp
Telegram

Pastinya ramai yang tertanya-tanya berkenaan dengan hutang rumah, patutkah kita keluarkan duit Kumpulan Wang Simpanan Pekerja (KWSP) untuk bayar hutang rumah?

Bagi mereka yang telah bekerja selama beberapa tahun, akan mempunyai jumlah simpanan dalam KWSP yang agak besar. Ada yang mungkin ada berpuluh ribu Ringgit, ada pula yang mungkin mempunyai beratus ribu Ringgit.

Persoalannya, adakah kita patut keluar duit KWSP untuk bayar hutang rumah?

Jom kita buat sedikit kira-kira:

Jumlah hutang rumah: RM199,000
Kadar faedah: 3.15% setahun
Tempoh pinjaman: 25 tahun
Baki hutang selepas 15 tahun: RM98,635.60

Berdasarkan maklumat di atas, sekiranya saya mahu buat bayaran awal, saya perlu keluarkan sejumlah RM98,635.60 daripada KWSP saya untuk menyelesaikan baki pinjaman rumah pada hujung tahun ke-15 (bulan ke-180).

Berdasarkan jadual di bawah, saya boleh jimat sebanyak RM16,477.72 untuk faedah kerana melakukan penyelesaian awal.

Bagaimanapun, saya boleh memperolehi dividen sebanyak RM62,031.40 sekiranya saya membiarkan duit sebanyak RM98,635.60 di dalam KWSP dengan pulangan tahunan sebanyak 5% (berdasarkan prestasi sebelum ini) untuk tempoh 10 tahun.

Saya berpotensi untuk memperolehi dividen sebanyak RM45,553.68 (RM62,031.40 – RM16,477.72) sekiranya saya tidak mengeluarkan duit di dalam KWSP untuk menyelesaikan hutang rumah lebih awal.

Saya berharap pengiraan mudah ini boleh memberikan anda sedikit panduan mengenai rancangan anda untuk keluar duit KWSP untuk bayar hutang rumah.

Saya juga menerima soalan berkenaan kadar faedah pinjaman rumah yang berada di sekitar 4%-5% sekitar 20 ke 35 tahun yang lalu, adakah ianya berbaloi untuk keluar duit KWSP untuk bayar hutang rumah sekiranya kadar faedah naik semula ke paras 5%?

Berdasarkan prestasi KWSP, apabila kadar faedah hutang murah berada di paras 5%, dividen KWSP adalah sekitar 7%-8%. Walaupun prestasi lampau tidak menjamin prestasi masa hadapan, tetapi ia masih boleh digunakan kita untuk membuat keputusan kewangan yang bijak.

Mengenai Penulis

Angel Chan adalah seorang Perancang Kewangan Berlesen dengan UOB Kay Hian Wealth Advisors Sdn Bhd. Di samping memberikan khidmat nasihat kewangan komprehensif kepada pelanggan beliau, beliau juga komited untuk menyedarkan orang ramai berkenaan ilmu pengurusan kewangan yang betul menerusi artikel, video YouTube dan Bengkel Pengurusan Kewangan yang dijalankan beliau dan pasukan beliau. Hubungi beliau untuk maklumat lanjut.

Laman FB: https://www.facebook.com/angelchan.financialplanner

Laman FB: https://www.facebook.com/profinance.my

Saluran YouTube: https://www.youtube.com/channel/UCf5f7O3vuOhnwy_wflDuuKA

Smart Finance: https://smartfinance.my/planners/chan-aun-kei-rfp

Untuk sesi rundingan sejam percuma dengan Angel Chan: https://forms.gle/8Ur46Dox9T6g3yKS8

Join our Telegram to get the latest from Smart Investor
Facebook
Twitter
LinkedIn
WhatsApp
Telegram

Recent Posts

Related Posts

Smart Investor Newsletter

Get Our Latest Articles And More Delivered To Your Inbox!