Smart Investor Malaysia

Previous
Next

Patut Ke Kita Melabur Apabila Keadaan Tak Menentu?

Facebook
Twitter
LinkedIn
WhatsApp
Telegram

Cuba fikir sejenak, pernahkah kita melalui zaman ‘mudah’? Di saat saya menulis ini, kita berdepan dengan inflasi, COVID-19, peperangan dan ketegangan perdagangan. Kita juga sedang berdepan dengan kadar faedah, tukaran mata wang, dan harga komoditi yang turun naik.

Ditambah lagi dengan ketidakstabilan politik, ekonomi, sosial di seluruh dunia. Apa yang kita boleh simpulkan adalah ‘keadaan tidak menentu’ adalah satu benda yang pasti pada hari ini.

Maka persoalannya adalah, patut ke kita melabur apabila keadaan tak menentu seperti sekarang?

Jawapannya adalah ianya bergantung. Ada yang langsung tak melabur apabila keadaan tak menentu.

Hari ini, kesedaran tentang pelaburan berada di tahap yang tinggi. Namun, para pelabur mungkin tidak mempunyai rancangan untuk melabur apabila keadaan tak menentu, seperti yang berlaku pada ketika ini.

Saya dapat lihat dua pendekatan berbeza di dalam mengharungi pasaran dan melabur apabila keadaan tak menentu. Ianya mempunyai kaitan dengan mindset berbeza terhadap pelaburan.

Biar saya terangkan…

Baca: Pelaburan Terbaik 2023: Menjelang Kegawatan Ekonomi

Pendekatan 1: Ramalan Pasaran

Image by dashu83 on Freepik

Ianya merujuk kepada pelabur yang percaya bahawa kekayaan adalah tentang mempunyai duit yang banyak. Bagi mereka, sekiranya mereka melabur, tidak kira saham, hartanah, ETF, kripto, dan lain-lain, dan harga meningkat naik, maka ianya dianggap sebagai pelaburan yang baik.

Tetapi sekiranya harga jatuh, ianya dianggap sebagai pelaburan yang gagal. Maka pengiraan yang biasa untuk mengukur kejayaan pelaburan adalah:

Harga Naik = Pelaburan Bagus

Harga Turun = Pelaburan Tak Bagus

Maka, golongan ini hanya melabur ketika keadaan baik saja, seiring dengan ekonomi yang berkembang maju. Mereka juga akan mengelak daripada melabur apabila keadaan tak menentu disebabkan penurunan harga.

Ada juga yang menjual semua pegangan pelaburan mereka kerana mempunyai tanggapan yang negatif terhadap masa depan. Ini boleh menyebabkan panik berlaku dalam pasaran.

Secara asasnya, mereka berpegang kepada prinsip beli apabila pasaran baik, jual apabila pasaran tak baik.

Jadi bagaimana mereka tahu ke mana hala tuju pasaran di masa hadapan?

Baca: 5 Pelaburan Mudah Di Malaysia Yang Anda Boleh Mula Sekarang

Jawapannya adalah mereka cuba untuk meramal pasaran. Ramai yang akan membuat spekulasi. Ada segelintir bijak pandai akan melihat kepada makro ekonomi dan juga daripada sudut teknikal.

Mereka akan mencari ‘masa terbaik’ untuk melabur atau menjual pegangan dalam pelaburan yang dibuat. Bagi saya, ini lebih kepada berdagang atau spekulasi.

Jika anda berada di dalam kumpulan ini, anda akan sering meramal bahawa esok adalah masa yang lebih baik untuk. Walaupun setelah membuat pelaburan, anda akan cari masa terbaik pula untuk jual.

Ini bukanlah pendekatan saya ketika melabur apabila keadaan tak menentu.

Baca: Elak 5 Kesilapan Ini Ketika Melabur Di Kala Pasaran Merudum

Pendekatan 2: Produktiviti Pendapatan

Tidak seperti pendekatan pertama tadi, pelabur dalam kategori ini percaya bahawa kekayaan adalah apabila memiliki aset yang menghasillkan pendapatan. Lebih banyak pendapatan yang dihasilkan, lebih bagus pelaburan tersebut.

Pendapatan Meningkat = Pelaburan Bagus

Pendapatan Menurun = Pelaburan Tak Bagus

Bagi kumpulan pelabur ini, mereka tekankan kualiti fundamental aset pelaburan tersebut. Mereka ingin tahu sama ada aset tersebut boleh menjana pendapatan dalam ekonomi baik atau pun tidak.

Bagi mereka, pasaran saham tak penting, ekonomi turun atau naik, nilai Ringgit dan kadar faedah turun naik pun tak penting.

Baca: Pelaburan REITs: 5 Sebab Anda Perlu Melabur REIT

Apa yang penting adalah: Adakah aset tersebut boleh memberikan pulangan yang menguntungkan dalam semua keadaan pasaran, lebih-lebih lagi apabila keadaan sukar?

Dengan fokus terhadap produktiviti pendapatan, mereka melabur dengan cara yang berbeza daripada mereka yang meramal pasaran. Pada kebiasaannya ketika pasaran baik dan nilai aset meningkat, mereka sukar untuk mencari aset produktif pada harga yang menarik.

Maka mereka kurang melabur apabila pasaran baik. Ianya berbeza dengan keadaan sukar apabila harga aset jatuh menjunam. Dalam situasi ini, pelabur ini lebih mudah nak beli aset pada harga diskaun. Maka, mereka melabur lebih banyak ketika keadaan sukar.

“Jawapannya terletak pada kepercayaan anda dalam melabur apabila keadaan tak menentu”.

Beli Kurang / Tak Beli = Keadaan Baik

Beli Banyak = Keadaan Tak Baik

Sekiranya anda di dalam kumpulan ini, anda kurang cenderung untuk meramal keadaan pasaran. Sebaliknya anda fokus terhadap kualiti fundamental asas dan penilaiannya, yang membuatkan ramalan pergerakan pasaran tidak lagi relevan.

Baca: Pelaburan Patuh Syariah Terbaik, Di Mana Nak Melabur?

Melabur Apabila Keadaan Tak Menentu

Jadi apa yang anda perlu buat?

Ianya bergantung kepada kepercayaan anda dalam pelaburan. Bagi saya, saya lebih berminat untuk mengumpul saham yang mempunyai asas yang kukuh, sekiranya ianya ditawarkan pada harga yang menarik. Ini kerana saya percaya bahawa kekayaan yang sebenar adalah produktiviti pendapatan aset-aset saya, maka saya pun melabur dengan sewajarnya.

Sekiranya kepercayaan anda berbeza, anda juga akan melabur dengan cara yang berbeza. Kesimpulannya, bergantung kepada anda untuk mengharungi pasaran dan menjadi bijak mencatur strategi dalam melabur apabila keadaan tak menentu.

Baca: 4 Kesilapan Pelabur Saham Yang Biasa Dilakukan

Mengenai Penulis

Ian Tai, Pelabur Dividen. Telah menghasilkan lebih daripada 200 Artikel Kewangan di lawam web KCLau.com. Pengasas Bersama DividendVault.com, sebuah laman web keahlian yang memperkasa para pelabur runcit di dalam membangunkan portfolio saham yang memberikan dividen meningkat saban tahun, di Malaysia dan Singapura.

Join our Telegram to get the latest from Smart Investor
Facebook
Twitter
LinkedIn
WhatsApp
Telegram

Recent Posts

Related Posts

Smart Investor Newsletter

Get Our Latest Articles And More Delivered To Your Inbox!