Previous slide
Next slide

5 Tips Untuk Dapatkan Takaful Kenderaan Terbaik

70
SHARES
138
VIEWS

Keputusan untuk mendapatkan takaful kenderaan untuk kereta baru anda mahupun untuk perbaharui polisi takaful kenderaan setiap tahun adalah sesuatu yang mencabar. Dengan pelbagai syarikat takaful yang menawarkan pelbagai pilihan, pening kepala kita dibuatnya.

Jangan risau, kerana untuk pilih takaful kenderaan tak semestinya sukar. Dengan maklumat yang betul serta tahu faktor-faktor yang perlu dipertimbangkan, memilih takaful kenderaan adalah semudah memesan air di kedai makan.

Jom kita tengok 5 tips untuk dapatkan takaful kenderaan terbaik.

1. Sediakan Dokumen Yang Diperlukan

Perkara asas adalah dengan menyediakan dokumen yang terkini untuk diri anda, mereka yang akan menjadi pemandu bersama kereta, dan sudah tentu kereta tersebut. Sebagai contoh, siapkan salinan kad pengenalan atau passport untuk semua pemandu yang anda ingin daftar ke atas kereta tersebut, serta butiran pendaftaran kereta tersebut.

Sekiranya anda pemilik kereta sedia ada, pastikan anda mempunyai polisi takaful sedia ada di dalam genggaman. Ianya penting apabila anda ingin membandingkan had perlindungan dan butiran lain polisi baru anda nanti.

2. Tahu Terma-Terma Takaful

Bagi sesetengah orang, dokumen takaful kelihatan sangat asing seperti ditulis dalam bahasa yang tidak dikenali. Sebagai contoh, apakah nilai perlindungan yang dipersetujui, penambahbaikan, elaun bantuan banjir dan lain-lain lagi?

Memandangkan takaful kenderaan adalah industri yang terkawal, anda perlu tahu polisi yang bersesuaian dengan keperluan anda.

Sama seperti bagaimana kita ingin dinilai oleh seorang doktor apabila ingin mengambil polisi takaful keluarga, kita perlu tahu berapa nilai kereta sebelum mengambil perlindungan yang bersesuaian.

Mungkin ianya tidak begitu penting untuk kereta baru, tetapi maklumat ini sangat penting untuk kereta terpakai yang telah berusia. Pastikan juga kereta anda didaftarkan dengan buatan, model dan tahun ianya dikeluarkan bagi memastikan penilaian optimum bagi polisi takaful kenderaan anda.

3. Pilih Cara Terbaik Untuk Dapatkan Polisi Takaful Kenderaan

Sama ada ingin mendapatkan polisi takaful kenderaan untuk kereta baru atau memperbaharui polisi sedia ada, mendapatkannya daripada dealer anda adalah pilihan yang bijak. Ianya mudah dan menjimatkan masa. Anda mungkin mendapat polisi terbaik berdasarkan kereta dan keperluan anda.

Dealer anda juga faham mengenai pilihan yang ada serta boleh memberikan khidmat nasihat profesional. Tambahan lagi, dealer anda adalah tempat rujukan terbaik sekiranya anda memerlukan bantuan sekiranya berlaku perkara yang tak diingini.

Sebagai contoh, dealer tersebut boleh membantu anda mendapatkan khidmat menunda sekiranya kereta anda rosak, atau apabila tayar pancit atau bateri kong, atau sekiranya minyak habis.

4. Buat Perbandingan Yang Betul

Kadangkala ianya kelihatan seperti pilihan yang perlu dipertimbangkan apabila memilih polisi takaful adalah terlalu banyak. Sudah pasti premium adalah komponen utama dalam membuat keputusan, tetapi kita perlu lihat kepada kos-kos tersembunyi yang mungkin tidak kelihatan.

Penting untuk kita semak nilai dan takat perlindungan, serta jenis bayaran sekiranya kereta rosak sepenuhnya, dan manfaat-manfaat lain yang ditawarkan.

Sebagai contoh, pemilik kereta yang telah pun berusia perlu semak butiran seperti polisi penambahbaikan, kerana kita tidak mahu dikejutkan dengan bil yang tinggi sekiranya pembaikan besar diperlukan. Kehidupan penuh dengan ketidaktentuan, maka ianya sesuatu yang bijak untuk tidak terlepas pandang ciri-ciri yang terdapat di dalam pelan takaful kenderaan, seperti perlindungan tambahan, perlindungan cermin kereta, perlindungan kerosakan banjir, perlindungan semua pemandu dan banyak lagi.

Oleh itu pastikan anda membuat pilihan yang sesuai dengan keperluan anda.

5. Beli Polisi Takaful Kenderaan Anda

Apabila telah berpuas hati dengan pilihan yang dibuat, kini tiba masanya untuk membeli. Tetapi anda kena ingat, perbaharui polisi takaful kenderaan adalah perkara yang dilakukan setahun sekali, sama ada anda kerap berjalan atau pun tidak. Pastikan anda ingat untuk perbaharuinya sebelum tamat tempoh bagi memastikan kereta anda dilindungi sepenuhnya, tidak kira sama ada kereta tersebut anda bawa setiap hari atau tersadai di rumah.

Terakhir sekali, sentiasa semak semula takaful kereta anda setiap tahun dan pastikan ianya masih lagi sesuai dengan keperluan anda. Jangan terus perbaharui secara automatik polisi sedia ada. Keperluan kita berubah-ubah, begitu juga dengan perlindungan kita yang berubah-ubah.

Sebagai contoh, sejak kebelakangan ini sering berlakunya banjir. Maka elok juga kita masukkan klausa banjir dalam polisi takaful kenderaan.

Next Post