Smart Investor Malaysia

Previous
Next

3 Tips Kewangan Anak Muda Fresh Graduate

Facebook
Twitter
LinkedIn
WhatsApp
Telegram kami

Tahniah anak muda yang baru menamatkan pembelajaran di menara gading. Kini anda bersedia untuk melakukan langkah seterusnya, iaitu mula membina kekayaan. Jom kita lihat 3 tips kewangan anak muda fresh graduate seperti berikut.

1. Tukar Mindset Anda Tentang Pengurusan Wang

Pengumpulan kekayaan adalah tentang mempunyai mindset yang betul di dalam pengurusan wang. Jom kita mula dengan cara anda mengurus wang.

Persamaan 1: Pendapatan – Simpanan = Perbelanjaan

Persamaan 2: Pendapatan – Perbelanjaan = Simpanan

Persamaan manakah yang anda gunakan dalam kehidupan anda? Jawapan anda akan menerangkan KEUTAMAAN anda dalam mengurus wang.

Dalam persamaan 1, anda utamakan SIMPANAN berbanding belanja. Dalam persamaan 2, anda utamakan BELANJA sebelum simpan. Kesudahannya, anda mungkin tidak mempunyai sebarang simpanan.

Untuk mengumpul kekayaan, anda perlu bayar diri sendiri setiap kali terima pendapatan. Anda disaran untuk mula menyimpan (dan melabur) sekurang-kurangnya 10% daripada pendapatan anda, dan perlahan-lahan tingkatkannya kepada 30% dan lebih tinggi lagi apabila pendapatan anda semakin meningkat.

Rahsia pengumpulan kekayaan adalah belanja di bawah kemampuan, simpan dan labur wang anda, dan berterus melakukannya setiap kali anda menerima kenaikan gaji.

Walaubagaimanapun, kita lebih cenderung untuk belanja dulu sebelum simpan. Ini kerana kita hidup di dalam era digital di mana keputusan dan tabiat sangat mudah dimanipulasi menerusi pemasaran media sosial, tanpa kita sedari.

Pastinya anda pernah melalui beberapa keadaan seperti ini:

  • Setiap kali gajet baru keluat, anda pasti ingin membelinya
  • Selepas melihat Instagram kawan baik anda melancong, anda terus beli tiket penerbangan untuk pergi bercuti
  • Anda memakai pakaian dan bergaya untuk menarik perhatian orang lain

Kalau diikutkan, kita sanggup untuk buat apa saja untuk tergolong di dalam sesebuah kumpulan sosial. Maka, kita sanggup untuk berbelanja untuk kekal dengan trend semasa dan kekal berada di dalam golongan rakan sebaya.

2. Bina Dana Kecemasan

Tips kewangan anak muda fresh graduate kedua adalah berkenaan dengan dana kecemasan. Dana kecemasan adalah jaringan keselamatan kewangan sebagai persediaan untuk sebarang perkara yang tidak diingini seperti kehilangan pekerjaan.

Tidak mempunyai simpanan mungkin menyebabkan anda terjerumus dengan hutang jahat seperti pinjaman peribadi atau kad kredit yang menggunung.

Musuh utama pengumpulan kekayaan adalah hutang jahat, kerana ianya mustahil untuk mengumpul kekayaan apabila anda berdepan dengan hutang jahat dengan kadar faedah yang tinggi.

Kita dapat lihat bagaimana pandemik COVID-19 ini telah membuka mata orang ramai betapa pentingnya kita perlu ada dana kecemasan.

Tetapi berapa sebenarnya anda perlu ada?

Sekiranya anda masih bujang tanpa sebarang tanggungan, sasarkan dana kecemasan sekurang-kurangnya enam kali perbelanjaan bulanan anda. Sebagai contoh, katakan perbelanjaan anda (pinjaman, makan minum, pengangkutan, api air, Takaful dsb) adalah RM3,000, maka anda perlu ada RM18,000.

Sekiranya anda sudah berkeluarga dan mempunyai pasangan, anak-anak atau ibubapa yang bergantung kepada anda, pastikan anda mempunyai dana kecemasan sekurang-kurangnya 12 bulan. Sekiranya pinjaman dan kos sara hidup adalah RM5,000 sebulan, ini bermakna anda perlu ada RM60,000 untuk berdepan dengan sebarang kemungkinan.

3. Pengurusan Risiko

Hidup ini tiada jaminan. Pandemik yang menimpa satu dunia menunjukkan bahawa semua orang terdedah dengan risiko. Apabila musibah melanda, perkara terakhir yang anda patut risaukan adalah wang.

Tips kewangan anak muda fresh graduate yang terakhir adalah bab pengurusan risiko.

Bagi melindungi dan mengembang kekayaan anda, anda perlu mengurus risiko. Terdapat beberapa jenis Takaful yang ada, seperti keluarga, hospital, penyakit kritikal, kemalangan dan bermacam-macam lagi.

Seperti pepatah, “Sudah jatuh ditimpa tangga”.

Kita tidak mahu sakit daripada segi poket, di samping perlu menanggung kesakitan yang berat daripada ujian.

Tips Kewangan Anak Muda Fresh Graduate

Dengan mengikuti tiga tips kewangan anak muda fresh graduate di atas, anda sedang membina asas yang kukuh di dalam pengumpulan kekayaan. Setelah asas anda kuat, langkah seterusnya adalah dengan memahami sasaran kewangan seperti membeli rumah atau persaraan, serta memilih strategi yang betul bagi mencapai sasaran tersebut.

Nikmati perjalanan hidup anda sebaiknya, kerana langkah anda baru bermula.

Tentang Penulis

Kuah Soo Yee merupakan Perancang Kewangan Berlesen (CFP) yang gemar membantu orang ramai membuat keputusan kewangan yang baik dan capai sasaran kewangan mereka. Strategi tersendiri dan nasihat beliau telah membantu ramai orang mendapatkan kejelasan dan mempunyai masa depan kewangan yang cerah. Beliau boleh dihubungi di soo.yee@ipp.com.my

Sertai Telegram kami untuk dapatkan yang terkini daripada Smart Investor
Facebook
Twitter
LinkedIn
WhatsApp
Telegram kami

Artikel Terkini

Related Posts

Smart Investor Newsletter

Get Our Latest Articles And More Delivered To Your Inbox!

Are you sure want to unlock this post?
Unlock left : 0
Are you sure want to cancel subscription?