Smart Investor Malaysia

Previous
Next

Meraikan Kepelbagaian Di Tempat Kerja Sebagai Norma

Facebook
Twitter
LinkedIn
WhatsApp
Telegram

Sebuah pasukan yang utuh adalah merupakan aset bagi mana-mana organisasi. Menurut kajian berkenaan prestasi pasukan, kepelbagaian di dalam pasukan membolehkan mereka membuat keputusan yang lebih baik serta menjadi inovatif.

Berusaha untuk meraikan kepelbagaian di tempat kerja bukanlah omong kosong, sebaliknya keputusan perniagaan yang baik. Persoalannya adalah, bagaimana majikan boleh menjadikan tempat kerja mereka lebih baik dengan kepelbagaian?

Kepelbagaian Di Tempat Kerja

Ianya melibatkan orang ramai dari pelbagai latar belakang yang berbeza, kumpulan etnik, jantina, dan umur bekerja bersama-sama tanpa sebarang isu. Sama ramai di antara pekerja lelaki dan wanita, dengan umur pekerja sekata di semua peringkat.

Menjadikan tempat kerja lebih baik memerlukan usaha yang berterusan daripada pihak pengurusan dan sumber manusia. Memahami isu mengenai berat sebelah dan kesannya, adalah langkah pertama di dalam membangunkan persekitaran tempat kerja yang meraikan kepelbagaian tersebut.

Ini kerana setiap orang mempunyai perjalanan hidup yang berbeza-beza, maka pengalaman kerja pun berbeza-beza.

Semua perkara perlu dinilai tanpa warna dan pemurah kepada setiap pekerja, dengan memberikan tumpuan kepada sesuatu perkara atau insiden, berbanding invididu. Sebagai contoh, syarikat perlu meraikan setiap perayaan yang ada di Malaysia seperti Hari Raya, Hari Raya Cina, Deepavali, dan Krismas sama rata. Tanpa ada sebarang berat sebelah kepada mana-mana kaum.

Pengambilan kerja perlu menunjukkan keneutralan ini apabila memilih calon pekerja. Mereka harus melantik pekerja berdasarkan prestasi, kemahiran dan keupayaan, bukan disebabkan kaum, budaya atau faktor-faktor lain.

Satu lagi aspek yang perlu diambil kira adalah pendigital bagi mewujudkan peluang yang lebih besar untuk kepelbagaian. Daripada pilihan untuk bekerja dari rumah yang melonjakkan ekonomi gig, majikan tidak lagi perlu bergantung kepada amalan tradisional.

Generasi baru kini semakin terbuka dalam kepelbagaian di tempat kerja dengan pendedahan yang tinggi terhadap teknologi. Sebagai contoh, cara warga kerja kini berfikir dan bertindak lebih dipengaruhi dengan pengaruh media sosial.

Cabaran Yang Dihadapi Majikan Di Tempat Kerja

Majikan perlu sedar tentang cabaran luaran yang sering dihadapi warga kerja. Salah satu daripadanya adalah ketidakseimbangan jantina. Menurut laporan, hanya 38% wanita memegang jawatan pengurusan berbanding lelaki.

Di Malaysia, 56% wanita pernah mengalami diskriminasi jantina di tempat kerja menurut satu tinjauan. Kurangnya tenaga pekerja wanita adalah disebabkan banyak faktor, di antaranya diskriminasi dan gangguan.

Selain daripada itu, mereka yang tidak bekerja untuk sekian lamanya akan mempunyai kesukaran untuk mendapatkan pekerjaan. Sekiranya pengangguran dan kesukaran mendapat kerja tidak cukup, kajian menunjukkan bahawa jangka masa yang lama tidak bekerja adalah sebab utama mengapa mereka ini tidak diambil bekerja.

Prejudis terhadap mereka yang telah lama tidak bekerja, juga berlaku terhadap mereka yang baru saja berhenti kerja atau kehilangan pekerjaan.

Walaupun masalah ini telah lama wujud sebelum musim pandemik lagi, mereka yang diberhentikan kerja ketika pandemik adalah yang sangat terkesan.

Kepelbagaian di tempat kerja tidak akan dicapai apabila berlakunya berat sebelah ketika proses pengambilan pekerja, langkah pertama bagi sesebuah organisasi untuk membina asas yang kukuh. Kebanyakan syarikat lebih gemar mengambil pekerja yang berpengalaman berbanding yang baru menamatkan pengajian. Mereka beranggapan bahawa strategi ini memudahkan transisi kerana pengalaman yang dimiliki.

Kekurangan amalan ini adalah, ianya menghadkan peluang dan pilihan bagi graduan baru mendapatkan kemahiran dan menunjukkan kebolehan mereka kepada sesebuah syarikat, yang mengakibatkan bakat sedia ada tidak berkembang. Oleh itu organisasi perlu membuka ruang kepada bakat muda untuk mengenengahkan idea baru yang boleh mencatatkan pembaharuan.

Sebab itulah penting untuk meraikan kepelbagaian di tempat kerja. Ianya membuatkan organisasi lebih kukuh dan tangkas, dan ianya sangat penting di dalam persekitaran perniagaan yang semakin mencabar. Ketua yang ingin membuat kemajuan signifikan perlu mengamalkan prinsip ini demi kemajuan yang berterusan.

Join our Telegram to get the latest from Smart Investor
Facebook
Twitter
LinkedIn
WhatsApp
Telegram

Recent Posts

Related Posts

Smart Investor Newsletter

Get Our Latest Articles And More Delivered To Your Inbox!

Are you sure want to unlock this post?
Unlock left : 0
Are you sure want to cancel subscription?