Smart Investor Malaysia

Previous
Next

Majoriti PKS Kurang Memanfaat Kaedah Baru Raih Dana, “Project Tree Masterclass” Sasar Tawar Dana RM200 Juta Kepada PKS Berkelayakan

Facebook
Twitter
LinkedIn
WhatsApp
Telegram

Usahawan tempatan terutamanya usahawan Bumiputera boleh memanfaatkan dana menerusi pelbagai saluran dana ekuiti atau pinjaman yang sah  di sisi undang-undang, bertujuan untuk melonjakkan potensi perniagaan mereka ke tahap yang lebih tinggi.

Pengarah Eksekutif Laughing Tree Sdn Bhd,  Shamsul Qamar bin Abd Rani bagaimanapun berkata kebanyakan PKS , terutamanya di kalangan bumiputera masih kurang pendedahan terhadap kaedah baharu meraih dana seperti Pendanaan Awam ekuiti, pembiayaan rakan sebaya (P2P), dan terkini Tawaran Tukaran Permulaan (IEO) yang diselia di bawah Suruhanjaya Sekuriti Malaysia (SC). Rata-rata PKS bumiputera masih bergantung kepada pinjaman dari institusi kewangan atau geran kerajaan bagi mengembangkan perniagaan mereka.

Pengarah Eksekutif Laughing Tree Sdn Bhd,  Shamsul Qamar bin Abd Rani

“Sebenarnya banyak PKS Bumiputera yang sangat berpotensi untuk berkembang malah ke peringkat global tetapi oleh kerana tidak cukup dana mereka tidak mahu berkembang. Sedangkan terdapat dana yang besar untuk membiayai pertumbuhan PKS-PKS tersebut menerusi pelbagai kaedah, tetapi malangnya tidak banyak PKS tempatan yang ada akses kepada dana-dana sedemikian,” jelas beliau

Selain pendedahan, syarikat PKS juga tidak  bersedia untuk meningkatkan kapasiti dan bersaing bagi memperoleh dana-dana bukan konvensional yang disediakan.

Untuk itu pihaknya sedang menggerakkan program yang menghimpunkan pelabur, modal teroka, institusi kewangan, agensi dana kerajaan dan operator pasaran terkawal untuk memberi pemahaman yang komprehensif terhadap dana-dana yang tersedia di bawah kendalian mereka.

“Oleh itu kami  akan  menganjurkan sebuah program dinamakan “Project Tree Masterclass” yang akan berlangsung dari 12 ke 13 September 2022 dengan mensasarkan penyertaan pemilik perniagaan yang memerlukan dana untuk mengembangkan perniagaan mereka.”

Personaliti TV terkenal, Suhaimi Sulaiman, Pengasas pitchIN, Sam Shafie, Pengarah Urusan Ficus Capital, Rina Neoh, CEO MicroLeap Tunku Danny Mudzaffar dan pengasas Broku, Ku Addy Fazly adalah antara speaker Masterclass yang akan  menerangkan  tentang proses  dunia perniagaan, kewangan, pemasaran dan pelaburan dalam sesi dua hari itu.

Project Tree Masterclass” merupakan kesinambungan usaha yang dilakukan pihak Laughing Tree Sdn Bhd untuk membantu usahawan PKS yang terkesan akibat pandemik COVID-19 pada 2020 dan 2021 yang berdepan kesulitan untuk mengembangkan perniagaan mereka ketika ketidaktentuan ekonomi dan politik, di mana pihaknya menganjurkan sesi masterclass secara dalam talian.

“Kami mensasarkan untuk menawarkan RM200 juta dana kepada peserta “Project Tree Masterclass” melalui rakan strategik kami. Setakat ini kami mendapat maklum balas yang cukup baik dari rakan-rakan strategik dan PKS Bumiputera. Kami berharap program ini akan mengubah ekosistem dana di kalangan PKS menjadi lebih kondusif,” kata beliau.

Untuk masterclass ini, pihaknya akan menganjurkan masterclass ini secara fizikal dan percaya ia akan memberikan impak yang lebih baik kepada peserta.

Penyertaan untuk “Project Tree Masterclass” masih dibuka di www.treemasterclass.my.

Tentang “Project Tree Masterclass”

Project Tree Masterclass yang akan berlangsung pada 12 dan 13 September 2022 akan memberi tumpuan kepada semua syarikat yang ingin mengetahui tentang “Fundraising”dengan lebih lanjut. Anda berpeluang mendapat pendedahan secara dekat, ilmu serta manfaat bagi mengembangkan lagi perniagaan anda ke peringkat seterusnya.

Tentang  Laughing Tree Sdn Bhd

Laughing Tree Sdn Bhd ialah sebuah platfom yang menyediakan sokongan dan jaringan perniagaan serta peluang meraih dana kepada Perniagaan Kecil Sederhana (PKS). Syarikat berkenaan meletakkan sasaran membimbing syarikat-syarikat di dalam kalangan masyarakat berbahasa Melayu dari segi persediaan sebelum memohon pelaburan dari pelabur menerusi program utamanya “PROJECT TREE”.

Join our Telegram to get the latest from Smart Investor
Facebook
Twitter
LinkedIn
WhatsApp
Telegram

Recent Posts

Related Posts

Smart Investor Newsletter

Get Our Latest Articles And More Delivered To Your Inbox!