Smart Investor Malaysia

Previous
Next

Laughing Tree Sdn Bhd Lancar Komuniti Pelabur Bersama 15 Agensi

Facebook
Twitter
LinkedIn
WhatsApp
Telegram

Platform sokongan dan jaringan perniagaan serta peluang meraih dana kepada Perniagaan Kecil Sederhana (PKS) tempatan Laughing Tree Sdn Bhd melancarkan “Komuniti Pelabur”, sebuah inisiatif yang mengabungkan 15 agensi pelaburan awam dan swasta dengan fokus untuk memudahkan akses dana kepada perniagaan PKS yang berpotensi tinggi sesuai dengan tahap persediaan syarikat masing-masing.

Simbolik perasmian disempurnakan oleh Pengerusi Laughing Tree Sdn Bhd Tan Sri Dr. Mohd Daud Bakar yang juga ikon dan pakar dalam bidang kewangan Islam sempena Project Tree Masterclass yang diadakan di ibu negara.

Sebanyak 15 agensi pelaburan dari sektor kerajaan, pelabur modal teroka, platform pengumpulan ekuiti awam (ECF), pembiayaan rakan setara (P2P) termasuk platform tukaran digital yang mendapat kelulusan Suruhanjaya Sekuriti dan pihak berwajib sudah menyatakan komitmen menyertai Komuniti Pelabur ini.

Menurut Pengerusi Laughing Tree Sdn Bhd Tan Sri Dr. Mohd Daud Bakar “Komuniti Pelabur” dibangunkan untuk memastikan impian golongan usahawan untuk mengembangkan perniagaan mereka tercapai dan secara tidak langsung meningkatkan tahap kemakmuran rakyat dan negara secara keseluruhannya.

“Kami mempunyai satu naratif, resepi dan gelombang pemikiran (brainwave) yang sama dengan golongan usahawan, jadi kami berupaya meletakkan diri kami dalam situasi para usahawan,” jelas Dr. Mohd Daud ketika majlis perasmian “Komuniti Usahawan”, di ibu negara, hari ini.

Sementara itu, Pengarah Eksekutif Laughing Tree Sdn Bhd, Shamsul Qamar bin Abd Rani berkata pihaknya menawarkan jumlah dana sehingga RM200 juta menerusi kerjasama dengan beberapa rakan strategik, di mana tawaran berkenaan dibuka kepada peserta Project Tree Masterclass.

“Kami mensasarkan mempunyai sumber dana sehingga RM200 juta untuk disalurkan kepada peserta “Project Tree Masterclass” menerusi rakan strategik kami. Setakat ini kami mendapat maklum balas yang cukup baik dari rakan-rakan strategik dan PKS Bumiputera. Kami berharap program ini akan mengubah ekosistem dana di kalangan PKS menjadi lebih kondusif,” kata beliau.

Project Tree Masterclass yang berlangsung pada Isnin dan Selasa merupakan satu program yang memberi fokus kepada usaha meningkatkan daya saing usahawan PKS, terutamanya dalam kalangan Bumiputera menerusi kaedah baharu perolehan dana dan modal.

Dari kiri: Shamsul Qamar bin Abd Rani, Tan Sri Dr. Mohd Daud Bakar dan Ku Addy Fazly (Broku)

Tentang “Project Tree Masterclass”

Project Tree Masterclass yang akan berlangsung pada 12 dan 13 September 2022 akan memberi tumpuan kepada semua jenis perniagaan yang ingin mengetahui tentang cara meraih dana dengan lebih lanjut. Anda berpeluang mendapat pendedahan secara dekat, ilmu serta manfaat bagi mengembangkan lagi perniagaan anda ke peringkat seterusnya.

Tentang Laughing Tree Sdn Bhd

Laughing Tree Sdn Bhd ialah sebuah platfom yang menyediakan sokongan dan jaringan perniagaan serta peluang meraih dana kepada Perniagaan Kecil Sederhana (PKS). Syarikat berkenaan meletakkan sasaran membimbing syarikat-syarikat dari segi persediaan sebelum memohon pelaburan dari pelabur menerusi program utamanya “PROJECT TREE”.

Join our Telegram to get the latest from Smart Investor
Facebook
Twitter
LinkedIn
WhatsApp
Telegram

Recent Posts

Related Posts

Smart Investor Newsletter

Get Our Latest Articles And More Delivered To Your Inbox!