Smart Investor Malaysia

Previous
Next

Kumpulan Profesional Kewangan Islam yang Lebih Besar Penting Untuk Berdepan Cabaran Lebih Meluas Dalam Kewangan Islam Hari Ini, Kata CIIF

Facebook
Twitter
LinkedIn
WhatsApp
Telegram

Chartered Institute of Islamic Finance Professionals (CIIF) hari ini menekankan bahawa ia menjangkakan sekumpulan besar bakat profesional diperlukan di seluruh dunia untuk menyahut serta bertindak dengan cabaran-cabaran baharu yang dibawa oleh gelombang inovasi teknologi semasa yang berlaku dalam industri perkhidmatan kewangan secara global.

Di samping itu, kumpulan bakat baharu juga diperlukan untuk mengisi jurang dan peranan baharu yang timbul daripada permintaan yang semakin meningkat untuk kewangan beretika dan mampan yang ditawarkan oleh Kewangan Islam. Kenyataan ini dibuat semasa Majlis Penganugerahan CIIF ke-2 untuk Ahli Bertauliahnya yang baharu yang berlangsung baru-baru ini di Connexion Conference & Events Centre, Kuala Lumpur.

Dengan aset Industri Perkhidmatan Kewangan Islam Global berkembang sebanyak 11.3% (tahun-ke-tahun), yang bersamaan dengan jumlah anggaran bernilai USD 3.06 trilion pada 2021,1 YBhg. Datuk Badlisyah Abdul Ghani, Presiden CIIF berkata bahawa memiliki pengetahuan yang tepat dan berkualiti adalah penting untuk profesional Kewangan Islam dalam melaksanakan perkhidmatan berkualiti tinggi kepada pihak berkepentingan.

“Sebagai profesional Kewangan Islam, kita mempunyai tanggungjawab dan akauntabiliti untuk menjadikan industri ini dan organisasi yang kita berkhidmat dalam industri ini lebih hebat. Kita mesti terus menimba ilmu, dan kita perlu menimbanya dengan integriti setinggi mungkin dalam perkhidmatan untuk orang ramai seperti yang tercermin dalam nilai teras CIIF,” tegas Dato’ Badlisyah Abdul Ghani dalam ucapan beliau.

Pada zaman ini di mana dunia berubah, peningkatan kemahiran tenaga kerja adalah kunci menurut Dato’ Badlisyah. “Cabaran yang kita hadapi mungkin kelihatan sama pada zahirnya tetapi hilang persamaannya merentas masa. Ia menjadi lebih sukar sehingga ada yang mengatakan dunia telah melalui titik kritis yang tidak dapat kembali apabila ia berkaitan dengan perubahan iklim,” sambungnya.

“Dalam menangani titik kritis ini, integriti dalam melaksanakan tanggungjawab kita adalah kunci. Integriti bukan hanya tentang bersikap jujur, tetapi memberikan penyelesaian yang tepat kepada pelanggan,” nasihat Dato’ Badlisyah lagi.

Sementara itu, Ketua Pegawai Eksekutif CIIF, Dr Azura Othman menekankan bahawa peranan Kewangan Islam telah menjadi lebih dominan berbanding sebelum ini semasa majlis itu.

“Para profesional Kewangan Islam perlu diperlengkapkan lagi dengan pengetahuan dan kemahiran lanjutan, disemai dengan keupayaan yang lebih besar untuk menghadapi pelbagai cabaran dari semua sudut. Janji kami adalah untuk terus menyediakan program dan kelayakan yang berkualiti terbaik untuk semua ahli dan pelajar dalam menangani transformasi ekonomi, keperluan dan kemajuan sepanjang kerjaya mereka. Dengan ini, kami berhasrat untuk mengembangkan jejak kami di peringkat antarabangsa yang akan membuka jalan kepada mobiliti global ahli kami,” kata Dr Azura Othman dalam ucapannya.

Menurut Dr Azura, CIIF amat mementingkan perkongsian dan kerjasama dan sehingga kini, CIIF telah memulakan kerjasama dengan institusi seperti Bank Rakyat, yang menyaksikan lebih 50 calon telah melengkapkan kelayakan profesional mereka dan dinaikkan pangkat kepada Ahli Bertauliah, dan dengan FWD Takaful yang telah membawa manfaat yang besar dan impak tinggi kepada pembinaan kapasiti bakat untuk industri Takaful.

Majlis itu menyaksikan 121 ahli baharu dianugerahkan sebagai Ahli Bertauliah Institut berkenaan, dengan 51 ahli mencapainya melalui program “Chartered Professional Islamic Finance” (CPIF) dan 70 ahli melalui “Chartered Fast-Track Master Class” (CFM). Majlis menandatangani Memorandum Persefahaman (MoU) dengan Universiti Utara Malaysia dan Perjanjian Kerjasama dengan FWD Takaful turut berlangsung.

Dengan aset Industri Perkhidmatan Kewangan Islam Global berkembang sebanyak 11.3% (tahun-ke-tahun) atau bersamaan dengan jumlah USD 3.06 trilion pada 2021, memiliki pengetahuan yang tepat dan berkualiti adalah penting untuk profesional Kewangan Islam dalam melaksanakan perkhidmatan berkualiti tinggi
Dr Azura Othman, CEO CIIF (kiri) bertukar MoU dengan Wan Ahmad Najib Wan Ahmad Lotfi, Chief Strategy and Digital Distribution Officer, FWD Takaful

MoU itu bertujuan untuk merapatkan hubungan antara institusi pengajian tinggi dengan industri, serta menggalakkan kerjasama dalam bidang pembangunan profesional graduan, pentauliahan program kewangan Islam dan pemudahcaraan pelbagai aktiviti termasuk khidmat nasihat industri berkaitan kewangan Islam. Kerjasama dengan FWD Takaful akan menyaksikan penambahbaikan teknologi dari segi pengalaman pembelajaran calon CPIF dan lebih ramai bakat profesional yang berkelayakan dalam industri takaful.

CIIF ialah badan profesional untuk pengamal bertauliah dalam industri Kewangan Islam yang ditubuhkan sejak 2015. Sehingga kini, ia mempunyai seramai 1,346 ahli di seluruh dunia. Untuk maklumat lanjut tentang CIIF, sila layari https://www.ciif-global.org.

Join our Telegram to get the latest from Smart Investor
Facebook
Twitter
LinkedIn
WhatsApp
Telegram

Recent Posts

Related Posts

Smart Investor Newsletter

Get Our Latest Articles And More Delivered To Your Inbox!

Are you sure want to unlock this post?
Unlock left : 0
Are you sure want to cancel subscription?