Smart Investor Malaysia

Previous
Next

Kepelbagaian Dalam Pelaburan

Facebook
Twitter
LinkedIn
WhatsApp
Telegram

Sebelum kita mulakan bicara mengenai kepelbagaian dalam pelaburan, ada beberapa konsep penting yang saya ingin kongsikan:

Berdasarkan kajian mengenai sejarah pulangan pelaburan, Peruntukan Aset menyumbang kepada sejarah pulangan yang tinggi. Ini bermakna pelaburan anda perlu berada di dalam portfolio yang sesuai dengan profil risiko anda (konvervatif atau berisiko tinggi) yang perlu dipelbagaikan ke dalam aset-aset pelaburan yang berbeza (seperti Saham, Sukuk, ETF, REITs dan sebagainya), Kawasan (Asia, Eropah, Global) dan Industri (Teknologi, Kesihatan dan yang lain) bagi memastikan pulangan yang baik dalam semua jenis keadaan.

Kepelbagaian Dalam Pelaburan

Kepelbagaian adalah sesuatu yang sangat digalakkan kerana kita tahu risiko meletekkan semua pelaburan anda (telur) di dalam satu bakul.

investment risk profile
Jadual portfolio profil risiko

Jadual Portfolio Profil Risiko ini adalah berdasarkan kepada profil risiko. Namun, portfolio ini perlu dipantau dari semasa ke semasa dan diseimbangkan semula setiap enam bulan bagi memastikan peratusan setiap pelaburan masih kekal sama. Boleh jual mana yang untung dan seimbangkan semula pelaburan mengikut peratusan di dalam portfolio).

Sekiranya profil risiko anda telah berubah, ini memerlukan pengstrukturan semula portfolio anda dan jangan takut untuk mengubahnya.

Mula Awal Untuk Dapatkan Kelebihan Faedah Kompaun

Selain daripada melakukan kepelbagaian dalam pelaburan, aset terpenting yang anda ada untuk dilaburkan adalah masa. Setiap enam tahun yang anda tunggu untuk bermula, akan menyebabkan jumlah pelaburan bulanan berganda diperlukan untuk mencapai tahap yang sama, katakan RM1 juta.

Sikap suka berlengah-lengah adalah kesilapan yang sangat besar di dalam pelaburan atau apa jua sasaran kewangan. Anda perlu bermula sekarang juga.

Merujuk kepada buku The Millionaire Next Door, para jutawan percaya bahawa seseorang itu perlu bermula seawal yang mungkin (sebaik saja tamat pengajian) bagi mendapatkan kelebihan faedah kompaun bagi setiap wang yang dijana.

investment

Merujuk kepada gambar ‘Get a Headstart!’ ini, sekiranya anda melabur secara konsisten sebanyak RM10,000 sebulan dengan pulangan 12% setahun, dengan mula melabur lima tahun lebih awal, nilai pelaburan anda selepas 60 tahun telah berganda, berbanding mereka yang mula lambat.

Pengkompaunan adalah jumlah pelaburan (modal campur faedah) meningkat naik sepanjang tempoh tersebut. Usah berlengah dan hanya nak mula apabila anda ada banyak duit, kerana jumlah yang kecil boleh membawa kesan yang besar dengan masa.

Purata Kos Dolar

investment dollar cost averaging

Sekiranya diberi pilihan untuk melabur secara bulanan atau tahunan, pilihlah melabur secara bulanan untuk merebut kelebihan Purata Kos Dolar atau Dollar Cost Averaging, yang boleh merendahkan kos dan mendapat pulangan yang lebih baik.

Perlu diingatkan bahawa konsep asas di sini adalah dengan memastikan anda telah membuat usaha wajar (due diligence) secara kualititatif dan kuantitatif mengenai pelaburan (saham atau amanah saham) dan memantau prestasi pelaburan tersebut setiap tahun.

Jangan teragak-agak untuk bertukar kepada pelaburan lain sekiranya asas pelaburan seperti prestasi, pihak pengurusan dan sebagainya tentang pelaburan tersebut telah pun berubah.

Pelaburan secara konsisten setiap bulan ditambah lagi dengan kepelbagaian dalam pelaburan, pastinya kita mampu mencapai sebarang sasaran kewangan yang kita impikan.

Mengenai Penulis

Yong Chu Eu merupakan Pengasas, Pengetua, MFPC Shariah RFP, CPD/CPE, HRDF Certified Corporate Trainer of Money & Life, Penulis Buku Kewangan, Perancang Kewangan Berlesen, E2E Financial Literacy Principal Coach & Tetamu Media Tempatan

Join our Telegram to get the latest from Smart Investor
Facebook
Twitter
LinkedIn
WhatsApp
Telegram

Recent Posts

Related Posts

Smart Investor Newsletter

Get Our Latest Articles And More Delivered To Your Inbox!

Are you sure want to unlock this post?
Unlock left : 0
Are you sure want to cancel subscription?