Smart Investor Malaysia

Previous
Next

Hutang Baik VS Hutang Jahat

Facebook
Twitter
LinkedIn
WhatsApp
Telegram

Hutang pada dasarnya membawa maksud meminjam duit daripada pihak ketiga, dan ini bermakna kita perlu bayar semula. Namun bukan semua hutang sama, ianya bergantung kepada jenis hutang yang anda ada dan kemampuan untuk membayarnya balik. Jom kita tengok dengan lebih dekat lagi tentang hutang baik vs hutang jahat.

Tetapi sebelum itu, jom kita mulakan dengan senarai semak di bawah terlebih dahulu. Jujur dengan diri sendiri dengan menjawab Ya atau Tidak. Sekiranya lebih banyak Tidak, maka tahap pengurusan kewangan anda berada dalam bahaya.

1. Nisbah bayaran balik bulanan adalah 38% atau kurang berbanding pendapatan bulanan saya

2. Saya hanya melabur menggunakan wang lebihan dan tidak berhutang untuk melabur

3. Saya membayar habis semua hutang kad kredit saya

4. Saya mencatat semua hutang saya dan ianya berkurang saban tahun

5. Saya tahu membezakan hutang baik vs hutang jahat, dan memanfaatkan hutang baik untuk membeli aset yang meningkat nilainya seperti hartanah

6. Saya bayar semua bil-bil tepat pada masanya

7. Saya tiada hutang tertunggak

8. Saya tahu siapa di kalangan ahli keluarga yang boleh bantu saya sekiranya saya berhutang

9. Saya tahu risiko menjadi seorang penjamin, pemilik bersama hutang dan pemilik kad kredit tambahan (supplementary)

10. Saya tahu kadar faedah setiap pinjaman saya buat, dan bagaimana ianya dikenakan faedah ke atas jumlah pinjaman

11. Saya tahu bagaimana nak struktur semula hutang dengan baik, dan bayar hutang dengan mengutamakan bayaran balik hutang dengan kadar faedah yang tertinggi

Baca: Patut Ke Saya Keluar Duit KWSP Untuk Bayar Hutang Rumah?

Hutang Baik VS Hutang Jahat

Dah dapat gambaran yang membezakan di antara hutang baik vs hutang jahat? Hutang baik merujuk kepada hutang dengan kadar faedah yang rendah (bawah 8%) dan digunakan untuk membeli aset yang meningkat nilainya seperti hartanah, atau melabur ke dalam perniagaan.

Satu kajian mengenai hartanah di Malaysia dari tahun 1991 sehingga tahun 2014, kadar pertumbuhan tahunan kompaun (CAGR) bagi hartanah di Malaysia adalah sebanyak 5.97%. Walaupun hartanah merupakan aset yang meningkat nilai, lokasi memainkan peranan yang sangat penting.

Hutang jahat pula seumpama meminjam untuk beli kereta, yang merupakan aset susut nilai, walaupun kadar faedah yang dikenakan tidak tinggi (sekitar 4% – 6%). Setiap tahun, harga kereta susut nilai secara purata sebanyak 10%.

Jenis PinjamanKadar Faedah Purata (Tahunan)
Pinjaman Tak Berlesen / Ah Long60%
Kad Kredit15%-18%
Pinjaman Peribadi10%-12% (Promosi 8.88%-9.99%)
Pinjaman Pendidikan8%-10%
Pinjaman Rumah4.5%-6.5%
Pinjaman Kereta4%-6%
PTPTN1% (3% adalah kadar lama)

Kita boleh lihat bagaimana pinjaman tak berlesen atau ah long boleh mencecah sehingga 60% setahun, memang cekik darah betul. Kad kredit dan pinjaman peribadi memang tinggi, dan biasanya berlaku apabila kita berada dalam situasi terlebih berbelanja atau ‘gali lubang tutup lubang’.

Sebaiknya dielekkan pinjaman atau hutang dengan kadar faedah yang tinggi.

Baca: 7 Langkah Nak Selesaikan Hutang Kad Kredit Tertunggak

Pesanan Khidmat Masyarakat Berkenaan Hutang Baik VS Hutang Jahat

Nisbah bayaran balik bulanan merupakan satu indikator sama ada anda mempunyai hutang yang tinggi berbanding pendapatan. Ianya memberitahu anda jumlah hutang yang ada dengan pendapatan bulanan.

Nisbah ini perlu dikekalkan di bawah paras 40% pada setiap masa, namun kenaikan sesekali tidak mengarap. Bagi mereka yang jauh di bawah paras 40% tersebut, anda mempunyai peluang yang cerah untuk membuat pinjaman bagi mendapatkan aset yang meningkat nilainya.

Jangan pinjam untuk melabur adalah peraturan penting di dalam perancangan kewangan. Walaupun pelaburan margin saham di mana kadar faedah adalah rendah di sekitar 4%.

Kita sepatutnya melabur menggunakan wang lebihan saja. Jangan pinjam duit walaupun dengan ahli keluarga atau kawan-kawan untuk melabur.

Ambil tempoh pinjaman yang paling lama yang anda mampu. Jom kita lihat satu contoh.

Adakah anda akan membuat pinjaman selama 25 tahun (bayaran bulanan RM2,400) atau pinjaman 35 tahun (bayaran bulanan RM1,200) untuk pembeliah hartanah?

Memilih tempoh 35 tahun merupakan strategi yang betul apabila berdepan dengan pinjaman dan aliran tunai. Walaupun anda pilih untuk bayar RM2,400 (berbanding RM1,200) setiap bulan secara konsisten, pinjaman tersebut hanya akan tamat dalam masa 25 tahun.

Sebaliknya jika anda pilih pakej 25 tahun, anda tidak mempunyai peluang untuk mengurangkan bayaran bulanan sekiranya berdepan masalah aliran tunai untuk beberapa bulan.

Baca: 5 Sebab Jangan Bayar Hutang Rumah Lebih Awal

Jika anda tidak mampu nak bayar secara konsisten, bank akan menaikkan kadar faedah yang menyebabkan bayaran bulanan turut meningkat, kurang wang lebihan di tangan, dan lebih banyak tekanan!

Sekiranya ketidakmampuan nak bayar balik ini berterusan untuk dua bulan dan lebih, anda akan dilihat gagal membayar balik pinjaman perumahan, dan pihak bank mungkin akan melelong rumah anda. Oleh itu, mengapa perlu risikokan kedudukan kewangan anda untuk tempoh yang lebih singkat bagi pinjaman yang menawarkan fleksibiliti.

Lebih panjang tempoh pinjaman perumahan anda, lebih banyak wang lebihan yang anda boleh laburkan ke dalam instrumen pelaburan yang boleh memberikan pulangan yang lebih daripada 6% setahun. Inilah yang dinamakan sebagai perancangan kewangan pintar dengan memahami berkenaan hutang baik vs hutang jahat.

Baca: Hidup Tanpa Hutang vs Simpan Untuk Persaraan

Mengenai Penulis

Yong Chu Eu merupakan Pengasas, Pengetua, MFPC Shariah RFP, CPD/CPE, HRDF Certified Corporate Trainer of Money & Life, Penulis Buku Kewangan, Perancang Kewangan Berlesen, E2E Financial Literacy Principal Coach & Tetamu Media Tempatan

Join our Telegram to get the latest from Smart Investor
Facebook
Twitter
LinkedIn
WhatsApp
Telegram
Previous
Next

Recent Posts

Related Posts

Smart Investor Newsletter

Get Our Latest Articles And More Delivered To Your Inbox!