Smart Investor Malaysia

Previous
Next

Elak 5 Kesilapan Ini Ketika Melabur Di Kala Pasaran Merudum

Facebook
Twitter
LinkedIn
WhatsApp
Telegram

Kejatuhan pasaran saham adalah sesuatu yang menakutkan. Sejak pandemik melanda, kita dapat lihat betapa sangat volatile pasaran saham yang menyebabkan pelabur tegar pun terkesan. Tetapi ramai yang lupa bahawa kita sebenarnya telah melaluinya sebelum ini.

Jom kita lihat 5 kesilapan yang sering pelabur lakukan ketika pasaran jatuh merudum.

1. Penjualan Panik

young male covering face with hands in white t-shirt and looking sad , front view.

Memang agak pedih apabila melihat lautan merah di dalam portfolio anda. Tetapi semuanya adalah kerugian di atas kertas, manakala penjualan panik akan menjadikannya kekal.

Sebaliknya, cuba lihat jangka masa panjang portfolio anda dan mengakui bahawa pasaran bergerak dalam kitaran dan kejatuhan pasaran adalah sementara.

Sejarah telah memberitahu kita bahasa setiap kali fasa kenaikan akan berakhir lebih tinggi daripada yang sebelumnya. Sebagai contoh ketika krisis yang berlaku pada tahun 2008, pasaran global jatuh merudum. Walaubagaimanapun, ia sampai ke dasar pada Mac 2009 dan akhirnya pulih untuk naik lebih tinggi lagi.

Terkini pada Mac 2020, pasaran saham merudum apabila pandemik COVID-19 meranapkan ekonomi dunia dengan Indeks Dunia MSCI mencatatkan kejatuhan sebanyak 34% dalam masa enam minggu. Tetapi selepas itu, ianya naik semula.

2. Teka Masa Terbaik Nak Masuk Pasaran

Lagi satu kesilapan biasa adalah pelabur yang cuba untuk meneka di mana dasar dengan menjual semua pegangan dan membelinya semula apabila pasaran ada tanda-tanda nak pulih. Tetapi malangnya, pelabur profesional pun jarang dapat meneka bilakah masa terbaik untuk masuk pasaran, yang mengakibatkan pegangan mereka mengalami kerugian yang lebih teruk.

Sebaliknya cuba amalkan pendekatan pelaburan secara konsisten, biasanya setiap bulan. Ini membantu anda mengurangkan harga pembelian dengan mengambil kesempatan ketika pasaran jatuh, dan mengurangkan risiko melabur mengikut emosi seseorang.

3. Tidak Mengimbangi Semula

invest

Pelabur dinasihatkan untuk mengimbangi semula peruntukan aset sekurang-kurangnya dua kali sebulan bagi memperbetulkan portfolio ke aras peruntukan aset. Namun, pergerakan pasaran yang besar seperti kegawatan ekonomi boleh memusnahkan segala-galanya.

Ketika pasaran sedang merudum, pulangan dalam portfolio pelaburan akan jatuh teruk kerana saham sedunia sedang merudum. Pelabur yang tidak tenang akan abaikan pengimbangan semula walaupun portfolio telah jatuh banyak.

Adalah penting untuk anda kekal di atas landasan bagi mencapai sasaran jangka masa panjang anda. Pengimbangan semula dapat memastikan anda mengambil risiko yang sewajarnya, yang telah pun ditetapkan ketika anda mula-mula membuat pelan pelaburan.

4. Jual Yang Untung Dan Pegang Yang Rugi

“Ride your winners and cut your losers”

Pepatah yang biasa kita dengar dalam dunia pelaburan tetapi ketika kegatawan ekonomi, pelabur melakukan yang sebaliknya. Mereka jual untuk meraih keuntungan bagi mengurangkan kerugian yang dialami bahagian lain di dalam portfolio.

Tetapi ini hanya akan mengakibatkan masalah yang lebih besar di masa hadapan. Sebaliknya anda perlu ada pelan tindakan pembetulan sekiranya rancangan pelaburan tidak menjadi.

5. Kerap Memantau Dan Buat Terlalu Banyak

Ketika ekonomi gawat, pelabur banyak berfikir dan mendengar berita dan media sosial bagi mendapatkan berita terkini tentang apa yang sedang berlaku dalam pasaran. Ini boleh menyebabkan pelabur beli, jual dan kadangkala mendengar nasihat ‘sifu kewangan’ yang mempunyai agenda tersembunyi.

Sentiasa memerhatikan portfolio anda 24 jam sehari dan bermain-main dengan kerap biasanya tidak menguntungkan pelabur. Anda mula rasa bimbang dan lupa sasaran pelaburan termasuk mengapa anda mula melabur.

Belajar untuk kurangkan bunyi bising kerana pihak media dahagakan pembaca dan artikel yang sensasi adalah taktik mereka untuk menarik pembaca.

Sebaliknya anda perlu tetap dengan pelaburan menerusi simpanan secara konsisten dan mengamalkan kepelbagaian portfolio. Pastikan portfolio anda menuju ke sasaran dengan peruntukan aset yang sepadan dengan toleransi risiko anda.

Bawa Bertenang

Perkara pertama yang anda perlu buat ketika pasaran merudum adalah dengan bertenang. Kita mungkin tidak dapat mengawal keadaan, tetapi kita boleh kawal bagaimana kita bertindak.

Ini adalah penting dalam pelaburan kerana kejayaan bukan ditentukan dengan berapa banyak yang anda tahu, tetapi bagaimana kelakuan anda. Berita baiknya adalah, ianya memerlukan anda berdiam diri, tetapkan pendirian dan banyak bersabar.

Mengenai Penulis

Lee Sheung Un merupakan pegawai komunikasi di Affin Hwang Asset Management. Seorang milenial, beliau masih mencari keseimbangan di antara kekayaan, kebebasan dan hala tuju. Pandangan yang diluahkan adalah miliknya.

Join our Telegram to get the latest from Smart Investor
Facebook
Twitter
LinkedIn
WhatsApp
Telegram

Recent Posts

Related Posts

Smart Investor Newsletter

Get Our Latest Articles And More Delivered To Your Inbox!