Smart Investor Malaysia

Previous
Next

Cara Nak Jimat Pinjaman Perumahan Anda Sebanyak 50% Dalam Separuh Masa, Dan Beli Kereta Idaman Secara Percuma

Facebook
Twitter
LinkedIn
WhatsApp
Telegram

Saya berjumpa dengan pelanggan saya Chris (bukan nama sebenar) dan pasangan, di mana saya bertanya sama ada beliau nak pertolongan saya atau tidak. Perbualan ini mengenai cara nak jimat pinjaman perumahan.

“Adakah awak nak beli Audi TT secara percuma selepas selesai bayar pinjaman perumahan?”

Beliau ingin sangat tahu dan perbualan diteruskan. (Ini adalah artikel yang saya tulis pada tahun 2015, tetapi telah diolah semula dan ditambah baik)

Bagaimana Nak Jimat Pinjaman Perumahan Dan Beli Audi TT Secara Percuma?

Chris: “Awak nak jual saya insurans atau amanah saham?”

Saya: “Bukan”.

Chris: “Saya dah gatal tangan nak beli Audi TT, tetapi tak pasti sama ada ini adalah masa terbaik”.

Saya: “Saya boleh bantu anda jimat pinjaman perumahan, kemudian dapat beli Audi TT secara percuma”.

Chris: “Bagaimanakah caranya”

Saya: “Jom saya tunjukkan…”

Cara Nak Jimat Pinjaman Perumahan Anda Sebanyak 50% Dalam Separuh Masa, Dan Beli Kereta Idaman Secara Percuma

Ini adalah situasi mereka:

  1. Beli hartanah berharga RM2.5 juta (Semi-D di Petaling Jaya)
  2. Kadar Faedah adalah 4.4%
  3. Tempoh Pinjaman adalah 35 tahun (420 bulan)
  4. Bayaran Balik Pinjaman adalah RM10,471/sebulan
  5. Jumlah Faedah Dibayar sepanjang tempoh tersebut adalah RM2,147,808

Selepas mengikut nasihat saya:

  1. Jumlah Faedah Dibayar adalah RM1,068,815, dengan pengurangan 50% daripada jumlah faedah dibayar
  2. Mereka habis bayar pinjaman perumahan dalam tempoh 19 tahun dan 2 bulan (230 bulan), 45% lebih awal (15 tahun dan 10 bulan ATAU 190 bulan)
  3. Beliau boleh beli 1 Audi TT berharga Rm285,000 dengan penjimatan faedah

Tahu tak apa yang saya cadangkan kepada beliau?

  1. Bayar RM4,000 lebih sebulan ke dalam pinjaman perumahan
  2. Pastikan Nisbah Bayaran Hutang berada di tahap yang Sihat (<35%)
  3. Pastikan Nisbah Jumlah Simpanan adalah Sihat (>33%) & nilai bersih semakin meningkat

Baca: Patutkah Saya Keluarkan Duit KWSP Untuk Bayar Pinjaman Perumahan?

Ini apa yang saya suruh beliau lakukan untuk jimat

Kerana beliau adalah ‘PENYIMPAN’, iaitu orang yang suka simpan duit dalam akaun bank, maka boleh pindah sedikit simpanan bulanan untuk bayar lebih sekaligus jimat pinjaman perumahan.

Tetapi anda perlu kekalkan gaya hidup yang seimbang atau tidak terlebih menyimpan agar tidak terlepas sebarang peluang pelaburan. Boleh tengok sendiri betapa besarnya perbezaan tersebut untuk jangka masa panjang.

Baca: Simpan vs Labur? Patutkah Saya Menyimpan Dulu Atau Nak Melabur Dulu?

1. Simpan lebih RM4,000/sebulan, menjadikan bayaran bulanan sekarang RM14,471/sebulan. Anda boleh masukkan tambahan RM4,000 ke dalam kemudahan Akaun Semasa yang diberi oleh kebanyakan bank di Malaysia, yang boleh digunakan untuk membuat pengeluaran (sekiranya berlaku sebarang kecemasan)

2. Buat masa sekarang, Nisbah Bayaran Hutang adalah 27% dan mereka boleh bayar sehingga 35%. Nisbah Bayaran Hutang mengira berapa banyak pendapatan yang digunakan untuk membayar balik semua hutang (pinjaman perumahan + pinjaman kereta + pinjaman peribadi dan lain-lain) dibahagikan dengan pendapatan bersih (pendapatan kasar – KWSP – Socso – EIS – PCB – zakat). Memandangkan beliau tiada pinjaman kereta, pinjaman peribadi atau apa-apa pinjaman pun, maka semua dana mereka boleh disalurkan ke pinjaman perumahan.

3. Dengan melakukan (1), beliau dapat jimat hampir RM56,551/setahun di dalam kadar faedah (Jumlah penjimatan faedah pinjaman perumahan = RM1,078,993)

4. Dengan ‘menyimpan’ tambahan RM4,000/sebulan, ia sebenarnya meningkatkan nilai bersih anda. Anda sebenarnya tidak membelanjakannya, begini caranya

(Nilai bersih adalah berdasarkan Nilai semasa pasaran hartanah tersebut yang meningkat 4% setahun)

5. Lebih menarik lagi, RM3,731.25 daripada RM4,000 digunakan untuk terus bayar pokok. Jadi anda kelihatan seperti menyimpan secara paksa di dalam akaun bank, cuma akaun bank berbeza yang dikenali sebagai akaun pinjaman

Begitulah caranya anda boleh jimat pinjaman perumahan, kelihatan sangat mudah.

Baca: Simpan RM1 Juta Dengan Menabung Sendiri Atau Melakukannya Dengan Hartanah?

Setelah jimat pinjaman perumahan, beliau batalkan pembelian kereta

Setelah saya menunjukkan kepada beliau pengiraan di atas, beliau pun batalkan pembelian Audi TT dan menyalurkan simpanan untuk bayar faedah pinjaman perumahan seterusnya banyak boleh jimat pinjaman perumahan. Dengan menangguh pembelian kereta sehingga beliau selesaikan pinjaman perumahan beliau terlebih dahulu, beliau kini yakin dapat jimat banyak dan berupaya untuk beli kereta Audi TT secara percuma nanti.

*Ambil perhatian bahawa anda perlu lakukan sebegini bagi hartanah yang anda tinggal. Bagi hartanah pelaburan, anda tidak mahu gunakan strategi ini. Bincang dengan perancang kewangan anda atau ahli profesional terlebih dahulu sebelum membuat sebarang tindakan.

*PENAFIAN – Semua strategi yang tersenarai di dalam ini bukan cadangan atau nasihat. Artikel ini ditulis semata-mata untuk tujuan pendidikan. Kandungan artikel ini adalah pandangan peribadi saya dan tidak sepatutnya digunakan sebagai nasihat profesional. Sekiranya anda mahu nasihat profesional, sila hubungi saya. Anda perlu lakukan kajian anda sendiri dan/atau dapatkan nasihat pakar sebelum membuat sebarang tindakan untuk menyelesaikan hutang anda.

Baca: Pelaburan Terbaik 2023: Menjelang Kegawatan Ekonomi

Mengenai Penulis

Ka Hoe merupakan seorang Perancang Kewangan berlesen dengan Bank Negara dan Suruhnjaya Sekuriti Malaysia. Beliau merupakan pengasas J Advisory, sebuah Akademi Kewangan Peribadi yang membantu rakyat Malaysia untuk meningkatkan tahap kewangan mereka dengan alat, sistem dan strategi yang terbukti. Untuk lebih banyak kajian kes, anda boleh layari https://jadvisory.asia/

Join our Telegram to get the latest from Smart Investor
Facebook
Twitter
LinkedIn
WhatsApp
Telegram
Previous
Next

Recent Posts

Related Posts

Smart Investor Newsletter

Get Our Latest Articles And More Delivered To Your Inbox!