Smart Investor Malaysia

Previous
Next

Binance Sertai Persatuan Pakar Sekatan Bertauliah (ACSS) Bagi Memantapkan Lagi Standard Pematuhan Dalam Industri Kripto

Facebook
Twitter
LinkedIn
WhatsApp
Telegram

Binance, ekosistem blok rantai (blockchain) global di sebalik bursa aset digital terbesar dunia, mengumumkan bahawa ia telah menyertai Persatuan Pakar Sekatan Bertauliah (ACSS), satu-satunya organisasi di dunia ini yang menyatukan profesional pematuhan sekatan.

ACSS, ditubuhkan pada 2018, menyediakan pendidikan dan manfaat berkualiti tinggi kepada ahlinya. Binance adalah bursa kripto pertama yang menyertai persatuan itu secara rasmi.

Binance akan memanfaatkan bahan-bahan latihan, pangkalan data komprehensif, dan rangkaian luas  dalam ACSS untuk memantapkan lagi kemahiran dan kepakaran pasukannya. Semua profesional pematuhan dalam pasukan sekatan serta pelaporan pengubahan wang haram, operasi pematuhan, dan petunjuk penyiasatan khas dalam Binance dikehendaki menjalani latihan dengan ACSS sebagai sebahagian daripada proses pentauliahan.

Sesi latihan yang dimandatkan itu adalah penting bagi melengkapkan pasukan sekatan Binance dengan garis panduan OFAC yang terkini mengenai pembangunan program pematuhan sekatan. ACSS juga akan membantu memastikan pasukan itu mematuhi arahan sekatan dan memahami risiko pelanggaran merentasi pelbagai bidang kuasa.

“Industri blok rantai masih lagi muda, dan ia menjadi keutamaan kami untuk terus mempertahankan tahap pematuhan yang paling tinggi dalam persekitaran yang sedang berkembang pesat ini,” kata Ketua Sekatan Global Binance, Chagri Poyraz. “Menerusi kerjasama rapat dengan ACSS, kami akan membawa standard pematuhan sekatan kami ke suatu tahap yang diiktiraf oleh persatuan industri ternama dan menyediakan peluang untuk meningkatkan kemahiran kepada pasukan pematuhan kami. Akhirnya, kami mahu terus menetapkan standard keselamatan dan pematuhan bagi industri bersama-sama dengan pemain industri yang lain.”

Pengarah Eksekutif ACSS, Saskia Rietbroek berkata, “Kami berbangga kerana telah dipilih oleh Binance, peneraju dunia dalam ekosistem blok rantai dan infrastruktur mata wang kripto. ACSS, sebagai sebuah organisasi yang khusus dalam menyediakan latihan sekatan untuk syarikat multinasional dan institusi kewangan, akan memastikan bahawa latihan berkualiti tertinggi diberikan kepada pasukan Binance dalam sektor yang serba dinamik ini dan membantu meningkatkan lagi pematuhan dalam industri kripto.”

Sepanjang tempoh dua tahun yang lalu, pematuhan kawal selia telah menjadi tumpuan utama di Binance. Pada 2022, pasukan pematuhan Binance telah berkembang daripada 500 kepada 750 orang. Ini adalah sebahagian daripada usaha berterusan organisasi itu ke arah memantapkan lagi keupayaan pematuhannya. Bagi mencapai matlamat ini, Binance telah mendapatkan lesen kawal selia, pendaftaran, dan kelulusan di sejumlah 14 bidang kuasa setakat ini termasuk di Perancis, Sepanyol, Bahrain, Dubai, dan Australia.

Mengenai Binance

Binance adalah penyedia ekosistem blok rantai dan infrastruktur mata wang kripto terkemuka dunia yang menyediakan pelbagai produk kewangan termasuk bursa aset digital terbesar berdasarkan volum. Dipercayai oleh jutaan pengguna di seluruh dunia, platform Binance khusus dalam meningkatkan kebebasan wang mereka dan memaparkan portfolio produk dan tawaran kripto yang tiada tandingan. Ia termasuk dagangan dan kewangan, pendidikan, data dan penyelidikan, manfaat sosial, pelaburan dan inkubasi, desentralisasi dan penyelesaian infrastruktur. Untuk maklumat lanjut, sila layari: https://www.binance.com

Mengenai Persatuan Pakar Sekatan Bertauliah (ACSS)

Persatuan Pakar Sekatan Bertauliah (ACSS) adalah sebuah badan keahlian profesional untuk profesional sekatan di seluruh dunia. Ia ditubuhkan bagi memantapkan pematuhan sekatan dengan menyokong pembangunan profesional individu yang menerajui usaha berkenaan. Institusi kewangan, syarikat antarabangsa, firma guaman, syarikat perundingan, kerajaan dan perdagangan serta perniagaan lain yang bergantung kepada ACSS untuk membantu mereka dengan keperluan pematuhan sekatan mereka. “Pakar Sekatan Bertauliah” atau CSS adalah tanda kecemerlangan yang menunjukkan bahawa individu tersebut telah menjalani latihan penuh sekatan pematuhan.

Join our Telegram to get the latest from Smart Investor
Facebook
Twitter
LinkedIn
WhatsApp
Telegram
Previous
Next

Recent Posts

Related Posts

Smart Investor Newsletter

Get Our Latest Articles And More Delivered To Your Inbox!