Smart Investor Malaysia

Previous
Next

Bahaya Pinjaman Peribadi Yang Tak Ramai Orang Tahu

Facebook
Twitter
LinkedIn
WhatsApp
Telegram

Tahukah anda bahawa pinjaman peribadi merupakan salah satu sebab utama rakyat Malaysia jatuh muflis?

Berdasarkan data Jabatan Insolvensi Malaysia, bahaya pinjaman peribadi sehingga ianya menyumbang kepada 42% daripada jumlah kes kebankarapan di Malaysia.

Sumber: Jabatan Insolvensi Malaysia

42% tinggi juga tu. Itupun nilai seseorang itu jatuh muflis adalah RM100,000.

Kalau dulu RM50,000 dah boleh diisytihar sebagai muflis, tetapi sejak pandemik melanda, kadar tersebut dinaikkan sehingga RM100,000.

Sekarang kita tengok pula beberapa jenis pinjaman yang biasa terdapat di Malaysia, selain daripada pinjaman peribadi.

Jenis PinjamanKadar Faedah Purata (Tahunan)
Pinjaman Tak Berlesen / Ah Long60%
Kad Kredit15%-18%
Pinjaman Peribadi10%-12% (Promosi 8.88%-9.99%)
Pinjaman Pendidikan8%-10%
Pinjaman Rumah4.5%-6.5%
Pinjaman Kereta4%-6%
PTPTN1% (3% adalah kadar lama)

Kalau diikutkan kadar faedah pinjaman peribadi tidaklah setinggi mana. Tetapi jumlah pinjaman yang ditawarkan adalah lebih tinggi berbanding pinjaman tak berlesen (Ah Long) atau kad kredit.

Kalau biasanya pinjaman tak berlesen kita boleh pinjam hanya sebanyak RM10,000, kemudian kad kredit boleh swipe hingga had kredit dua atau tiga kali gaji bulanan (lebih kurang RM10,000 atau RM20,000), tetapi bahaya pinjaman peribadi kita boleh pinjam sehingga 10 kali ganda gaji bulanan atau lebih.

Bila pinjam dengan jumlah yang besar, ditambah pula dengan kadar faedah yang tinggi, maka masalah akan bermula apabila kita tidak mampu nak bayar ikut jadual. Bila tak bayar ikut jadual, kadar faedah mungkin dinaikkan sehingga menjerat kita.

Bahaya Pinjaman Peribadi, Salah Satu Hutang Jahat

Kita biasa dengar hutang baik vs hutang jahat. Kalau dilihat kepada jadual di atas, maka PTPTN dan pinjaman rumah adalah hutang baik. Ini kerana PTPTN membolehkan kita ‘upgrade’ ilmu dan harga diri, dengan harapan untuk memperolehi gaji yang lebih tinggi. Manakala pinjaman rumah pula membolehkan kita beli rumah dengan harapan ianya boleh disewaan atau meningkat nilainya di masa akan datang.

Kenapa pinjaman kereta bukan hutang baik walaupun kadar faedahnya adalah rendah?

Ini kerana pinjaman kereta adalah kita meminjam untuk sesuatu yang menyusut nilainya saban tahun. Kereta adalah bertentangan dengan rumah. Kita beli kereta hari ini, sebaik saja keluar ‘showroom’, harganya dah jatuh. Dan kebanyakan kereta berdepan dengan kejatuhan harga sehingga 50% selepas tempoh 5 tahun.

Kad kredit dan pinjaman peribadi pula merupakan contoh hutang jahat. Hutang kad kredit lebih teruk, kerana kadar faedahnya adalah merupakan yang tertinggi. Tetapi ini tidak bermakna bahawa bahaya pinjaman peribadi tak teruk, kerana ianya teruk juga.

Baca: Patut Ke Saya Selesaikan Hutang Awal Bagi Kereta, Hutang Rumah, Hutang Kad Kredit Dan Pinjaman Peribadi?

Kenapa Pinjaman Peribadi Popular?

Ada yang membuat pinjaman peribadi kerana terdesak memerlukan duit. Mungkin kereta rosak atau ahli keluarga dikejarkan ke hospital.

Ada pula yang membuat pinjaman peribadi kerana tidak mahu terlepas daripada memiliki telefon pintar terbaru, pakaian baru dari jenama terkenal, beg tangan baru dan sebagainya. Ianya berbalik kepada keperluan dan kehendak. Sekiranya kita mampu tidak mengapa, tetapi apabila perlu meminjam untuk memiliki gaya hidup yang kita idamkan, lebih baik jangan.

Bila dah tahu perbezaan di antara hutang baik dan hutang jahat, sebaiknya kita perbetulkan tahap kewangan diri sendiri.

Mulakan dengan membina tabung kecemasan sebanyak tiga ke enam bulan daripada gaji bulanan. Sekiranya anda bergaji RM3,000, pastikan anda ada sekurang-kurangnya RM9,000 di dalam tabung kecemasan.

Maka jika ada musibah kecil yang memerlukan duit segera, boleh gunakan duit di dalam tabung kecemasan ini. Dan bukan pergi buat pinjaman peribadi atau swipe kad kredit yang kita mungkin tak mampu nak bayar dengan kadar segera.

Tetapi malangnya 75% rakyat Malaysia tak mampu untuk sediakan wang sebanyak RM1,000 sekiranya berlaku sebarang kecemasan. Mungkin sebab itulah bahaya pinjaman peribadi ini, kerana kita sendiri tidak mempunyai tabiat menyimpan.

Umpama gali lubang tutup lubang atau sudah jatuh ditimpa tangga pula.

Sekiranya tak mampu nak kurangkan lagi pendapatan, mungkin sudah tiba masanya anda tingkatkan pendapatan dengan melakukan dua tiga kerja demi berdepan dengan kos sara hidup yang lebih tinggi.

Baca: Hidup Tanpa Hutang vs Simpan Untuk Persaraan

Join our Telegram to get the latest from Smart Investor
Facebook
Twitter
LinkedIn
WhatsApp
Telegram

Recent Posts

Related Posts

Smart Investor Newsletter

Get Our Latest Articles And More Delivered To Your Inbox!

Are you sure want to unlock this post?
Unlock left : 0
Are you sure want to cancel subscription?