Smart Investor Malaysia

Previous
Next

Bagaimana Nak Bersara Dengan Selesa?

Facebook
Twitter
LinkedIn
WhatsApp
Telegram

Isu persaraan ini menghantui semua orang, terutama ketika kita sekarang berdepan dengan kenaikan inflasi dan kadar faedah. Ianya berlaku bukan saja di Malaysia, tetapi di seluruh dunia. Ianya telah membuatkan perancangan persaraan lebih sukar sehingga kita tertanya-tanya, cukup ke nak bersara dengan selesa nanti?

Menurut Husaini Hussin, CEO bagi Private Pension Administrator Malaysia (PPA) yang merupakan pentadbir pusat bagi Skim Persaraan Swasta (PRS), kebanyakan rakyat Malaysia gagal untuk menyimpan kerana mereka lemah di dalam perancangan kewangan.

“Kita biasanya tidak hidup berdasarkan kemampuan dan tidak mempunyai pelan jangka masa panjang, seperti membangunkan dana persaraan,” kata Husaini.

Untuk mengatasi masalah ini, kita perlu mengasingkan satu pertiga (1/3) daripada gaji bulanan untuk mendapatkan dua pertiga (2/3) daripada gaji terakhir bagi memastikan duit yang cukup untuk bersara nanti. Dana ini diperlukan untuk membolehkan kita hidup di sepanjang usia emas nanti.

Dengan jangka hayat rakyat Malaysia sehingga umur 77 tahun secara purata, ianya merupakan cabaran untuk mempunyai dana yang cukup untuk bersara dengan selesa. Oleh itu, pastikan kita mempunyai rancangan persaraan seawal yang mungkin.

Husaini Hussin

Bagi mereka yang mencarum ke dalam Kumpulan Wang Simpanan Pekerja (KWSP), sekurang-kurangnya ada juga simpanan untuk bersara nanti. Tetapi berdasarkan statistik, seramai 6.1 juta ahli KWSP mempunyai kurang daripada RM10,000 dalam akaun simpanan. Sudah tentu jumlah ini tidak mampu untuk menyara hidup walaupun setahun.

Husaini menyarankan agar kita mula simpan untuk bersara seawal yang mungkin.

“Mula dengan jumlah yang kecil, dan perlahan-lahan tingkatkan simpanan apabila gaji kita pun naik. Dengan membangunkan tabiat simpanan yang baik dan pertumbuhan faedah kompaun, dana persaraan kita akan berkembang,” ujar Husaini.

Bagaimana Nak Bersara Dengan Selesa Bagi Mereka Yang Tiada KWSP?

Generasi muda hari ini lebih mengutamakan kebebasan dan fleksibiliti, lalu mengakibatkan generasi baru yang bekerja sendiri, pemilik perniagaan kecil-kecilan atau jadi pemandu e-hailing, dengan tidak mencarum ke dalam KWSP, maka tiada dana persaraan.

Bagaimana mereka ini nak merancang persaraan bagi membolehkan mereka bersara dengan selesa?

“Ianya perlu bermula dengan kesedaran yang betul, bahawa mereka perlu merancang untuk bersara seawal yang mungkin, kata Husaini.

Penting untuk kita mulakan tabiat menyimpan dan simpan sedikit setiap bulan dan mencarum kepada skim seperti PRS yang merupakan skim simpanan dan pelaburan jangka masa panjang yang boleh membantu orang ramai ketika nak bersara nanti.

Bagaimana Nak Tangani Kenaikan Inflasi Dan Kadar Faedah?

retirement

Kita boleh lakukannya dengan menyemak semula tabiat perbelanjaan dan membezakan di antara keperluan dan kehendak. Sekiranya inflasi menyebabkan sukar untuk kita berbelanja mengikut bajet, ambil masa untuk menyemak semula aliran tunai anda.

Dengan kenaikan kadar faedah, ianya akan menyebabkan perbelanjaan kita berkurang dan harapnya ia boleh membantu kita untuk menyimpan. Tak banyak yang kita boleh lakukan untuk mengurangkan perbelanjaan, mungkin sudah tiba masanya kita mencari pendapatan sampingan dengan melakukan kerja sambilan.

Selain daripada menyimpan secara konsisten ke dalam tabung persaraan, kita juga perlu simpan ke dalam tabung kecemasan. Sekiranya keadaan mendesak, kita boleh mengaksesnya. Kajian menunjukkan bahawa mereka yang mempunyai dana kecemasarn tidak akan sentuh simpan persaraan mereka.

Untuk bersara dengan selesa, kita perlu ada mindset ‘simpan sebelum belanja’. Asingkan jumlah tertentu untuk menyimpan sebelum gunakannya untuk tujuan perbelanjaan,” pesan Husaini lagi.

Kerana kita mungkin tidak mempunyai apa-apa untuk simpan sekiranya kita tidak mengasingkannya dari awal lagi. Lagi satu pertimbangan adalah dengan mengamalkan konsep ‘bersusah-susah dahulu, bersenang-senang kemudian’.

Mula melabur serendah RM100 menerusi perkhidmatan PPA PRS Online hari ini dan berpeluang untuk menang hadiah daripada PRS sepanjang pertandingan #ISaveinPRS Treats sehingga 20 Disember 2022. Untuk maklumat lanjut, layari https://www.ppa.my/isaveinprstreatscontest/.

Join our Telegram to get the latest from Smart Investor
Facebook
Twitter
LinkedIn
WhatsApp
Telegram

Recent Posts

Related Posts

Smart Investor Newsletter

Get Our Latest Articles And More Delivered To Your Inbox!