“Selamat datang tuan. Nak bayar pakai apa? Kami terima wang tunai, kad dan e-dompet. Untuk e-dompet, kami terima Boost, GrabPay, Touch ‘n Go…”
Biasa dengar tak ayat di atas? Ianya merupakan senario yang biasa kita hadapi, di mana kita ada banyak pilihan untuk buat bayaran, walaupun kita mungkin tak banyak duit sangat pun.
Dengan kemajuan e-dompet, ianya telah menyebabkan perbelanjaan kita banyak berubah.
3 E-Dompet Paling Popular Di Malaysia
Dengan adanya pelbagai bantuan daripada pihak kejaraan seperti e-Tunai dan e-Penjana, maka semakin ramai Malaysia yang semakin celik tentang e-dompet ini dan mula memilikinya.
Jom berkenalan dengan tiga e-dompet yang paling popular di Malaysia iaitu Boost, GrabPay dan Touch ‘n Go.
Boost
- Disokong oleh Kumpulan Axiata
- Merupakan perintis di dalam pasaran e-dompet di Malaysia
- Diterima oleh peniaga UnionPay QR
- Pelbagai program yang menawarkan Hadiah dan Cashback
GrabPay
- Disokong oleh Grab
- Memanfaatkan ekosistem Grab seperti GrabFood, GrabRide dan perkhidmatan lain yang berkaitan
- Usahasama dengan Maybank untuk kegunaan pelbagai platform
- Perolehi Mata Ganjaran GrabRewards untuk setiap transaksi
Touch ‘n Go E-Dompet
- Disokong oleh Alipay dan Touch ‘n Go
- Mempunyai jutaan pelanggan kad Touch ‘n Go sedia ada
- PayDirect: hubungkan kad Touch ‘n Go dan bayar tol secara terus menggunakan baki e-dompet anda di lebuhraya terpilih
- Jaminan wang dikembalikan: bayaran balik sepenuhnya dalam masa lima hari bekerja sekiranya e-dompet anda tersalah caj
Sekarang kita tengok pula manfaat e-dompet.
1. Mudah dan Selamat
Apabila anda keluar rumah, apakah perkara utama yang anda akan bawa? Dompet atau telefon?
Secara jujurnya, kadangkala saya terlupa nak bawa dompet, tetapi tak pernah tertinggal telefon saya.
Kita amat bergantung kepada telefon pintar dan penerimaan yang tinggi di kalangan peniaga, kita boleh buat bayaran dengan mudah tanpa menggunakan wang tunai.
Keselamatan bayaran secara digital merupakan kerisauan bagi ramai orang, tetapi data di dalam e-dompet adalah disulitkan (encrypted) dan ada yang memberi jaminan pulangan wang bagi memastikan keselamatan ketika menggunakan perkhidmatan mereka.
Anda juga boleh kata bahawa e-dompet mampu mengurangkan kes kecurian, yang sering berlaku dengan wang tunai.
2. Penjejak Perbelanjaan Yang Mudah
Salah satu cara untuk mengawal perbelanjaan adalah dengan tahu berapa banyak duit keluar masuk. Dengan adanya e-dompet, anda tahu semua transaksi yang berlaku kerana ianya dicatat.
Kini anda tidak akan lupa ke mana anda belanjakan duit anda lagi. Mencatat perbelanjaan adalah tabiat yang baik, dan membolehkan anda tahu cara anda berbelanja dan membolehkan anda memperbaiki tahap kewangan peribadi.
3. Promosi Dan Ganjaran
Memiliki banyak e-dompet pastinya akan memeningkan, tetapi ianya menguntungkan kita sebagai pengguna. Kesemua e-dompet mempunyai ganjaran mereka tersendiri, terpulang kepada kita untuk memanfaatkannya sebaik mungkin.
- Boost membolehkan anda memperolehi BoostUp bagi setiap transaksi dan menukarnya kepada hadiah
- Mata ganjaran GrabRewards mempunyai ciri yang boleh dipanjangkan tempohnya bererti sistem mata ganjaran tanpa sebarang tempoh tamat (setiap mata yang diperolehi apabila melakukan sebarang tansaksi akan memanjangkan tarikh luput point GrabRewards ke hari terakhir bulan ketiga yang mendatang)
- Ganjaran e-dompet Touch n’ Go membolehkan anda menerima baucar pulangan tunai (cashback) daripada peniaga terpilih
Semua pemain e-dompet akan berkolaborasi dengan peniaga untuk menawarkan promosi menarik kepada pengguna untuk meningkatkan penguasaan mereka di dalam pasaran.
Carilah yang mana satu boleh memberikan manfaat untuk aktiviti yang biasa dilakukan seperti mengisi minyak, membeli barang daput atau membayar bil-bil utiliti.
Tetapi jangan pula jadikan promosi ini sebagai alasan untuk berbelanja lebih banyak.
4. Pembantu Peribadi
Nak bayar bil utiliti? Gunakan saja e-dompet!
Nak top-up kredit telefon? Gunakan saja e-dompet!
Nak hantar duit kepada keluarga atau kawan? Gunakan saja e-dompet!
Kegunaan e-dompet meningkat setiap hari, bukan sekadar platform untuk menghantar atau menerima wang. Ianya boleh digunakan untuk membayar parking, bayar bil utiliti, beli barang dapur dan bermacam-macam lagi.
Pastinya kegunaan e-dompet di masa depan akan bertambah.
Nak Kurangkan Perbelanjaan Digital?
Bagi sesetengah orang, bayaran secara digital menggunakan e-dompet boleh menyebabkan anda terlebih belanja disebabkan betapa mudah menggunakannya. Berbanding dengan perlu mengira wang kertas dengan tangan, pembelian biasa pada kebiasaannya memerlukan anda meleret kad kredit atau imbas e-dompet.
Daripada menyalahkan teknologi, sebaliknya kita yang perlu mengawal tabiat berbelanja.
1. Tetapkan Had Setiap Perbelanjaan
Bagi mengelakkan terlebih belanja, anda perlu tahu berapa banyak anda ada dan berapa bajet bulanan anda.
Sebagai contoh, katakanlah bajet perbelanjaan anda adalah sebanyak RM500, anda hanya masukkan nilai RM500 ke dalam e-dompet anda dan pastikan ianya mamput bertahan sehingga hujung bulan. Sekiranya baki tersebut habis sebelum tempoh sebulan, anda tahu anda perlu perbaiki tabiat belanja.
Jangan top-up sehingga bulan akan datang sebagai perintangan kepada anda untuk berbelanja mengikut bajet.
2. Hanya Top-up Menggunakan Akaun Bank Atau Kad Debit
Saya faham ramai orang berkata bahawa kita sepatutnya memanfaatkan kelebihan top-up akaun e-dompetn anda menggunakan kad kredit, agar kedua-duanya pun anda akan dapat mata ganjaran. Tetapi daripada kaca mata seorang perancang kewangan berlesen, ianya tidak sesuai bagi seseorang yang baru hendak mula mengurus perbelanjaan.
Hanya gunakan cara ini sekiranya anda yakin dengan perancangan kewangan anda. Jika tidak, jangan ‘pinjam’ wang daripada kad kredit untuk menyokong tabiat berbelanja anda menggunakan e-dompet.
Mengenai Penulis
Ocean Pon merupakan seorang Perancang Kewangan Berlesen dan gemar membantu anak muda membuat keputusan kewangan yang lebih bijak bagi mencawai kebebasan kewangan. Beliau boleh dihubungi di oceanpon@finwealth.com.my
Kami di Smart Investor dan Finwealth komited untuk bantu anda mengurus kewangan dengan lebih baik. Dapatkan sesi rundingan daripada seorang pakar secara percuma, dengan mengisi butiran anda di sini: https://www.smartinvestor.com.my/SIxFinwealth