Smart Investor Malaysia

Previous
Next

Apa Itu Pelaburan PRS Dan Bagaimana Nak Mula Melabur PRS?

Facebook
Twitter
LinkedIn
WhatsApp
Telegram

Pernah dengar tak PRS atau Private Retirement Scheme? Dalam Bahasa Melayu ianya dikenali sebagai Skim Persaraan Swasta.

Jom kita berkenalan dengan pelaburan PRS dan cara-cara nak mula melabur PRS ini.

Apa Itu PRS?

Pelaburan PRS ditawarkan dan diurus oleh Penyedia PRS dan dipantau oleh Suruhanjaya Sekuriti Malaysia. Seperti namanya, PRS adalah skim pelaburan jangka masa panjang secara sukarela yang dapat bantu anda melabur untuk persaraan. Mula diperkenalkan pada tahun 2021, ianya bertujuan untuk menggalakkan orang ramai membuat pelaburan PRS untuk meningkatkan simpanan persaraan.

Anda hanya boleh membuat pengeluaran daripada pelaburan PRS apabila anda capai umur persaraan. Anda dibenarkan untuk membuat pengeluaran separa, tetapi akan dikenakan penalti.

Caruman di dalam pelaburan PRS adalah secara sukarela sepenuhnya. Ianya tersedia untuk semua rakyat Malaysia, sama ada yang makan gaji atau bekerja sendiri, bagi menambah simpanan persaraan di dalam persekitaran yang tersusun dan terkawal.

Setiap pelaburan PRS menawarkan dana persaraan yang anda boleh pilih berdasarkan keperluan persaraan, sasaran dan toleransi risiko.

Baca: Kenapa Kita Perlu Rancang Persaraan?

Kenapa Pelaburan PRS?

Melabur ke dalam PRS adalah penting, kerana:

Direka untuk persaraan

Skim PRS ditubuhkan untuk membantu para pelabur menambah simpanan persaraan, dan ada banyak pilihan pelaburan yang sesuai untuk setiap sasaran dan keperluan yang tersendiri.

Pelaburan yang mudah

Sesiapa saja boleh melabur ke dalam PRS. Ada banyak pilihan Penyedia PRS yang mempunyai dana-dana tersendiri.

Simpanan mampu milik

Sumbangan minima bergantung kepada Penyedia PRS. Dengan fleksibiliti yang ditawarkan pelaburan PRS, ini bermakna kurang tekanan untuk anda tetapkan jumlah pelaburan tertentu. Tetapi ingat, lebih banyak anda simpan, lebih tinggi potensi pulangan.

Insentif cukai

Buat masa sekarang, pelaburan PRS bukan saja untuk masa depan. Tetapi untuk jangka masa pendek, anda berpeluang menikmati pelepasan cukai peribadi tahunan sehingga RM3,000, selagi mana anda melabur ke dalam PRS (pelepasan cukai ini sehingga tahun 2025). Keuntungan yang dijana PRS ini juga dikecualikan daripada cukai.

Baca: Hidup Tanpa Hutang vs Simpan Untuk Persaraan

Pertimbangkan Faktor Ini Sebelum Nak Melabur PRS

Sebelum nak buat pelaburan PRS, anda perlu pertimbangkan beberapa faktor seperti umur, pendapatan peribadi dan keluarga, toleransi risiko, objektif persaraan dan kesesuaian dengan dana-dana berbeza yang ditawarkan dalam pelaburan PRS.

Anda boleh rujuk gambar di bawah sebelum nak melabur ke dalam PRS. Anda kena ingat, setiap daripada kita adalah berbeza, sebaiknya anda mendapat khidmat pakar sekiranya anda mempunyai sebarang soalan.

Objektif

Berdasarkan sasaran anda, anda boleh pilih untuk melabur untuk mengembangkan dana, menjana pendapatan, atau kedua-duanya sekali.

Peringkat hidup

Semakin hampir anda dengan umur persaraan, anda perlu fokus kepada pelaburan yang boleh beri pendapatan yang berterusan. Manakala anak muda perlu lihat kepada pelaburan yang berpotensi tinggi untuk berkembang.

Toleransi risiko

Pelabur yang boleh berdepan dengan risiko yang lebih besar adalah mereka yang mempunyai pandangan jangka masa panjang dan boleh hadapi sebarang keadaan pasaran. Mereka yang inginkan kestabilan adalah kebiasaannya mereka yang hampir nak bersara, oleh itu mereka akan beroleh manfaat dalam pelaburan yang mampu menjaga modal pelaburan.

Sedikit tambahan, adalah penting untuk anda menyemak semula pelaburan PRS anda dengan kerap. Semakin lama anda melabur, keperluan anda mungkin berubah. Pastikan portfolio PRS anda sesuai dengan toleransi risiko dan objektif pelaburan anda.

Baca: Bagaimana Nak Bersara Dengan Selesa?

Risiko Pelaburan Dalam PRS

Pelaburan ke dalam PRS bukanlah tanpa risiko. Anda terdedah dengan risiko pelaburan, oleh itu kenali diri anda terlebih dahulu.

Risiko pelaburan PRS biasanya terdapat di dalam PRS’ Disclosure Document and Product Highlights Sheet (PHS).

Bagaimana Nak Mula Melabur PRS?

Perjalanan anda dalam pelaburan PRS boleh dimulakan dengan empat langkah mudah:

1. Pilih Penyedia PRS

2. Pilih dana yang sesuai

3. Buka akaun PRS

4. Tambah dana secara konsisten

Kata-Kata Akhir Tentang Pelaburan PRS

Dengan perancangan yang rapi, PRS merupakan satu alat yang boleh bantu anda mengembangkan dana persaraan. Dengan disiplin dan melabur secara bijak, anda pasti mampu membina dana persaraan yang baik apabila anda bersara kelak.

Baca: 3 Cara Nak Capai Bebas Kewangan

Join our Telegram to get the latest from Smart Investor
Facebook
Twitter
LinkedIn
WhatsApp
Telegram

Recent Posts

Related Posts

Smart Investor Newsletter

Get Our Latest Articles And More Delivered To Your Inbox!

Are you sure want to unlock this post?
Unlock left : 0
Are you sure want to cancel subscription?