Smart Investor Malaysia

Previous
Next

Analisis Teknikal VS Analisis Fundamental

Facebook
Twitter
LinkedIn
WhatsApp
Telegram

Bagi mereka yang terlibat dalam pelaburan saham, salah satu persoalan hangat yang sering diperkatakan adalah mengenai analisis teknikal vs analisis fundamental. Ketika saya masih seorang dealer derivatif, ada pelanggan yang suka baca berita, manakala ada pula yang suka menulis carta.

Tetapi kedua-duanya analisis teknikal dan analisis fundamental mempunyai kelebihan tersendiri di dalam menjangka pergerakan harga dalam pasaran.

Jom kita saksikan, analisis teknikal vs analisis fundamental, yang mana lagi padu?

Baca: Pelaburan Terbaik 2023: Menjelang Kegawatan Ekonomi

Apa Itu Analisis Teknikal?

Analisis teknikal merujuk kepada strategi tindakan harga. Pelabur atau pedagang kemudiannya akan menilai permintaan dan penawaran serta membaca corak trend harga, indikator dan oscillator; kemudian membuat keputusan sentimen pasaran pada masa akan datang.

Apa Itu Analisis Fundamental?

Analisis fundamental merujuk kepada seseorang itu menganalisa maklumat yang diperolehi daripada berita dan laporan. Pelabur akan membuat analisis berdasarkan maklumat yang ada dan cuba untuk meneka arah pergerakan harga sesuatu saham atau aset.

Berdasarkan kepada definisi analisis teknikal vs analisis fundamental, yang manakah lebih sesuai dan kenapa?

Baca: Adakah Pelaburan Risiko Tinggi Sesuai Untuk Saya?

Kesan Berita Kepada Pasaran Kewangan

Sebarang berita yang keluar akan memberikan kesan kepada pasaran kewangan. Sekumpulan pasaran akan terima berita yang sama, tetapi para pelabur dan pedagang akan memberikan tindakbalas yang berbeza-beza. Kita ambil contoh berita COVID-19, ianya memberikan kesan yang buruk kepada sentimen pasaran tetapi kesannya kepada pasaran kewangan di negara maju adalah berbeza jika nak dibandingkan dengan pasaran membangun.

Oleh itu, seorang pelabur perlu tahu bagaimana harga saham atau aset di dalam portfolio mereka itu bergerak. Apakah yang menyebabkan harganya naik, turun mahupun mendatar.

Di dalam fasa kedua, aset tersebut akan memberi kesan kepada aset atau pasarn lain pula. Kemudian, apabila tiada sebarang berita namun harga terus bergerak, ianya dikenali sebagai tahap turun naik pasaran atau volatility.

Baca: Pelaburan Patuh Syariah Terbaik, Di Mana Nak Melabur?

Analisis Teknikal VS Analisis Fundamental

Untuk membuat keputusan di dalam analisis teknikal vs analisis fundamental nak guna yang mana, pelabur perlu faham tentang portfolio mereka seperti tahap sensitiviti terhadap berita dan pergerakan pasaran yang saling berkait. Sebagai contoh, sekiranya pasaran saham Amerika Syarikat naik, maka pasaran saham global yang lain dijangka akan ikut naik. Begitu juga halnya dengan emas dan perak, jika harga emas jatuh maka harga perak dijangka akan jatuh juga.

Nak guna analisis fundamental, kita memerlukan tahap pengetahuan yang baik dalam sensitiviti portfolio. Contoh terbaik adalah nilai beta saham kepada indeks. Analisis fundamental adalah cara terbaik untuk digunakan pada tahap pertama dan kedua.

Sesetengah pasaran komoditi seperti niaga hadapan tenaga dan pertanian pula bergantung kepada laporan EIA dan USDA. Mereka akan memaparkan berapa jumlah pengeluaran dan permintaan secara berkala, yang akan memberikan kesan kepada harga akan datang bagi komoditi tersebut.

Baca: 4 Kesilapan Pelabur Saham Yang Biasa Dilakukan

Dalam contoh ini, digalakkan untuk guna analisis fundamental untuk menentukan sentimen pasaran, kemudian guna analisis teknikal untuk menentukan masa terbaik untuk beli dan jual.

Kedua-dua analisis teknikal dan analisis fundamental adalah teknik yang boleh digunakan dalam dunia pelaburan dan perdagangan. Par pelabur perlu menilai sentimen pasaran berdasarkan berita, dan menentukan harga beliau dengan melihat kepada carta harga. Anda perlu tahu bahawa tidak kira trend menaik atau menurun, harga tidak akan bergerak secara linear.

Perlu ada fasa pembetulan, anjakan, lantunan dan pembalikan di sebalik sebarang trend utama yang berlaku. Berita akan menentukan trend utama, tetapi motivasi seseorang pembeli atau penjual yang akan menentukan dinamik pergerakan harga.

Dalam isu analisis teknikal vs analisis fundamental, yang mana satu anda suka? Katanya sekiranya anda seorang pelabur, maka anda lebih banyak guna analisis fundamental. Sebaliknya jika anda seorang pedagang, maka anda lebih banyak guna analisis teknikal. Atau nak guna kedua-dua analisis teknikal dan analisis fundamental sekali?

Baca: Kepelbagaian Dalam Pelaburan

Mengenai Penulis

Dr. Ahmad Danial merupakan seorang Certified Financial Technician (CFTe). Beliau mempunyai pengalaman lebih daripada 10 tahun di dalam pasaran kewangan. Beliau merupakan pakar di dalam penularan kewangan, perdagangan saham dan derivatif, penemuan harga, strategi lindung nilai, Ekonofizik dan analisis teknikal. Beliau kini merupakan Pengarah Bersekuti, Dagangan Derivatif Ekuiti, Perbendaharaan dan Pasaran Kumpulan, CIMB Investment Bank.

Join our Telegram to get the latest from Smart Investor
Facebook
Twitter
LinkedIn
WhatsApp
Telegram
Previous
Next

Recent Posts

Related Posts

Smart Investor Newsletter

Get Our Latest Articles And More Delivered To Your Inbox!