Smart Investor Malaysia

Previous
Next

Ambil Tahu 3 Perkara Ini Sekiranya Nak Buat Pinjaman Beli Kereta

Facebook
Twitter
LinkedIn
WhatsApp
Telegram

Di Malaysia, kereta dilihat sebagai satu keperluan. Bagi kebanyakan orang, pinjaman beli kereta boleh menyebabkan seseorang itu terjerumus ke dalam neraka wang.

Untuk itu, kita perlu memahami beberapa perkara tersebut terlebih dahulu.

1. Kereta Dan Nilainya

Nilai kereta akan berkurang semakin tua usianya. Tidak kira sama ada anda beli dengan wang tunai atau buat pinjaman beli kereta.

Lebih tinggi anda bayar untuk beli kereta, lebih banyak anda akan rugi. Sama ada anda beli secara tunai atau buat pinjaman beli kereta selama 3 tahun, 7 tahun atau 9 tahun sekalipun, nilai kereta tersebut akan jatuh pada kadar yang sama.

Pembeli kereta terpakai anda tidak kisah pun sekiranya masih ada baki pinjaman beli kereta. Mereka takkan bayar lebih kerana anda tidak mempunyai hutang. Tetapi mereka mungkin akan bayar lebih sekiranya kereta tersebut dijaga dengan baik.

Maka anda taknak rugi banyak, beli saja kereta yang murah. Beli jenama yang harganya turun sedikit berbanding jenama lain yang jatuh banyak.

Atau tak perlu beli kereta sekiranya tidak perlu. Dan beli kereta yang memenuhi keperluan anda hari ini.

Saya tengok ramai pasangan yang baru mempunyai seorang bayi dah pakai MPV yang boleh muat sehingga 7 orang. Kononnya siap sedia awal bila semakin ramai anak nanti.

Anda sebenarnya boleh berjimat dengan membeli kereta dengan harga yang lebih rendah yang memenuhi keperluan semasa, atau beli kereta yang tidak menyusut nilai dengan begitu cepat.

Baca: 7 Langkah Ke Arah Perancangan Kewangan Peribadi Yang Mantap

2. Bagaimana Nak Biaya Pinjaman Beli Kereta?

buying a car

Dah buat senarai pendek kereta yang anda ingin beli? Seterusnya kita kena ambil tahu bagaimana nak biaya pinjaman beli kereta tersebut.

Jawapan pendek: Ianya bergantung kepada kadar pulangan pelaburan anda.

Sekiranya anda mempunyai RM30,000 di dalam akaun simpanan tetap yang memberikan pulangan 2%-3% setahun, maka lebih baik gunakan simpanan tersebut untuk membeli kereta. Ini kerana kadar pinjaman kereta adalah dalam lingkungan 4%-5% setahun.

Sebaliknya jika anda memiliki saham yang memberikan kadar dividen 8% secara konsisten setiap tahun, maka lebih baik anda buat pinjaman beli kereta selama yang mungkin (sembilan tahun). Ini kerana anda masih menjana pulangan yang positf (8% dividen saham – 5% kadar faedah kereta).

Seorang pelabur bijak yang mampu menjana pulangan yang lebih tinggi berbanding 4%-5% yang dikenakan oleh pihak bank, maka tiada masalah untuk mengambil pinjaman beli kereta jangka masa panjang.

Baca: Pelaburan Patuh Syariah Terbaik, Di Mana Nak Melabur?

3. Debt Service Ratio (DSR)

Katakan anda buat keputusan untuk beli kereta dengan instalment bulanan sekitar RM1,000, dengan anda mempunyai pendapatan RM5,000 sebulan, ianya bersamaan 20% daripada pendapatan bulanan anda. Ini bermakna DSR anda 20%, sekiranya anda tidak mempunyai apa-apa hutang lain.

Tetapi sekiranya anda mempunyai komitmen lain seperti pinjaman pembelajaran PTPTN, hutang peribadi, hutang kad kredit, maka anda perlu beri perhatian kepada DSR anda selepas beli kereta tersebut.

Sebagai contoh:

Sebelum beli kereta

= (Komitmen hutang sedia ada / Pendapatan bulanan) x 100%

= (RM500 / RM5,000) x 100%

= 10%

Selepas beli kereta

= (Komitmen hutang sedia ada + Hutang kereta / Pendapatan bulanan) x 100%

= (RM500 + RM1,000 / RM5,000) x 100%

= 30%

Apakah Kesannya?

Pertama, pengiraan DSR akan menentukan sama ada kita benar-benar mampu nak buat pinjaman beli kereta. Sebagai contoh, sekiranya DSR selepas membeli kereta di atas 40%, maka kita perlu pertimbangkannya semula. Anda mungkin berdepan dengan kesukaran sekiranya berlaku perkara tidak diingini seperti kehilangan pekerjaan.

Kedua, adakah anda bercadang nak beli rumah untuk didiami atau tujuan pelaburan dalam masa beberapa tahun yang akan datang?

Ramai orang tak tahu bahawa instalment bulanan RM1,000 untuk pinjaman kereta bernilai RM80,000 adalah bersamaan RM200,000 untuk beli rumah.

Lebih-lebih lagi anda akan memperuntukkan RM1,000 sebulan untuk aset yang semakin menyusut nilainya, sedangkan anda berpeluang untuk beli rumah berharga RM200,000 yang boleh mendatangkan pendapatan dalam bentuk sewa dan akan meningkat nilainya di masa hadapan.

Mesti tak pernah terfikir sebelum ini kan?

Baca: Hidup Tanpa Hutang vs Simpan Untuk Persaraan

Tentang Penulis

Artikel ini ditulis bersama KC Lau dan Ian Tai.

Join our Telegram to get the latest from Smart Investor
Facebook
Twitter
LinkedIn
WhatsApp
Telegram

Recent Posts

Related Posts

Smart Investor Newsletter

Get Our Latest Articles And More Delivered To Your Inbox!

Are you sure want to unlock this post?
Unlock left : 0
Are you sure want to cancel subscription?