Smart Investor Malaysia

Previous
Next

Amanah Saham Terbaik Di Malaysia

Facebook
Twitter
LinkedIn
WhatsApp
Telegram

Rakyat Malaysia memang gemar melabur ke dalam amanah saham. Tetapi dengan banyak pilihan yang ada, mana satukah amanah saham terbaik di Malaysia?

Jom kita lihat beberapa amanah saham terbaik yang ada seperti berikut:

Sumber: FSMOne Recommended Unit Trusts Awards 2022/2023

Ada 44 kategori semuanya di dalam senarai amanah saham terbaik di Malaysia. Ianya terbahagi kepada lima kategori:Core Equity, Core Fixed Income, Balanced, Supplementary Portfolio dan Private Retirement Scheme (PRS).

Pemenang untuk kategori Core Equity – Global, jatuh kepada Manulife Global Thematic Fund dari Manulife Investment Management (M) Berhad.

Seterusnya pemenang bagi kategori Core Equity – Global, dimenangi oleh Manulife Global Thematic Fund dari Manulife Investment Management (M) Berhad.

Kategori Core Equity – Global (Islamic) pula dimenangi oleh abrdn Islamic World Equity Fund dari abrdn Islamic Malaysia Sdn Bhd.

Core Equity – Global Emerging Markets dimenangi oleh Eastspring Investments Global Emerging Markets Fund dari Eastspring Investments Berhad.

Dua pemenang bagi kategori Core Equity – Asia ex-Japan, satu dimenangi oleh Affin Hwang Select Asia Pacific (ex Japan) Dividend Fund dari Affin Hwang Asset Management Berhad dan satu lagi dimenangi Principal Asia Pacific Dynamic Growth Fund dari Principal Malaysia.

Bagi kategori Core Equity – Asia ex-Japan (Islamic) juga ada dua pemenang, iaitu Affin Hwang Aiiman Asia (ex Japan) Growth Fund dari Affin Hwang Asset Management Berhad dan Principal Islamic Asia Pacific Dynamic Equity Fund dari Principal Malaysia.

Di dalam kategori Core Equity – Malaysia pula, dua pemenangnya adalah Affin Hwang Equity Fund dari Affin Hwang Asset Management Berhad dan KAF Tactical Fund dari KAF Investment Funds Berhad.

Seterusnya kita ada kategori Core Equity – Malaysia (Islamic) yang mempunyai dua pememang juga: Affin Hwang Aiiman Growth Fund dari Affin Hwang Asset Management Berhad dan PMB Shariah Premier Fund dari PMB Investment Berhad.

Beralih kepada Core Fixed Income, bagi kategori Core Fixed Income – Malaysia dimenangi oleh dua amanah saham: KAF Bond Fund dari KAF Investment Funds Berhad dan Manulife Investment Bond Fund dari Manulife Investment Management (M) Berhad.

Bagi kategori Core Fixed Income – Malaysia (Islamic), ianya dimenangi oleh AmanahRaya Syariah Trust Fund dari AmanahRaya Investment Management Sdn Bhd.

Kita beralih pula ke kategori Balanced, dengan Balanced – Global dimenangi oleh RHB Asset Management Sdn Bhd dengan dana RHB Global Allocation Fund.

Pemenang Balanced – Asia ex-Japan adalah Principal Asia Pacific Dynamic Mixed Asset Fund dari Principal Malaysia.

Kategori Balanced – Malaysia dimenangi oleh Affin Hwang Select Balanced Fund dari Affin Hwang Asset Management Berhad.

Akhir sekali, Pheim Unit Trusts Berhad telah memenangi Balanced – Malaysia (Islamic) dengan Dana Makmur Pheim.

Di bawah Supplementary Portfolio pula, pemenang bagi Sub Regional Equity – ASEAN adalah Principal ASEAN Dynamic Fund dari Principal Malaysia.

Kategori Sub Regional Equity – ASEAN (Islamic) pula dimenangi oleh ASEAN Equity Fund dari Saturna Sdn Bhd.

Seterusnya bagi kategori Sub Regional Equity – Greater China, ianya dimenangi oleh Principal Malaysia dengan dana Principal Greater China Equity Fund.

Sub Regional Equity – Greater China (Islamic) pula dimenangi oleh Eastspring Investments Dinasti Equity Fund dari Eastspring Investments Berhad.

Kategori Sub Regional Equity – Europe dimenangi oleh Europe Equity Growth dari AmFunds Management Berhad.

Bagi kategori Single Country Equity – US winner, pemenangnya adalah Manulife Investment U.S. Equity Fund dari Manulife Investment Management (M) Berhad.

Kategori Single Country Equity – China dimenangi oleh RHB Asset Management Sdn Bhd dengan dana RHB Big Cap China Enterprise Fund.

Seterusnya kita ada kategori Single Country Equity – Japan yang dirangkul oleh Affin Hwang Asset Management Berhad dengan Affin Hwang World Series – Japan Growth Fund.

Manakala kategori Single Country Equity – Singapore pula dimenangi oleh Singapore Dividend Equity Fund dari Nikko Asset Management Asia Limited.

Kemudian kita ada The Sector Equity – Asia ex-Japan Small to Medium Companies, pemenangnya adalah Affin Hwang Select Asia (ex Japan) Quantum Fund dari Affin Hwang Asset Management Berhad.

Bagi kategori Sector Equity – Malaysia Small to Medium Companies pula, ianya dirangkul oleh KAF Investment Funds Berhad dengan dana KAF Vision Fund.

Sector Equity – Malaysia Small to Medium Companies (Islamic) dimenangi oleh Kenanga Investors Berhad dengan Kenanga Shariah Growth Opportunities Fund.

Kenanga Investors Berhad juga menang bagi kategori Sector Equity – Malaysia Focused dengan dana Kenanga Growth Fund Series 2.

Pemenang bagi kategori Sector Equity – Global ESG (Water Theme) adalah Manulife Investment Management (M) Berhad dengan Manulife Global Aqua Fund.

Di bawah kategori Sector Equity – Global Healthcare category pula, pemenangnya adalah Manulife Global Healthcare Fund dari Manulife Investment Management (M) Berhad.

TA Investment Management Berhad menang bagi kategori Sector Equity – Global Technology dengan TA Global Technology Fund.

Manakala Maybank Asset Management Sdn Bhd merangkul kategori Fixed Income – Global (Islamic) dengan MAMG Global Income-I Fund.

Kategori Fixed Income – Asia ex-Japan mempunyai dua pemenang: Affin Hwang Asset Management Berhad dengan Affin Hwang Select Bond Fund dan AmFunds Management Berhad dengan AmTactical Bond.

Di bawah kategori Fixed Income – Emerging Markets pula, RHB Asset Management Sdn Bhd muncul juara dengan RHB Emerging Markets Bond Fund.

Seterusnya kita ada Fixed Income – Malaysia (Short Duration) yang menyaksikan AmFunds Management Berhad menang dengan AmIncome Plus.

Manakala bagi kategori Fixed Income – Malaysia with Foreign Exposure, AmFunds Management Berhad memenanginya menerusi dana AmDynamic Bond.

Beralih pula kepada Private Retirement Scheme (PRS), ada empat kategori kesemuanya. Affin Hwang Asset Management Berhad merangkul Private Retirement Scheme – Moderate dengan Affin Hwang PRS Moderate Fund.

Manakala AIA Pension and Asset Management Sdn Bhd menang di dalam kategori Private Retirement Scheme – Growth dengan AIA PAM – Growth Fund.

Private Retirement Scheme – Moderate (Islamic) pula dimenangi oleh Manulife Investment Management (M) Berhad dengan dana Manulife Shariah PRS-Moderate Fund.

Terakhir sekali, Manulife Investment Management (M) Berhad memenangi Private Retirement Scheme – Growth (Islamic) dengan Manulife Shariah PRS-Growth Fund.

Bagaimana Amanah Saham Terbaik Ini Dipilih?

Kesemua pememang dipilih berdasarkan pemilihan yang ketat berdasarkan kepada kriteria kuantitatif dan kualitatif. Ianya dinilai berdasarkan prestasi, nisbah perbelanjaan dan risiko.

Boleh rujuk metodologi pemilihan amanah saham terbaik engan lebih mendalam di sini.

Kesimpulannya, pastikan anda tahu toleransi risiko, jangka masa dan modal yang anda ingin laburkan. Ini kerana sesuatu amanah saham sesuai dengan saya, tetapi ianya mungkin tidak berapa sesuai dengan anda atau orang lain.

Join our Telegram to get the latest from Smart Investor
Facebook
Twitter
LinkedIn
WhatsApp
Telegram

Recent Posts

Related Posts

Smart Investor Newsletter

Get Our Latest Articles And More Delivered To Your Inbox!