Smart Investor Malaysia

Previous
Next

Adakah Pelaburan Risiko Tinggi Sesuai Untuk Saya?

Facebook
Twitter
LinkedIn
WhatsApp
Telegram

Kebanyakan pelabur biasa dengar konsep ‘high risk high return’ atau ‘pelaburan risiko tinggi pulangan tinggi’. Secara teorinya, lebih tinggi risiko yang diambil, maka lebih tinggi potensi pulangan dalam pelaburan tersebut. Lebih rendah risiko yang sanggup diambil, maka rendahlah pulangan yang akan diterima.

Pelaburan risiko tinggi datang dalam pelbagai bentuk. Contoh pelaburan risiko tinggi adalah mata wang kripto, pasaran niaga hadapan, memulakan perniagaan dan banyak lagi. Potensi pulangan dalam pelaburan risiko tinggi ini adalah tinggi, tetapi kena ingat bahawa peluang untuk rugi adalah tinggi juga.

investment

Baca: Pelaburan Patuh Syariah Terbaik, Di Mana Nak Melabur?

Sebagai seorang pelabur, anda perlu melihat gambaran keseluruhan dan tahu apakah objektif dan tempoh pelaburan. Beberapa contoh objektif pelaburan yang biasa:

  • Menjana pendapatan pasif
  • Perancangan persaraan
  • Pendidikan tinggi anak-anak
  • Membeli hartanah

Tetapi sebelum melabur, tanya dulu tiga perkara ini:

  1. Anda melabur untuk apa?
  2. Sanggup tak nak rugi?
  3. Adakah untuk jangka masa pendek (1-3 tahun), jangka masa sederhana (5-10 tahun) atau jangka masa panjang (>10 tahun)?

Objektir pelaburan yang berbeza dapat menentukan sama ada pelaburan risiko tinggi adalah sesuai untuk anda. Sebagai contoh, seorang pesara lebih risau untuk mengekalkan kekayaan yang telah dikumpul berbanding merisikokan modal.

Beliau akan fokus di dalam memastikan kekayaan yang terkumpul adalah cukup untuk mengekalkan gaya hidup yang diingini sepanjang hayatnya berbanding melabur untuk mendapatkan pulangan yang lebih tinggi. Maka, pelaburan risiko tinggi adalah tidak sesuai.

Contoh lain adalah pendidikan tinggi anak-anak. Anda tidak mahu mengambil risiko yang tinggi kerana sebarang kejatuhan nilai pelaburan disebabkan pergerakan turun naik pasaran boleh mengakibatkan anak anda lambat masuk belajar, atau lebih buruk lagi, ianya tidak cukup untuk mereka sambung belajar.

Baca: Pilih Masa Terbaik Untuk Melabur

Adakah Pelaburan Risiko Tinggi Sesuai Untuk Saya?

Berbalik kepada persoalan yang bermain di minda, pelaburan risiko tinggi boleh bantu mengembangkan kekayaan seseorang. Tetapi anda perlu faham risiko yang terlibat dan membuat keputusan sama ada ianya selari dengan objektif pelaburan anda. Akhir sekali, jangan letakkan semuanya ke dalam satu bakul bagi meminimumkan risiko ke atas modal.

Harus diingat bahawa profail risiko, komitmen dan keperluan anda mungkin berubah dan anda perlu menyesuaikan portfolio anda dan pendedahan terhadap pelaburan risiko tinggi.

Ada beberapa strategi yang anda boleh gunakan untuk mengurus portfolio anda, meminimumkan risiko di samping menawarkan pulangan yang menarik. Jika ini sesuatu yang sukar untuk anda lakukan seorang diri, anda boleh berbincang dengan seorang perancang kewangan untuk tahu lebih lanjut.

Ini kerasa seorang perancang kewangan menawarkan pelbagai perkhidmatan yang berkaitan dengan pengurusan kekayaan, penjanaan kekayaan, perlindungan kekayaan, pengagihan kekayaan dan boleh berkhidmat sebagai seorang profesional bagi membantu anda mengurus wang dengan lebih baik.

Baca: Jangan Melabur Kripto

Mengenai Penulis

Nicholas Wong insurance

Nicholas Wong adalah seorang perancang kewangan berlesen di IPP Financial Planning Group yang khusus kepada menasihati golongan profesional dan milenial bagi mencapai sasaran kewangan mereka. Beliau boleh dihubungi di nicholas.wong@ipp.com.my

Join our Telegram to get the latest from Smart Investor
Facebook
Twitter
LinkedIn
WhatsApp
Telegram

Recent Posts

Related Posts

Smart Investor Newsletter

Get Our Latest Articles And More Delivered To Your Inbox!

Are you sure want to unlock this post?
Unlock left : 0
Are you sure want to cancel subscription?