Smart Investor Malaysia

Previous
Next

Adakah Pelaburan Alternatif Sesuai Dengan Saya?

Facebook
Twitter
LinkedIn
WhatsApp
Telegram

Bosan dengan instrumen pelaburan biasa seperti saham, ETF (Exchange Traded Fund), amanah saham, hartanah,emas dan sebagainya? Anda sedang cari pelaburan alternatif yang lain?

Dengan pelaburan alternatif, ada banyak pilihan yang anda boleh pertimbangkan untuk melabur. Tetapi seperti mana-mana pelaburan, jangan terus melabur tanpa memahaminya terlebih dahulu.

Warren Buffett mengingatkan kita agar tidak melabur ke dalam sesuatu instrumen pelaburan yang kita sendiri tak faham. Jika tidak, ianya tiada beza dengan judi, dan bukannya melabur.

Baca: Pelaburan Terbaik 2023: Menjelang Kegawatan Ekonomi

Adakah Pelaburan Alternatif Sesuai Dengan Saya?

Kenalpasti dulu diri anda sendiri, toleransi risiko anda, berapa banyak modal yang anda ada untuk melabur, adakah ianya sekaligus (lump sum) atau secara konsisten setiap bulan? Dengan adanya ilmu ini, anda boleh tidur dengan nyenyak pada waktu malam.

Ini kerana anda faham apa itu pelaburan, risiko yang terlibat, dan potensi pulangan daripada pelaburan untuk jangka masa panjang.

Tetapi Kenapa Pelaburan Alternatif?

Biasanya seseorang akan mula mencari alternatif apabila sudah melabur ke dalam banyak instrumen. Ini bermakna anda mungkin telah pun melabur ke dalam pelaburan sedia ada seperti saham, amanah saham dan hartanah. Ianya merupakan strategi untuk mempelbagaikan lagi portfolio pelaburan anda.

Atau anda merasakan bahawa pilihan pelaburan yang ada sekarang tidak menepati citarasa, mungkin jangka masa pelaburan terlalu penjang atau potensi pulangan tak cukup tinggi. Tiada apa yang boleh menghalang anda daripada mencuba pelaburan alternatif, selagi mana anda tahu apa yang anda bakal tempuhi.

Baca: Adakah Pelaburan Risiko Tinggi Sesuai Untuk Saya?

Apa Itu Pelaburan Alternatif?

Salah satu pelaburan alternatif yang popular adalah pembiayaan peer-to-peer (p2P). Ianya membolehkan usahawan atau peniaga kecil untuk memperolehi dana dengan jumlah yang kecil daripada peminjam individu. Ini bermakna anda boleh meminjam duit tanpa perlu ke bank.

Ada juga pendanaan ramai ekuiti atau equity crowdfunding (ECF) yang merupakan alternatif kepada pengumpulan dana yang membolehkan perniagaan kecil mendapatkan dana daripada awam. Kalau perasan perkataan ekuiti digunakan di sini, yang bermakna pelabur akan mendapat sebahagian daripada ekuiti dan menjadikan mereka sebahagian daripada pemegang saham syarikat.

Kedua-dua P2P dan ECT adalah sumber alternatif bagi mendapatkan dana bagi perusahaan mikro, kecil dan sederhana. Kini perniagaan tidak lagi perlu pergi ke bank, sebaliknya boleh mendapatkan dana daripada pelabur melalui platform dalam talian.

Perbezaan utama di antara pembiayaan P2P dan ECF adalah, dengan ECF anda menjadi pemegang saham syarikat yang anda melabur.

Bagi anda yang sedang mempertimbankan pelaburan alternatif, mata wang kripto adalah lagi satu pelaburan alternatif yang popular. Ianya bermula dengan Bitcoin pada tahun 2009, dan seringkali digelar sebagai emas digital.

Sumber: Visual Capitalist

Prestasi Bitcoin pada tahun 2021 mengalahkan kelas aset yang lain dan merupakan pemenang terbesar. Tetapi pada tahun 2022, pasaran mata wang kripto telah jatuh merudum. Daripada setinggi USD69,000 pada November 2021, sehinggalah ke paras USD15,500 pada November 2022. Sudah semestinya bukan untuk mereka yang tak berjiwa tenang.

Juga mana boleh dilupakan tentang Luna (salah satu top 10 mata mata wang kripto pada masa itu) yang hilang hampir 100% daripada nilainya dalam masa beberapa hari saja. Ini telah mengakibatkan panik di dalam pasaran mata wang kripto sedunia.

Kemudian kita ada pula krisis FTX yang berlaku pada November 2022. FTX yang merupakan platform dagangan mata wang kripto yang ketiga terbesar, boleh jatuh bankrap dalam masa hanya beberapa hari saja. Ini menunjukkan betapa tidak menentu pasaran mata wang kripto. Boleh untung besar, boleh juga rugi besar.

Baca: 5 Pelaburan Mudah Di Malaysia Yang Anda Boleh Mula Sekarang

Risiko Tinggi Pulangan Tinggi

Image by Luis Ramírez from Pixabay

Saya percaya anda semua pernah dengar konsep, ‘risiko tinggi pulangan tinggi’ atau ‘high risk high return’ yang sangat popular. Salah satu sebab mengapa pelaburan alternatif semakin meningkat naik adalah disebabkan potensi pulangan tinggi. Tetapi adakah anda bersedia untuk berdepan dengan risiko tinggi?

Tidak dinafikan bahawa pelaburan berisiko tinggi boleh menjadi sebahagian daripada portfolio pelaburan anda kerana ianya boleh bantu anda mengembangkan kekayaan. Tetapi adalah penting untuk anda fahamkan betul-betul risiko yang terlibat dan membuat keputusan sama ada ianya selari dengan objektif pelaburan anda.

Perlu diingatkan agar tidak meletakkan semua telur anda di dalam satu bakul. Juga ambil tahu toleransi risiko, komitmen dan keperluan anda mungkin berubah dari setahun ke setahun, dan anda mungkin perlu selaraskan portfolio pelaburan dan pendedahan kepada pelaburan berisiko tinggi sebaiknya.

Join our Telegram to get the latest from Smart Investor
Facebook
Twitter
LinkedIn
WhatsApp
Telegram
Previous
Next

Recent Posts

Related Posts

Smart Investor Newsletter

Get Our Latest Articles And More Delivered To Your Inbox!