Smart Investor Malaysia

Previous
Next

Adakah Duit Boleh Beli Kebahagiaan?

Facebook
Twitter
LinkedIn
WhatsApp
Telegram

Tidak dinafikan bahawa duit adalah sangat penting dalam kehidupan kebanyakan orang. Tetapi persoalannya adalah, adakah duit boleh beli kebahagiaan?

Ramai di antara kita yang bekerja keras untuk mencari duit agar kita dapat beli perkara yang boleh membuatkan kita bahagia dan selesa. Ada yang menjadikan duit untuk memuaskan hati dan untuk menunjuk-nunjuk, seperti membeli

Walaubagaimanapun, disebabkan kepentingannya, kita dapat lihat bagaimana duit boleh beli kebahagiaan, dan orang ramai akan berebut, bergaduh, atau berbaik-baik kerananya.

Baca: 4 Personaliti Diri Mengenai Duit

Duit Boleh Beli Kebahagiaan?

Ada yang mendakwa duit boleh beli kebahagiaan kerana mereka percaya ia akan memberikan mereka kuasa, manakala ada yang tidak bersetuju. Adakah duit boleh beli kebahagiaan?

Daripada sudut pandangan peribadi, saya tidak bersetuju bahawa duit boleh beli kebahagiaan yang mutlak.

Namun, duit boleh beli perkara yang kita perlukan hari-hari, dan duit merupakan asas keperluan hidup. Walaupun duit yang banyak boleh digunakan untuk beli barangan yang lebih berharga dan bermutu, tetapi kepuasan adalah sementara. Tambahan, anda tak boleh beli perasaan cinta dan setia dengan duit.

Semua orang mahukan duit, tetapi ianya tak boleh nak beli segala-galanya. Ini benar, lebih-lebih lagi perkara yang tidak ketara seperti ilmu pengetahuan atau pengalaman yang dikongsikan dengan insan tersayang yang telah meninggal dunia.

Baca: 3 Tips Pelaburan Untuk Anak Muda Sempena Tahun Baru

Kredit Gambar: Amazon

Dalam sebuah buku terkenal oleh Robin Sharma yang bertajuk “The monk who sold his Ferrari”, watak utama bernama Julian Mantle adalah seorang peguam yang mendapati dirinya berasa penat dan tak berpuas hati dengan pencapaian yang membanggakan beliau. Sedangkan beliau merupakan seorang peguam yang berjaya, kaya dan dikenali ramai.

Secara tiba-tiba, tiada siapa yang dapat hubungi beliau selepas insiden beliau pengsan di mahkamah disebabkan serangan jantung. Beliau kemudian menghilangkan diri dan tiada siapa tahu di mana beliau berada.

Selepas tiga tahun, beliau pulang bertemu dengan kawannya yang bernama John. John terkejut melihat Julian kelihatan berseri-seri dan sihat. Julian berkongsi dengan John kisah perjalanan hidup beliau yang bertapa di pergunungan Himalaya dan yang paling mengejutkan, kebahagiaan yang dikecapi langsung tiada kena-mengena dengan duit.

Adakah anda kenal seseorang yang mengalami perasaan penat yang sama, kemudian mempunyai tanggapan yang berbeza tentang kehidupan, seperti yang Julian lalui?

Baca: 6 Cara Nak Berdepan Dengan Inflasi Di Malaysia

Adakah Duit Boleh Beli Kebahagiaan Untuk Sebuah Pasangan?

Kredit Gambar: Essentially Sports

Dalam kes yang serupa, bekas isteri Tiger Woods melihat nilai kekayaan beliau naik lebih daripada USD200 juga selepas perceraian mereka. Walaupun beliau mengaku duit telah memudahkan urusan beliau, di mana beliau membawa anak-anaknya ke sebuah tempat terpencil yang jauh dari orang ramai, tetapi beliau menegaskan bahawa duit tidak boleh beli kebahagiaan atau menyatukan keluarga mereka semula.

Malah, beliau mendakwa perkahwinan beliau dengan Tiger Woods adalah merupakan hari yang paling bahagia di dalam kehidupannya.

Adakah Duit Boleh Beli Kebahagiaan Untuk Kanak-Kanak?

Di India, seorang lelaki berkongsi bahawa beliau telah berpisah dengan kekasihnya dan berasa sangat sedih. Ketika sedang berjalan-jalan mengubati luka di hati, beliau melihat tiga orang kanak-kanak sedang bermain.

Beliau kemudiannya telah membelikan ketiga-tiga mereka aiskrim dan melihat bagaimana mereka tidak berhenti senyum ketika makan aiskrim. Ini telah membuatkannya ceria semula dan hilang perasaan duka.

Beliau kemudian meminta izin untuk mengambil gambar wajah tersenyum mereka. Beliau sering melihat gambar ini dan tersenyum seorang diri. Beliau berpendapat bahawa duit boleh beli kebahagiaan.

Gambar dikongsikan Aditya Meena, Kredit: Medium

Ayah saya pernah beritahu saya, sekiranya anda terlalu kaya anda akan jadi malas dan tak tahu nak buat apa dengan duit. Oleh itu, saya rasa duit dengan tujuan adalah bermakna. Makna tersebut perlu sesuatu yang memberi inspirasi, boleh membantu, berguna atau penting.

Walau kuat mana duit, ianya tidak sepatutnya mengubah perasaan anda. Ramai yang tersilap, sehingga ingin jadi kuat dan dihormati. Lebih penting lagi, mereka ingin menjadi dikagumi orang ramai.

Duit tak akan menjadikan anda berbangga dengan diri sendiri, sekiranya anda sendiri tidak merasakan begitu, dan ianya bermaksud anda mempunyai tahap keyakinan yang rendah.

Menjawab soalan sama ada duit boleh beli kebahagiaan, saya rasa tidak. Tetapi duit mampu untuk beri keselesaan, keselamatan atau bantuan yang diperlukan, dan ini adalah kebahagiaan.

Bagi saya, kebahagiaan adalah dalaman dan tidak boleh dilihat. Bagaimana pula dengan anda, adakah duit boleh beli kebahagiaan anda?

Baca: 3 Cara Nak Capai Bebas Kewangan

Mengenai Penulis

Azah Atikah Binti Anwar Batcha mempunyai latar belakang Perakaunan, Kewangan, Pengauditan dan Kewangan Islam. Beliau pernah bekerja dengan dua firma perakaunan terbesar di dunia sebelum melanjutkan pengajian pascasiswazah di Universiti Teknologi Malaysia (UTM), Kuala Lumpur. Beliau boleh dihubungi di aaabwrite@gmail.com

Join our Telegram to get the latest from Smart Investor
Facebook
Twitter
LinkedIn
WhatsApp
Telegram
Previous
Next

Recent Posts

Related Posts

Smart Investor Newsletter

Get Our Latest Articles And More Delivered To Your Inbox!