Smart Investor Malaysia

Previous
Next

8 Tips Kewangan Hebat Untuk Capai Kebebasan Kewangan

Facebook
Twitter
LinkedIn
WhatsApp
Telegram

Dengan keadaan kembali pulih daripada pandemik, kebanyakan perniagaan dan orang ramai kini mula bangkit. Satu benda kita kena ingat, kebebasan kewangan tidak akan berlaku sekelip mata. Sebab itulah kita perlukan bantuan daripada mereka yang pakar dengan mengorek rahsia tips kewangan yang bakal dikongsikan.

Tetapi sebelum itu, ramai yang inginkan kebebasan kewangan. Anda nak tips kewangan, tetapi tahukah anda apa yang dimaksudkan dengan kebebasan kewangan ini?

Jom kita tengok beberapa definisi berikut:

1. Mempunyai aset atau pendapatan yang cukup untuk menampung perbelanjaan dan sasaran kewangan

2. Mempunyai aset yang boleh menjana pendapatan yang cukup untuk menampung perbelanjaan

3. Tidak bergantung kepada pendapatan aktif

4. Lakukan perkara yang anda minat dan bukannya bekerja untuk duit

Dah jumpa definisi kebebasan kewangan yang anda ingin capai? Seterusnya anda perlu tentukan berapa angka kebebasan kewangan yang anda inginkan. Ianya merujuk kepada jumlah dana yang diperlukan untuk mencapai sasaran anda.

Ada orang mungkin RM1 juta, orang lain mungkin perlukan RM5 juta.

Tak tahu bagaimana nak kira berapa yang anda perlukan?

Tanya diri anda beberapa soalan berikut:

1. Apakah gaya hidup persaraan yang anda inginkan?

Jawapan biasa adalah “ingin melancong seluruh dunia”, “nak memancing setiap hari” atau “bermain dengan cucu-cucu”, tetapi apa sebenarnya yang anda perlu kira adalah:

  • Berapa hutang tertunggak yang masih ada? Anda mungkin perlu menukar kereta sedia ada kepada kereta yang jimat minyak, maka perlu ambil kira pembiayaan kenderaan
  • Sudahkah anak-anak anda menamatkan pengajian di menara gading dan mula bekerja? Anda perlu bersiap sedia kerana graduan agak sukar untuk mendapat pekerjaan sebaik saja tamat pengajian, maka anda perlu menyara mereka
  • Ada tak rancangan untuk mengubahsuai rumah untuk menjadikannya lebih mesra warga emas?
  • Perbelanjaan berkaitan kesihatan yang anda perlu bersiap sedia, seperti pemeriksaan kesihatan komprehensif atau pembedahan yang mungkin dilakukan seperti mata atau lutut

2. Apakah kos gaya hidup persaraan anda pada hari ini?

3. Berapa pula kos tersebut di masa hadapan, selepas mengambil kira inflasi?

Selepas anda dapatkan nilai kebebasan kewangan anda, kira pula berapa duit yang anda ada. Ini termasuklah simpanan, Kumpulan Wang Simpanan Pekerja (KWSP), takaful dan dana lain. Rasa-rasa cukup tak?

Kalau tak cukup, jangan risau. Kerana anda masih mempunyai masa. Lagi awal anda sedar, lagi bagus.

8 Tips Kewangan Hebat

Sekarang kita tengok 8 tips kewangan seperti berikut:

1. Automatikkan simpanan anda dan melabur ke dalam portfolio yang pelbagai, dan bukannya melabur ke dalam pelaburan yang sedang hangat atau trending

2. Tingkatkan tahap simpanan setiap tahun, sesuai dengan kenaikan gaji tahunan

3. Berhati-hati dengan inflasi gaya hidup peribadi, di mana ada kecenderungan untuk meningkatkan gaya hidup anda dengan mengorbankan simpanan

4. Jauhkan diri daripada mentaliti kumpulan apabila pengaruh sebaya mempengaruhi keputusan perbelanjaan anda. Perkara kewangan adalah urusan peribadi dan anda tidak perlu terikut-ikut dengan orang lain

5. Beri perhatian kepada hutang baik vs hutang jahat apabila membuat pilihan, sebagai contoh membuat hutang kereta berbanding hutang pendidikan untuk meningkatkan kemahiran anda

6. Pelbagaikan pendapatan anda agar tidak bergantung kepada hanya satu sumber pendapatan saja

7. Optimumkan masa dan maksimumkan produktiviti. Boleh pertimbangkan untuk buat duit dengan masa lapang anda di samping mengejar minat atau hobi. Sebagai contoh, anda suka melukis, kenapa tidak jual saja lukisan anda?

8. Guna kepakaran orang lain. Sekiranya anda terlalu sibuk atau tidak tahu bagaimana nak urus kewangan dengan baik, maka dapatkan nasihat daripada mereka yang pakar. Carilah mereka yang berpengetahuan dan boleh dipercayai.

Kunci untuk mencapai sasaran dana kebebasan kewangan anda adalah dengan mula lakukan perubahan dalam membuat keputusan yang berkaitan dengan kewangan. Anda akan sedar bahawa impian tersebut bukanlah mustahil.

Malah dengan mengamalkan 8 tips kewangan ini secara konsisten, anda mampu mencapai sasaran tersebut lebih awal.

Mengenai Penulis:

Felix Neoh CFP CERT TM merupakan Pengarah Perancangan Kewangan di Finwealth Management Sdn Bhd dan ahli bertauliah di FPAM. Beliau boleh dihubungi di enquiry@finwealth.com.my.

Kami di Smart Investor dan Finwealth komited untuk membantu anda mengurus kewangan dengan lebih baik. Dapatkan rundingan percuma daripada seorang pakar dengan mengisi maklumat anda di sini: https://www.smartinvestor.com.my/SIxFinwealth

Join our Telegram to get the latest from Smart Investor
Facebook
Twitter
LinkedIn
WhatsApp
Telegram

Recent Posts

Related Posts

Smart Investor Newsletter

Get Our Latest Articles And More Delivered To Your Inbox!

Are you sure want to unlock this post?
Unlock left : 0
Are you sure want to cancel subscription?