Smart Investor Malaysia

Previous
Next

7 Tabiat Individu Kaya Di Malaysia

Facebook
Twitter
LinkedIn
WhatsApp
Telegram

Nak jadi orang kaya, kita perlu kenali dulu tabiat individu kaya. Tetapi sebelum itu, kena fahamkan dulu apa yang dimaksudkan dengan kaya.

Menurut Suruhanjaya Sekuriti Malaysia, individu kaya atau high-net-worth individuals (HNWIs) adalah individu yang mempunyai:

a) Pendapatan kasar tahunan melebihi RM300,000 atau bersamaan dalam mata wang asing dalam tempoh 12 bulan terdahulu
b) Pendapatan kasar tahunan bersama pasangan melebihi RM400,000 atau bersamaan dalam mata wang asing
c) Jumlah aset peribadi bersih atau aset bersih bersama dengan pasangan, melebihi RM3,000,000 atau bersamaan dalam mata wang asing, kecuali nilai kediaman utama individu
d) Jumlah portfolio pelaburan bersih (sama ada peribadi, atau bersama dengan pasangan), di dalam mana-mana pasaran modal melebihi RM1,000,000 atau bersamaan dalam mata wang asing

Ini membuatkan kita tertanya-tanya siapa mereka ini, apa yang mereka lakukan dan apakah kepercayaan mereka? Lebih penting lagi, apakah tabiat individu kaya ini?

Baca: 4 Personaliti Diri Mengenai Duit

7 Tabiat Individu Kaya

Dengan pengalaman bertahun-tahun mengurus individu kaya di Malaysia dengan 80% daripada mereka menjadi kaya hasil titik peluh sendiri (bukan daddykasi), saya telah kenalpasti 7 tabiat individu kaya yang ada pada kebanyakan mereka.

1. Mereka Merupakan Pendengar Yang Baik

Mereka bukanlah sesombong yang difikirkan kebanyakan orang. Mereka bukan saja ingin mendapatkan maklum balas orang lain, tetapi mereka juga mendengar untuk memahami orang lain.

Menjadi pendengar yang aktif dapat bantu mereka membina perhubungan yang kukuh, di samping memahami dengan lebih mendalam berkenaan kawan-kawan, kakitangan dan rakan perniagaan. Ini dapat membina empati dan memperbaiki kemahiran komunikasi.

2. Mereka Gunakan Leveraj

Salah satu tabiat orang kaya adalah mereka sedar akan kelemahan tersendiri. Oleh itu, mereka tahu kepentingan leveraj dan kenapa mereka tidak akan bekerja seorang diri. Mereka gunakan kelebihan tersendiri dan leveraj kelemahan mereka dengan menggunakan khidmat orang lain yang pakar.

Sebagai contoh, mereka tahu boleh jadi kaya di dalam pasaran saham tetapi mereka tiada masa untuk menguruskannya. Maka mereka lebih percara dengan pengurus dana yang boleh mengurus wang mereka atau mempunyai perancang kewangan yang boleh memberi nasihat dan memantau bagi pihak mereka.

Baca: 5 Pelaburan Mudah Di Malaysia Yang Anda Boleh Mula Sekarang

3. Mereka Bina Masa Depan Sendiri

Kebanyakan orang kaya tidak akan mengambil jawapan ‘tidak’ dan akan melakukan apa saja untuk mencapai apa yang diinginkan. Mereka berusaha bersungguh-sungguh dan merebut apa saja peluang yang ada demi mencapai objektif dan sasaran kewangan.

Sebagai contoh, mereka gemar untuk lihat kesalahan biasa kewangan, dan akan cari jalan kreatif untuk melindungi kekayaan mereka.

4. Mereka Guna Masa Sebaiknya

Masa itu emas. Salah satu tabiat individu kaya adalah mereka meletakkan keutamaan terhadap semua perkara dan tidak akan sesuka hati buang masa begitu saja. Semua aktiviti boleh menambah nilai, walaupun sedang berseronok sekalipun.

Sebagai contoh, mereka dengar buku audio apabila sedang dalam perjalanan. Selain daripada itu, mereka juga suka bangun awal pagi untuk bersenam dan kekal sihat.

Baca: Simpan vs Labur? Patutkah Saya Menyimpan Dulu Atau Nak Melabur Dulu?

5. Mereka Tak Berhenti Belajar

Terus-menerus belajar dan memperbaiki diri adalah tabiat individu kaya yang utama. Mereka sering baca berkenaan ekonomi, kewangan, teknologi dan motivasi yang boleh menambah nilai dalam kehidupan mereka.

Mereka juga ada rutin harian dan melakukannya setiap hari tanpa gagal, walaupun berasa berat untuk melakukannya. Ini kerana mereka faham betapa pentingnya rutin tersebut.

6. Mereka Berkenal-Kenalan (Networking)

Amat penting untuk kita bersama-sama dengan mereka yang mempunyai visi yang sama, yang boleh membantu kita mencapai impian.

Biasa dengar pepatah “Rangkaian anda adalah nilai anda”?

7. Mereka Berjimat-Cermat

Mempunyai pendapatan yang tinggi tak bermakna seseorang itu mempunyai simpanan dan pelaburan yang banyak. Kebanyakan orang kaya di Malaysia adalah individu yang berjimat cermat. Mereka tidak belanja sesuka hati dan menjalani kehidupan yang mewah.

Sebaliknya mereka seronok melihat pelaburan semakin berkembang. Dengan berjimat cermat, mereka dapat capai sasaran kewangan yang telah ditetapkan dengan lebih mudah dan cepat.

Baca: Hidup Tanpa Hutang vs Simpan Untuk Persaraan

Mengenai Penulis

Dr Inaz Hashim seorang perancang kewangan holistik yang fokus kepada mengurus individu kaya di Malaysia. Beliau merupakan Perancang Kewangan berlesen dengan Skop Dikembangkan & Penasihat Kewangan Islam dengan Phillip Wealth Planners.

Join our Telegram to get the latest from Smart Investor
Facebook
Twitter
LinkedIn
WhatsApp
Telegram
Previous
Next

Recent Posts

Related Posts

Smart Investor Newsletter

Get Our Latest Articles And More Delivered To Your Inbox!