Smart Investor Malaysia

Previous
Next

6 Peraturan Pelaburan Amanah Saham Yang Anda Perlu Ikut Untuk Dapat Pulangan Yang Baik

Facebook
Twitter
LinkedIn
WhatsApp
Telegram

Setiap pelaburan ada kelebihan, kelemahan dan risiko tersendiri. Jom kita ikut 6 peraturan pelaburan amanah saham ini agar kita dapat menikmati pulangan yang baik.

Peraturan Pelaburan Amanah Saham 1: Melabur Jangka Masa Panjang

Penting untuk anda faham bahawa pelaburan amanah saham adalah untuk jangka masa panjang. Tetapi berapa panjang?

Anda perlu melabur sekurang-kurangnya 10 tahun di dalam amanah saham untuk lihat keputusan yang memberangsangkan. Memandangkan caj belian lebih tinggi berbanding pelaburan saham, maka anda dinasihatkan untuk melabur untuk masa yang lebih panjang.

Sekiranya anda melabur ke dalam dana yang memberikan pengagihan yang konsisten, agihan tersebut akan menyebabkan kos purata seunit menjadi lebih rendah. Dan lebih lama anda melabur, maka lebih rendah purata kos seunit.

“Hanya melabur ke dalam sesuatu yang anda boleh pegang dengan tenang sekiranya pasaran saham ditutup selama 10 tahun.”

– Warren Buffett

dan

“Jika anda tidak berfikir untuk memiliki saham selama 10 tahun, jangan terlintas langsung untuk memilikinya selama 10 minit.”

– Warren Buffett

Pelaburan tak sama dengan berdagang. Pelaburan mempunyai objektif yang berbeza. Pelaburan adalah meminimakan risiko menjana kekayaan untuk jangka masa panjang.

Buat kajian mengenai fundamental dan kewangan saham yang ingin dilaburkan, serta hala tuju dan pengurusan syarikat dan industri yang berpotensi.

Baca: Pelaburan Terbaik 2023: Menjelang Kegawatan Ekonomi

Peraturan Pelaburan Amanah Saham 2: Purata Kos Dolar

investment

Dalam pelaburan amanah saham, penting untuk anda mengamalkan konsep purata kos dolar atau dollar cost average (DCA). Ianya bermaksud anda melabur jumlah yang tetap secara konsisten, biasanya setiap bulan.

Pelabur akan mendapat unit yang banyak apabila harga rendah, dan sedikit unit apabila harga naik. DCA sangat membantu di dalam dana yang mempunyai kadar turun naik harga yang tinggi serta pengagihan yang kerap.

Peraturan Pelaburan Amanah Saham 3: Purata Kos Nilai

Purata Kos Dolar bermakna anda memasukkan jumlah yang sama secara konsisten, Purata Kos Nilai bermaksud anda beli sekaligus atau ‘lump sum’ apabila harga rendah bagi menurunkan kos purata pembelian.

Daripada RM1.00 jatuh ke paras RM0.50, berapa banyak anda rugi? 50% kan?

Sekiranya kita beli pada harga RM0.50, kemudian ia naik balik ke paras RM1.00, berapa anda untung?

Kebanyakan orang akan kata 50%, tetapi lihat betul-betul. Daripada RM0.50 naik ke paras RM1.00, bermakna anda dah untung 100%.

Boleh rujuk gambar berikut:

Namun begitu, anda perlu pastikan untuk beli dana yang mempunyai fundamental yang kukuh sebelum nak melabur.

Baca: 5 Pelaburan Mudah Di Malaysia Yang Anda Boleh Mula Sekarang

Peraturan Pelaburan Amanah Saham 4: Mempunyai peruntukan aset yang seimbang

Seperti yang kita tahu, pepatah popular dalam pelaburan adalah ‘Jangan letak semua telur anda di dalam satu bakul’. Hal yang sama juga dalam pelaburan amanah saham.

Walaupun peruntukan aset dana telah pun berlaku di kalangan kelas aset yang berbeza seperti perindustrian, konsumer, teknologi, telekomunikasi dan lain-lain, kita juga boleh mempelbagaikan portfolio kepada:

  • tempatan, serantau dan global
  • ekuiti, bon dan campur-campur
  • saiz kecil, sederhana dan besar

Bagi golongan muda, melabur ke dalam dana bon atau sukuk bertindak sebagai rizab sekiranya berlaku penurunan mendadak di dalam pasaran. Tukarkan dana bon/sukuk anda kepada dana ekuiti (prinsip Purata Kos Nilai) untuk membawa turun purata kos seunit anda.

Peraturan Pelaburan Amanah Saham 5: Labur semula agihan

dividend

Peraturan ini lebih terpakai kepada golongan muda, di antara umur 20-an ke 40-an. Melabur semula agihan akan merendahkan lagi kos seunit anda untuk jangka masa panjang.

Gunakan kuasa faedah berganda (compounding interest) apabila anda melabur semula agihan tersebut.

Baca: Pelaburan Patuh Syariah Terbaik, Di Mana Nak Melabur?

Peraturan Pelaburan Amanah Saham 6: Pilih syarikat pengurus dana yang berkualiti dengan sejarah yang baik

Ada beberapa kes apabila syarikat pengurus dana yang lebih kecil terpaksa gulung tikar. Kelayakan pengurus dana pula tidak berapa jelas. Maka buatlah kajian tentang syarikat pengurus dana sebelum nak meabur.

Berhati-hati dengan skim ponzi atau scam yang menjanjikan pulangan bulanan sebanyak 3%-10%. Tiada instrumen pelaburan yang sah boleh menjanjikan pulangan sedemikian. Lari sejauh mungkin.

Syarikat pelaburan yang sah perlu dikawal selia oleh FIMM (Federation of Investment Managers Malaysia) dan Suruhanjaya Sekuriti Malaysia (SC) dan akan mendedahkan penyata kewangan mereka.

Baca: Amanah Saham Terbaik Di Malaysia

Ingat Peraturan Pelaburan Amanah Saham Ini Apabila Melabur

Sila pastikan anda mengikut 6 peraturan pelaburan amanah saham ini apabila melabur. Lebih penting lagi, dapatkan pandangan perunding unit amanah atau perancang kewangan yang mempunyai kepakaran di dalam bidang ini sebelum melabur.

Sumber: AvrilYap.com

Mengenai Penulis

Avril Yap, CFP , IFP, CBC, adalah seorang pengamal dengan sebuah syarikat pengurusan dana yang besar. Beliau bersemangat di dalam mengajar pengurusan wang dan kemahiran melabur. Beliau mempunyai visi untuk menghasilkan lebih ramai individu untuk menjadi Pengamal CFP yang menumpukan kepada pertumbuhan diri dan nilai-nilai positif.

Join our Telegram to get the latest from Smart Investor
Facebook
Twitter
LinkedIn
WhatsApp
Telegram
Previous
Next

Recent Posts

Related Posts

Smart Investor Newsletter

Get Our Latest Articles And More Delivered To Your Inbox!