Smart Investor Malaysia

Previous
Next

6 Cara Nak Berdepan Dengan Inflasi Di Malaysia

Facebook
Twitter
LinkedIn
WhatsApp
Telegram

Tidak dinafikan kita sekarang hidup di zaman yang sangat mencabar, dengan kenaikan kadar faedah dan inflasi yang tinggi. Kadar faedah yang tinggi mengakibatkan instalment bulanan seperti hutang kereta, hutang rumah, hutang pinjaman peribadi meningkat. Inflasi yang tinggi pula menyebabkan harga barangan seperti barang keperluan, makan minum pula meningkat.

Jadi bagaimanakah caranya untuk kita menghadapi inflasi di Malaysia? Adakah kita perlu pencen lebih lewat? Atau menukar rancangan kita untuk menghantar anak-anak ke universiti tempatan, dan bukannya universiti luar negara?

Dalam livestream Facebook yang berlangsung pada 7 September 2022 yang diadakan bersempena World Financial Planning Day 2022 (WFPD2022) oleh SmartFinance (SmartFinance.my) dengan disokong Financial Planning Association of Malaysia (FPAM), Rajen Devadason, seorang perancang kewangan berlesen telah menawarkan beberapa tips untuk menangani inflasi di Malaysia.

1. Jika Tiada Belanjawan, Sila Buat Sekarang

Sekiranya belanjawan hanya berada di dalam kepala anda semata-mata, anda perlu menulisnya dengan jelas. Sama ada di atas kertas atau di dalam dokumen seperti excel.

Dengan menulis, anda boleh dapatkan gambaran yang lebih jelas dan fahamkan betul-betul nombor yang anda tulis tersebut.

Baca: 7 Langkah Ke Arah Perancangan Kewangan Peribadi Yang Mantap

2. Utamakan Makan Minum

Apabila membuat belanjawan untuk diri sendiri dan keluarga, jangan abaikan tentang makan minum. Dengan mengutamakan makanan berkhasiat, badan akan jadi sihat dan minda jadi cerdas.

Tiada apa yang lebih penting berbanding kedua-dua ini.

3. Jika Boleh Cepatkan Bayaran Balik Hutang, Sila Lakukan

retirement debt free

Ramai di kalangan kita mempunyai hutang yang banyak. Maka apabila kadar faedah meningkat, bayaran balik juga meningkat. Salah satu cara untuk berdepan dengan inflasi di Malaysia adalah dengan membayar hutang dengan secepat mungkin.

Setiap kali anda melangsaikan hutang daripada nama anda, bayaran bulanan tersebut akan hilang selama-lamanya. Ini membolehkan anda mempunyai lebihan tunai setiap bulan dan ada ruang sedikit untuk bernafas. Walaupun inflasi naik, sekurang-kurangnya anda kini ada duit lebih untuk berdepan dengannya.

Baca: Hidup Tanpa Hutang vs Simpan Untuk Persaraan

4. Tunda Gratifikasi

Zaman sekarang semua benda pun nak cepat agar boleh kemaskini di media sosial. Setiap minggu nak minum kopi hipster. Kalau boleh tiap-tiap tahun nak melancong ke luar negara. Telefon pintar tukar setiap tahun, kereta tukar setiap lima tahun.

Ada saja duit lebih sedikit, mula tangan gatal nak belanja. Cara nak menangani inflasi di Malaysia adalah dengan menunda gratifikasi sehinggalah sasaran kewangan anda tercapai.

5. Kerja Keras, Dapatkan Lebih Banyak Duit, Dan Ikat Perut

Melainkan anda nak terus miskin, anda tidak boleh duduk diam saja. Kebanyakan daripada kita boleh memperbaiki situasi kita dengan bekerja lebih keras, kemudian boleh cuba untuk bekerja dengan lebih bijak pula.

Sekiranya sekarang gaji tak cukup, boleh usaha untuk dapatkan pendapatan tambahan melalui berniaga atau melakukan kerja penghantaran barang atau penumpang. Ekonomi gig lebih mudah untuk diceburi berbanding 5 ke 10 tahun yang lalu.

Ketika anda masih muda dan bertenaga, buatlah seberapa banyak kerja yang anda terdaya serta kawal perbelanjaan.

“Nak seribu daya, taknak satu alasan”.

6. Simpan Dan Labur Lebih Banyak

Simpan dan melabur adalah dua perkara yang berbeza. Kita menyimpan untuk dapatkan ketenangan jiwa, boleh digunakan apabila berdepan dengan sebarang kecemasan atau perkara yang tidak diingini seperti dibuang kerja.

Melabur pula untuk kembangkan duit yang kita ada, sebagai persediaan untuk berdepan dengan inflasi di Malaysia. Pastikan pelaburan anda berkembang dengan lebih cepat berbanding kadar inflasi di Malaysia, iaitu di sekitar 3% ke 5% setahun.

Baca: Pelaburan Terbaik 2023: Menjelang Kegawatan Ekonomi

6 Cara Nak Berdepan Dengan Inflasi Di Malaysia

Tak mudah sebenarnya untuk berdepan dengan inflasi di Malaysia. Pelbagai cabaran perlu ditempuhi seperti pandemik, konflik geopolitik, kegawatan ekonomi, kenaikan kadar faedah dan bermacam-macam lagi.

Tetapi anda berpeluang cerah sekiranya anda bersedia untuk kerja keras, kurangkan perbelanjaan, tingkatkan pendapatan, tingkatkan simpanan, kembangkan duit dengan pelaburan, serta mengamalkan gratifikasi tertunda.

Lagi satu tips daripada Rajen Devadason adalah dengan mengamalkan konsep Dollar Cost Averaging dalam pelaburan. Sama ada pasaran naik atau turun, ekonomi rancak atau gawat, terus-menerus melabur setiap bulan.

Yang terakhir sekali, jangan meletakkan semua telur dalam satu bakul. Pelbagaikan pelaburan anda menerusi tiga dimensi berbeza iaitu: kepelbagaian merentasi aset kelas berbeza, kawasan geografi berbeza, dan tempoh yang sangat panjang.

Semoga dengan adanya 6 tips nak berdepan dengan inflasi di Malaysia ini, anda mampu untuk melakukannya.

Join our Telegram to get the latest from Smart Investor
Facebook
Twitter
LinkedIn
WhatsApp
Telegram

Recent Posts

Related Posts

Smart Investor Newsletter

Get Our Latest Articles And More Delivered To Your Inbox!

Are you sure want to unlock this post?
Unlock left : 0
Are you sure want to cancel subscription?