Smart Investor Malaysia

Previous
Next

5 Sebab Jangan Bayar Hutang Rumah Lebih Awal

Facebook
Twitter
LinkedIn
WhatsApp
Telegram

Macam pelik pula tips yang bakal dikongsikan ini, iaitu jangan bayar hutang rumah lebih awal. Biasa kita dengar tips bagaimana nak selesaikan hutang dengan cepat, tetapi berlainan pula kisahnya kali ini.

Bagi kebanyakan orang, mereka akan membayar hutang rumah sekiranya mempunyai duit lebih. Ini kerana hutang rumah dilihat boleh mengganggu rancangan persaraan kita, kerana ianya boleh menjangkau 40 tahun atau sehingga kita berumur 70 tahun.

Takkan dah tua-tua nanti masih nak bayar hutang rumah kan? Tetapi bukankah dengan menyelesaikan hutang adalah satu perkara baik?

Hutang Baik vs Hutang Jahat

Pastinya anda pernah dengar istilah hutang baik vs hutang jahat ni kan? Hutang jahat merujuk kepada hutang dengan kadar faedah yang tinggi seperti kad kredit dan pinjaman peribadi. Hutang kad kredit sekitar 15% ke 18% setahun, manakala pinjaman peribadi pula sekitar 10% setahun.

Memandangkan kadar faedah adalah tetap, sekiranya anda mempunyai duit lebih, adalah lebih baik untuk selesaikan hutang kad kredit dan pinjaman peribadi anda terlebih dahulu. Melainkan anda boleh cari pelaburan yang boleh beri pulangan yang lebih tinggi daripada 18% setahun, dan juga konsisten memberikan pulangan yang tinggi seperti itu.

Baca: 7 Langkah Nak Selesaikan Hutang Kad Kredit Tertunggak

Manakala hutang baik pula yang mempunyai kadar faedah yang rendah, tetapi meningkat nilainya. Sama seperti rumah. Kadar faedah hutang rumah di Malaysia berada dalam lingkungan 4% ke 6%, tetapi nilai rumah anda boleh naik lebih daripada 10%.

Sekiranya anda membeli rumah pada tahun 1990-an atau 2000-an, harga rumah anda pasti telah meningkat berkali ganda.

Maka inilah sebabnya anda jangan bayar hutang rumah lebih awal.

1. Kadar Faedah Yang Rendah

Sebab utama jangan bayar hutang rumah lebih awal adalah disebabkan kadar faedah bagi hutang rumah adalah yang terendah, jika bukan yang paling rendah. Bandingkan dengan hutang kad kredit atau pinjaman peribadi yang mencecah dua angka, maka sudah semestinya hutang rumah adalah perkara yang baik.

Anda sepatutnya menikmati kemudahan yang telah pihak bank berikan, dan ambil manfaat sepenuhnya.

2. Melabur Untuk Pulangan Yang Lebih Tinggi

Katakan anda mempunyai lebihan wang sebanyak RM100,000 dan ingin membayar kesemuanya ke dalam pinjaman perumahan, sedangkan ada potensi untuk membuat pulangan 8% dalam pelaburan yang boleh memberikan pulangan sebanyak RM8,000.

Dalam situasi ini, anda sepatutnya melabur wang tersebut dan biar ianya berkembang. Menggunakan Peraturan 72, RM100,000 tersebut akan berganda menjadi RM200,000 dalam masa sembilan tahun, dengan andaian bahawa pulangan 8% tersebut adalah konsisten sepanjang tempoh tersebut.

Maka jangan bayar hutang rumah lebih awal, sekiranya anda jumpa sebuah pelaburan yang baik.

Baca: 5 Pelaburan Mudah Di Malaysia Yang Anda Boleh Mula Sekarang

3. Pulangan Yang Lebih Tinggi Bagi Ekuiti

Katakan hartanah yang bernilai RM1 juta mendapat sewa sebanyak RM50,000 setahun, maka ianya memperolehi pulangan sebanyak 5%. Sekiranya anda beli hartanah tanpa sebarang pinjaman, pulangan anda adalah sebanyak 5%. Tetapi sekiranya anda memperolehi pinjaman 90% daripada pihak bank, maka ekuiti anda adalah RM100,000. Dan pulangan bagi ekuiti adalah 50% (RM50,000/RM100,000). 

Sekiranya ia dicampur dengan kenaikan harga rumah di masa hadapan yang dijangka lebih tinggi daripada kadar faedah hutang rumah, maka kesan daripada anda melakukan leveraj ini akan membolehkan anda memperolehi pulangan yang lebih tinggi.

Apabila anda perlahan-lahan bayar hutang pokok, anda sedang membina ekuiti untuk hartanah tersebut. Dengan pegangan yang lebih besar, kadar pulangan pun berkurang. Inilah sebabnya anda jangan bayar hutang rumah lebih awal, kerana pulangan akan berkurang dengan leveraj yang berkurang.

4. Bayaran Tambahan Tidak Mudah Dicairkan

Sebarang bayaran tambahan yang anda masukkan ke dalam akaun hartanah anda tidak mudah untuk dicairkan. Anda tidak boleh bawa keluar seperti biasa sekiranya anda mempunyai akaun simpanan. Anda mungkin perlu tunggu beberapa hari atau berminggu-minggu lamanya.

Lagi satu cara untuk memperoleh dana adalah dengan membuat pembiayaan semula. Tetapi ini akan melibatkan persetujuan pinjaman baru, yuran guaman, yuran pentadbiran dan bermacam-macam lagi. Anda akan dapat wang tersebut berbulan kemudian.

Itulah sebabnya anda jangan bayar hutang rumah lebih awal, kerana ianya tidak mudah untuk dicairkan.

5. Manfaat Cukai

Apabila anda memperolehi pendapatan sewa ke atas hartanah yang masih mempunyai pinjaman, anda boleh mendapatkan manfaat cukai apabila membuat e-filing nanti. Maka lebih banyak anda bayar hutang pokok, kurang faedah yang boleh ditolak.

Maka anda akan berdepan dengan liabiliti cukai yang lebih tinggi.

Baca: Cukai Untuk 6 Pelaburan Yang Ada Di Malaysia

5 Sebab Jangan Bayar Hutang Rumah Lebih Awal

Sekarang anda dah tahu kenapa jangan bayar hutang rumah lebih awal? Semoga anda dapat sesuatu daripada perkongsian kali ini.

Baca: Hidup Tanpa Hutang vs Simpan Untuk Persaraan

Join our Telegram to get the latest from Smart Investor
Facebook
Twitter
LinkedIn
WhatsApp
Telegram

Recent Posts

Related Posts

Smart Investor Newsletter

Get Our Latest Articles And More Delivered To Your Inbox!

Are you sure want to unlock this post?
Unlock left : 0
Are you sure want to cancel subscription?