Smart Investor Malaysia

Previous
Next

5 Pelaburan Mudah Di Malaysia Yang Anda Boleh Mula Sekarang

Facebook
Twitter
LinkedIn
WhatsApp
Telegram

‘Pelaburan mudah’ di sini boleh disalah ertikan. Yang lebih tepat adalah pelaburan yang ‘mudah untuk bermula’. Ada yang memerlukan modal yang kecil dan ada juga yang mempunyai risiko yang kecil.

Tetapi sebelum itu, anda harus ingat bahawa tiada pelaburan dengan risiko rendah tetapi pulangan yang tinggi. Maka pelaburan yang dianggap mudah juga bermaksud pulangannya mungkin rendah, bergantung kepada risiko.

Pelaburan yang baik adalah bersifat jangka masa panjang dan anda boleh labur dan biar duit anda berkembang, sebaiknya lebih laju daripada kadar inflasi.

Jom kita tengok 5 pelaburan mudah yang ada di Malaysia yang anda boleh mula sekarang juga.

Baca: Elak 5 Kesilapan Ini Ketika Melabur Di Kala Pasaran Merudum

1. Deposit Tetap

Bagi kebanyakan orang, simpanan tetap adalah pilihan pelaburan pertama mereka kena ianya hampir tiada risiko dan dijanjikan pulangan yang tetap, tanpa sebarang caj broker. Deposit tetap bermaksud anda melabur ke dalam akaun dan biarkannya untuk satu tempoh masa. Apabila matang, anda pun mendapat pulangan dalam bentuk dividen.

Tempoh pelaburan bagi deposit tetap juga ada yang sebulan sehingga lima bulan pun ada. Lagi panjang tempoh, lagi tinggi kadar pulangan.

Tetapi sekiranya anda membuat pengeluaran sebelum tempoh matang, pulangannya adalah lebih rendah. Maka deposit tetap adalah salah satu contoh pelaburan mudah yang ada.

2. Amanah Saham

Pelaburan mudah seterusnya, kita ada amanah saham. Ianya adalah portfolio aset yang melabur ke dalam pelbagai pelaburan seperti saham (ETF, REIT), sukuk, emas dan bermacam-macam lagi. Kita sebagai pelabur akan membeli ‘unit’ di dalam portfolio tersebut.

Amanah saham adalah bersifat pelaburan jangka masa panjang dan pulangannya adalah dalam bentuk dividen dan juga kenaikan harga.

Amanah saham pada kebiasaannya boleh menjana keuntungan yang lebih tinggi berbanding deposit tetap, tetapi risikonya adalah lebih tinggi. Nak mula melabur agak mudah, ada yang serendah RM100 dah boleh mula.

Tetapi anda harus ingat bahawa amanah saham akan dikenakan caj-caj seperti caj belian, caj jualan, caj penukaran (switching), caj pengurusan dan caj pemegang amanah.

Baca: Amanah Saham Terbaik Di Malaysia

3. Skim Persaraan Swasta (PRS)

Lebih dikenali sebagai alternatif kepada caruman Kumpulan Wang Simpanan Pekerja (KWSP), PRS menawarkan fleksibiliti dan mempunyai banyak dana yang boleh anda labur. Diurus oleh syarikat pengurusan aset, PRS menawarkan skim yang pelbagai dan anda diberi pilihan untuk melabur ke dalam lebih daripada satu dana.

Dana-dana yang berbeza ini adalah untuk tahap toleransi risiko yang berbeza juga. Lagi satu kelebihan melabur ke dalam PRS adalah pelepasan cukai sebanyak RM3,000 setahun.

Namun anda tidak boleh mengeluarkan wang di dalam PRS sesuka hati, sama seperti KWSP. Nama pun dana persaraan, maka lebih baik anda simpan untuk jangka masa panjang sehingga ke hari tua anda.

Baca: Hidup Tanpa Hutang vs Simpan Untuk Persaraan

4. Robo-Advisor

Sekiranya anda tak tahu bagaimana nak mula dengan pelaburan saham, dan terlalu banyak pilihan instrumen pelaburan sehingga tak tahu nak pilih yang mana, kini kita ada robo-advisor yang merupakan cara baru dan popular untuk mula melabur.

Kelebihan robo-advisor adalah ianya menggunakan data dan algoritma untuk automasikan pelaburan anda. Ianya juga tak memerlukan modal yang tinggi, RM100 pun dah boleh bermula. Tambahan lagi, ianya boleh disesuaikan dengan toleransi risiko anda.

Ianya juga tidak memerlukan anda melabur untuk sesuatu tempoh tertentu. Nak keluar pada bila-bila masa saja pun boleh.

Robo-advisor merupakan pelaburan mudah yang sangat mesra pengguna, anda boleh buka akaun dan mula melabur hanya dengan menggunakan telefon pintar. Ianya merupakan tempat yang baik untuk belajar tentang pelaburan dan mengenali profail risiko sendiri, sebelum beralih ke pelaburan yang lebih mencabar dan memerlukan anda terlibat secara aktif.

Baca: Robo Advisor Di Malaysia, Ada 8 Platform Robo Advisor Yang Anda Boleh Pilih

5. Pelan Takaful Pelaburan

Takaful pelaburan adalah sangat popular kerana ia menggabungkan perlindungan takaful dan juga pulangan daripada pelaburan. Sebahagian daripada caruman anda, akan dimasukkan ke dalam dana pelaburan sementara sebahagian lagi akan digunakan untuk perlindungan takaful seperti kad perubatan, hilang upaya kekal dan kematian.

Ramai yang mengambil pelan takaful pelaburan kerana ianya menawarkan fleksibiliti dan menggabungkan dua ke dalam satu. Tetapi anda perlu fahamkan dulu betul-betul berkenaan takaful pelaburan, sebelum mengambilnya.

Ini kerana anda perlu mencarum setiap bulan tanpa gagal, atau tidak pelan tersebut akan luput. Perlindungan pun tak dapat, pelaburan pun habis begitu saja.

Baca: Takaful: Di Antara Kemampuan Dan Keperluan, 6 Perkara Yang Perlu Dipertimbangkan

Pelbagai Pilihan Pelaburan Mudah Yang Anda Boleh Mulakan

Ada banyak pilihan pelaburan mudah yang boleh dipertimbangkan. Tetapi sebelum nak melabur, pastikan anda buat kajian terlebih dahulu.

Join our Telegram to get the latest from Smart Investor
Facebook
Twitter
LinkedIn
WhatsApp
Telegram

Recent Posts

Related Posts

Smart Investor Newsletter

Get Our Latest Articles And More Delivered To Your Inbox!

Are you sure want to unlock this post?
Unlock left : 0
Are you sure want to cancel subscription?