Smart Investor Malaysia

Previous
Next

5 Langkah Mudah Untuk Merancang Dana Pendidikan Anak

Facebook
Twitter
LinkedIn
WhatsApp
Telegram

Sebagai seorang ibubapa, kita percaya bahawa apabila anak-anak mendapat pendidikan yang betul, mereka akan berupaya mendapat kerja yang baik dengan pendapatan yang lumayan.

Namun, kebanyakan ibubapa berasa bahawa mereka mempunyai masa yang cukup untuk merancang dana pendidikan anak, maka keutamaan untuk menabung telah pergi ke pelancongan atau sebarang jenis hiburan yang lain.

Seperti mana-mana pelaburan, masa itu emas. Sekiranya anda seorang ibu atau bapa dengan anak yang masih kecil, jom kita merancang dana pendidikan anak hari ini juga.

5 Langkah Mudah Untuk Merancang Dana Pendidikan Anak

1. Membuat Anggaran Kos Pendidikan

Apabila membuat anggaran kos pendidikan, pertimbangkan faktor-faktor berikut:

  • Kursus yang mereka ingin ceburi
  • Nak hantar anak ke universiti tempatan atau luar negara?
  • Berapa kos sara hidup asas sekiranya anak anda belajar di luar negara?

Maklumat berkenaan yuran dan kos sara hidup boleh diperolehi di laman web ini.

Walaubagaimanapun, faktor-faktor ini mungkin berubah dari semasa ke semasa. Semak semula pelan anda setiap tahun.

2. Fahami Kedudukan Kewangan Semasa

current financial position graphic - children's education planning

Sekarang anda tahu berapa yang diperlukan untuk mencapai titik B (kos pendidikan), kita berapa banyak anda perlu simpan setiap bulan untuk mencapainya. Anda juga perlu tahu berapa banyak duit yang anda ada sekarang – titik A.

Kebanyakan orang simpan kekayaan mereka dalam bentuk wang tunai, hartanah, saham dan bermacam-macam lagi. Tanya diri anda, apakah pembahagian aset yang boleh diperuntukkan kepada dana pendidikan anak?

Sebagai contoh, anda mungkin peruntukkan 10%-20% daripada wang tunai semata-mata untuk dana pendidikan anak. Sekiranya anda mempunyai hartanah pelaburan, anda boleh jual hartanah tersebut sebaik saja anak anda berumur 18 tahun.

Penting untuk anda tulis senarai aset yang anda akan gunakan untuk tujuan merancang dana pendidikan anak.

3. Tentukan Berapa Yang Diperlukan Untuk Menampung Kekurangan Dana Pendidikan Anak

Untuk langkah ini, kita akan gunakan kalkulator kewangan percuma di sini.

(i) Masukkan nilai-nilai berikut beserta maklumat yang anda perolehi dalam Langkah 1 di atas.

Step 2 for FV calculations - children's education planning

(ii) Tekan “FV”

step 2 for FV calculation- children's education planning

Jumlah dalam FUTURE VALUE adalah nilai kos pendidikan anak di masa hadapan.

Dalam kes ini, kos pendidikan pada hari ini adalah RM100,000. Tetapi dengan inflasi sebanyak 4% untuk tempoh 17 tahun yang akan datang, kos pendidikan meningkat kepada RM194,790.05 apabila anak anda bersedia untuk memasuki universiti.

(iii) Kemaskini “Present Value” dan“Annual Rate”

present value and annual fee table - children's education planning

Seterusnya, anda perlu kita berapa yang diperlukan untuk menampun kekurangan tersebut.

Menggunakan contoh sama di atas, katakan anda mempunyai RM25,000 sekrang dan anda mampu untuk mencapai pulangan 6% setahun selama 17 tahun, kemaskini bahagian Present Value dan Annual Rate (%) .

(NOTA: jangan refresh laman web atau tukar maklumat lain)

(iv) Klik “PMT”

pmt table to show the calculation flow under children's education planning

Langkah terakhir adalah dengan klik “PMT” yang akan mengira jumlah anda perlu simpan/labur setiap tahun untuk menampung kekurangan dana pendidikan anak.

Dalam contoh ini, anda perlu simpan RM4,518.18 setiap tahun atau lebih kurang RM400 sebulan (dengan kadar pulangan 6% setahun) untuk menghantar anak anda ke universiti swasta di Malaysia dalam tempoh lagi 17 tahun.

4. Pilih Instrumen Pelaburan Yang Betul

Ada banyak pilihan tetapi kebanyakannya akan ada pasang dan surutnya. Oleh itu, anda perlu mematuhi tiga peraturan pelaburan berikut:

(i) Pelihara modal

Peraturan utama dalam merancang dana pendidikan anak adalah dengan memelihara modal pelaburan. Kadangkala kita akan peruntukkan sebahagian kecil portfolio pelaburan ke dalam instrumen yang berisiko tinggi. Jangan lakukannya dengan portfolio pendidikan anak anda.

(ii) Tiada pelaburan terbaik

Apa yang baik untuk saya, tak semestinya baik untuk anda. Tetapi bagi pendidikan anak-anak, boleh beri perhatian kepada skim Perbadanan Tabung Pendidikan Tinggi Nasional (PTPTN) yang menawarkan pulangan yang baik di samping pelepasan cukai sehingga RM8,000 setahun.

(iii) Fokus kepada objektif

Selalu ingat kenapa anda melabur. Semak semula strategi pelaburan anda bagi memastikan anak anda bersedia dengan sejumlah wang tersebut apabila ingin melanjutkan pelajaran nanti.

5. Elak Kesilapan Biasa Merancang Dana Pendidikan Anak

Ada beberapa kesilapan biasa yang sering dilakukan ibubapa iaitu, kita sering mengabaikan perancangan persaraan. Sekiranya kita tak mampu nak sediakan dana pendidikan anak, boleh mohon pinjaman pendidikan daripada PTPTN atau memohon tempat di universiti tempatan. Tetapi pilihan semakin berkurang sekiranya anda sendiri tak mampu nak tampung kekurangan dalam perancangan persaraan anda sendiri.

Baca: 8 Tips Kewangan Hebat Untuk Capai Kebebasan Kewangan

Seterusnya, kita kadang-kadang mudah terpedaya dengan penasihat yang tak betul. Kebanyakan penasihat menggunakan elemen tamak dan takut bagi meyakinkan mereka untuk melabur ke dalam produk pelaburan yang tidak sah. Sekiranya anda perlukan bantuan dalam merancang dana pendidikan anak, pastikan anda berjumpa dengan perancang kewangan yang berlesen.

Yang terakhir sekali, tidak menyemak semula simpanan dan pelaburan. Pastikan anda melakukannya setiap tahun, dan mengimbangi portfolio anda bagi memastikan objektif anda tercapai.

Kesimpulan

Menyimpan untuk dana pendidikan anak adalah objektif jangka masa panjang yang kelihatan agar sukar untuk dicapai. Tetapi dengan strategi yang rapi dengan menjadikan masa berpihak kepada anda, ianya banyak membantu.

Tidak kira banyak atau sikit, yang penting anda mulakan langkah merancang dana pendidikan anak hari ini juga.

Artikel ini pada asalnya diterbitkan di planNERD.

Mengenai Penulis

marshall wong insurance

Marshall Wong adalah seorang perancang kewangan berlesen dari Suruhanjaya Sekuriti Malaysia dan Bank Negara Malaysia. Beliau boleh dihubungi menerusi laman web beliau atau emel marshallwong@fa.my

Join our Telegram to get the latest from Smart Investor
Facebook
Twitter
LinkedIn
WhatsApp
Telegram

Recent Posts

Related Posts

Smart Investor Newsletter

Get Our Latest Articles And More Delivered To Your Inbox!

Are you sure want to unlock this post?
Unlock left : 0
Are you sure want to cancel subscription?