Smart Investor Malaysia

Previous
Next

4 Personaliti Diri Mengenai Duit

Facebook
Twitter
LinkedIn
WhatsApp
Telegram

Pernahkah anda berjumpa dengan orang yang mempunyai personaliti diri mengenai duit yang berbeza-beza? Mereka ini mungkin terdiri daripada pasangan anda, ibubapa, rakan sekerja atau kawan-kawan anda. Adakah terdapat satu personaliti diri mengenai duit yang terbaik untuk kita semua?

Jom kita kenali dulu empat personaliti yang ada seperti berikut.

1. Suka Berjimat Cermat

Orang sebegini selalu rasa kurang yakin dan ingin berjimat sebanyak yang mungkin. Ianya mungkin berasal daripada pengalaman terdahulu di mana mereka berdepan dengan kesukaran, maka mereka mempunyai kepercayaan bahawa ianya sukar untuk mendapatkan wang.

Maka, mereka sering berjimat cermat dan mempunyai simpanan untuk masa depan yang tidak menentu.

Tetapi, simpan duit semata-mata tanpa berbelanja dengan betul, anda mungkin terlepas peluang untuk menikmati kehidupan seperti melancong atau melakukan aktiviti menarik yang lain. Apa guna kita menjadi seorang yang kedekut sedangkan kita masih boleh berbelanja dengan berhemah dan masih mampu nak capai sasaran jangka masa panjang.

Baca: Simpan vs Labur? Patutkah Saya Menyimpan Dulu Atau Nak Melabur Dulu?

2. Suka Berbelanja

Orang sebegini terbalik pula, mereka sering nak berbelanja untuk memenuhi kehendak dan sebolehnya nak dapatkan gajet terbaru di pasaran. Mereka akan membeli walaupun mereka mungkin tidak mempunyai wang. Kad kredit kan ada?

Sekarang lebih mudah untuk membeli-belah secara dalam talian dengan adanya pelbagai aplikasi di dalam telefon pintar masing-masing. Banyak platform kini menawarkan kemudahan ‘Buy Now Pay Later’, maka kita pun cenderung untuk berbelanja di luar kemampuan.

Ada yang mempunyai mentaliti YOLO atau ‘You live only once’, di mana mereka lebih gemar untuk berbelanja sekarang berbanding menyimpan untuk masa depan. Namun, sikap berbelanja tanpa sebarang perancangan atau belanjawan boleh menyebabkan anda menyesal di kemudian hari, lebih-lebih lagi apabila anda tidak mempunyai dana yang cukup untuk bersara kelak.

Baca: Bahaya Pinjaman Peribadi Yang Tak Ramai Orang Tahu

3. Elak Wang

Mereka yang mempunyai personaliti diri mengenai duit sebegini akan berasa tidak selesa berbicara tentang wang, dan kurang beri perhatian terhadap kewangan peribadi. Dengan tidak belajar dan memahami berkenaan kewangan peribadi atau cara untuk mengurus wang, individu ini menghadapi kesukaran untuk mempunyai masa depan kewangan yang cerah.

Ianya akan memberikan kesan yang serius, kerana personaliti jenis ini merasakan diri mereka tidak pandai langsung tentang mengurus kewangan peribadi. Oleh itu, mereka yang tergolong di dalam kumpulan ini perlu belajar tentang asas simpanan, pelaburan dan perlindungan, agar mereka mampu untuk mencapai keselamatan kewangan dan kebebasan kewangan.

Baca: Hutang Baik VS Hutang Jahat

4. Benci Wang

investment

Golongan yang mempunyai personaliti diri mengenai duit yang bencikan wang percaya bahawa wang adalah punca segala kejahatan dan mempunyai tanggapan yang negatif tentang menjadi kaya. Sebagai contoh, mereka mungkin percaya bahawa semua orang kaya adalah individu yang tamak dan jahat.

Walaubagaimanapun, individu kaya sebenarnya boleh memberikan kesan yang besar terhadap masyarakan dengan menjalankan perniagaan yang mampu menyelesaikan masalah yang kita sedang hadapi. Sesetengah orang kaya pula membelanjakan sebahagian harta mereka untuk menyumbang wang, tenaga dan masa untuk menangani masalah utama yang dihadapi penduduk dunia.

Baca: 6 Cara Nak Berdepan Dengan Inflasi Di Malaysia

4 Personaliti Diri Mengenai Duit, Anda Yang Mana Satu?

Mana satu daripada empat personaliti di atas yang hampir sama dengan tabiat anda mengenai duit? Secara peribadi, tiada satu personaliti yang lebih baik daripada yang lain. Bagi saya, ianya tentang mempunyai kesedaran tentang kepentingan wang itu sendiri.

Apa yang anda boleh ubah tentang personaliti diri mengenai duit anda? Perlukah anda baca lebih banyak buku tentang mengurus wang? Atau menghadiri kelas berkaitan kewangan? Atau dapatkan khidmat perancang kewangan untuk bantu anda?

Sejujurnya, adalah penting untuk kita mempunyai personaliti yang seimbang dalam mengurus wang, di samping dapat mencapai sasaran kewangan dan menjalani kehidupan yang anda inginkan.

Baca: 3 Kesilapan Rancangan Kewangan Peribadi Yang Anda Perlu Elak

Join our Telegram to get the latest from Smart Investor
Facebook
Twitter
LinkedIn
WhatsApp
Telegram
Previous
Next

Recent Posts

Related Posts

Smart Investor Newsletter

Get Our Latest Articles And More Delivered To Your Inbox!