Smart Investor Malaysia

Previous
Next

4 Kesilapan Pelabur Saham Yang Biasa Dilakukan

Facebook
Twitter
LinkedIn
WhatsApp
Telegram

Sebagai seorang pelabur dividen yang memperolehi pendapatan menerusi dividen secara konsisten melalui portolio yang merangkumi saham-saham yang kerap beri dividen, saya percaya kita semua boleh mencapai kebebasan kewangan dengan cara sedemikian. Perjalanannya tak mudah, kerana sering melakukan kesilapan pelabur saham yang biasa.

Jadi di manakah kesilapannya?

Jom kita tengok 4 kesilapan pelaburan saham yang biasa dilakukan

1. Melabur Tanpa Sebarang Rancangan

Sebelum nak mula melabur, seseorang itu perlu ada rancangan pelaburan. Secara asasnya, terdapat empat elemen penting iaitu:

  1. Status kewangan semasa
  2. Sasaran kewangan masa depan
  3. Tempoh
  4. Pilihan Pelaburan dan strategi

Nak rancang pelaburan sama seperti nak rancang percutian. Ianya bermula dengan di mana kita sekarang, di mana kita nak pergi, dan bagaimana nak sampai ke sana dengan selamat.

Topik pelaburan agak berat tetapi kebiasaannya ia disebabkan oleh seseorang yang melabur tanpa mempunyai sebarang rancangan. Ianya seumpama memandu secara pusing-pusing yang akhirnya menyebabkan kemalangan.

Baca: Elak 5 Kesilapan Ini Ketika Melabur Di Kala Pasaran Merudum

2. Pelaburan Menjadi Permainan Nasib

Hari ini kita ada hampir 1,000 saham yang tersenarai di Bursa Malaysia. Nak melabur ke dalam mana satu ni?

Secara logiknya, jawapan tersebut bergantung kepada rancangan pelaburan anda kerana ianya dapat membantu anda pilih saham yang berkualiti. Bagaimanapun, tak ramai yang nak buat kajian dan merancang kerana prosesnya adalah membosankan.

Maka kesilapan pelabur saham adalah melabur dengan mengikut kepada:

  1. Gerak hati dan emosi
  2. Kawan-kawan dan saudara-mara
  3. Tips saham dan khabar angin

Ada yang melabur seperti beli tiket loteri, iaitu ikut nasib. Ada yang beli setelah dengar ada ‘perkara menarik’ yang bakal berlaku. Ada yang berharap harga saham akan berterusan naik tanpa henti.

Kepercayaan karut ini akan bertukar menjadi kekecewaan apabila harga saham jatuh yang akan menyebabkan:

3. Beli Tinggi, Jual Rendah

Kejayaan dalam pelaburan saham biasanya bergantung kepada formula: “Beli Rendah, Jual Tinggi”.

Namun ianya adalah sukar sebenarnya. Seperti yang dimaklumkan, ramai yang membeli saham selepas mengetahui berita menarik mengenai syarikat.

Dalam kebanyakan kes, ianya berkenaan saham yang telah naik banyak. Sepatutnya kita “Beli Rendah, tetapi ramai yang “Beli Tinggi” kerana tak mahu tertinggal kapal.

Biasanya pelabur yang baik akan menjauhkan diri daripada saham-saham tersebut atau telah pun menjualnya ketika tinggi atau “Jual Tinggi”.

Begitulah realiti pasaran saham. Harga saham akan turun naik. Tetapi disebabkan ramai orang tidak mempunyai sebarang rancangan, mereka panik apabila harga jatuh dan “Jual Rendah” kerana takut.

Sedangkan seorang pelabur sepatutnya tahu bila nak beli apabila harga saham sedang berada di paras diskaun atau “Beli Rendah”.

Ini membawa kita kepada soalan seterusnya: Kenapa pelabur bijak begitu yakin untuk beli saham apabila harga jatuh?

Baca: Pelaburan REITs: 5 Sebab Anda Perlu Melabur REIT

4. Tidak Menganggap Saham Sebagai Perniagaan

Kesilapan pelabur saham yang terakhir adalah disebabkan mereka tidak menganggap saham sebagai perniagaan. Sedangkan pelabur bijak melabur kerana percaya dengan perniagaan syarikat.

Warren Buffett yang merupakan seorang lagenda dalam pelaburan menasihatkan kita agar tidak membuat spekulasi ke atas pasaran.

Kita perlu mempunyai tanggapan bahawa saham adalah perniagaan yang mempunyai aset dan menjana keuntungan dan aliran tunai daripada pelanggan mereka. Maka seorang pelabur perlu membuat kajian mendalam mengenai model perniagaan syarikat, kewangan, dan rancangan masa hadapan untuk pertumbuhan.

Sekiranya saham tersebut adalah kukuh daripada segi fundamental, maka perlu menilai harga saham sama ada ianya masih murah. Ini adalah sebabnya kenapa Warren Buffett begitu yakin membuat pembelian saham walaupun ketika pasaran suram.

Malangnya, ramai yang tidak melihat saham sebagai pemilikan syarikat, lalu beli saham tanpa tahu perniagaan apa yang diceburi dan untung ke rugi. Ianya kesilapan yang sangat besar sekiranya kita beli saham di dalam syarikat yang tak buat duit.

Cuba fikir sejenak. Adakah mereka mampu mengembangkan kekayaan pemegang saham secara sihat untuk tempoh jangka masa panjang?

Tak perlu nak jadi pak nujum pun untuk bina pendapatan yang stabil menerusi pelaburan saham. Kita memerlukan rancangan, berfikir secara logik, kesungguhan untuk belajar dan mindset perniagaan untuk berjaya.

Sekarang anda dah tahu di manakah kesilapan pelabur saham?

Artikel ini ditulis oleh Ian Tai. Beliau boleh dihubungi di iantai888@gmail.com.

Baca: Pilih Masa Terbaik Untuk Melabur

Join our Telegram to get the latest from Smart Investor
Facebook
Twitter
LinkedIn
WhatsApp
Telegram

Recent Posts

Related Posts

Smart Investor Newsletter

Get Our Latest Articles And More Delivered To Your Inbox!

Are you sure want to unlock this post?
Unlock left : 0
Are you sure want to cancel subscription?